October 15, 2017

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum 

Syukur alhamdulillah...Situasi kerja yang agak mencabar sejak kebelakangan ini banyak mematangkan  Kak Long...Pahit manis suka duka semuanya berjaya Kak Long tempoh...Kak Long bertuah sangat sebab ramai insan baik yang hadir di sekeliling Kak Long...Yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kerja...

Entry hari ni Kak Long buat khas untuk ucapkan terima kasih banyak banyak untuk insan insan yang banyak memberi sokongan kepada Kak Long terutamanya dalam urusan kerja Kak Long nie...

 Suami adalah kekuatan utama Kak Long hadapi semua cabaran...Dia la yang banyak bagi dorongan dan kekuatan bila kala Kak Long rasa nak rebah...Bila kala Kak Long stress sangat...Tak der satu benda pun yang Kak Long sembunyikan pada dia terutama sekali pasal hal kerja...Dia juga yang banyak membantu bila Kak Long kena outstation...Dia yang uruskan makan minum dan pakaian anak anak bila Kak Long tak ada kat rumah...Terima kasih abang sebab banyak berkorban...


 Kawan kawan yang ada di pejabat pun banyak membantu Kak Long...Sedikit sebanyak tempias ada juga terkena kat diorang ni bila Kak Long stress...Bila rasa nak menangis je mesti ada salah sorang yang akan jadi mangsa Kak Long...Huhuhuhu...Bertabahlah korang yer dapat kawan yang hati basah macam Kak Long nie...Kak Long sayang korang...Muahhhssss...


 Setiap kali ada program kat pejabat...Dah macam gathering dengan BFF...Mesti ada jer isu yang nak dibincangkan dan diluahkan...Thanx Lee, Pro & Ezmad...Opsss Ezmad x der dalam gambar nie...Sorry bro...Ko tak datang kan time nie...


Agak agak stress dah terlebih...Kita plan for vacation...So complete 4 family tahun nie...Tq korang sebab banyak bagi sokongan moral juga pada Kak Long...Time vacation macam ni la boleh release semua masalah yang ada...


 Walaupun ada masanya kami tak sependapat, mereka sentiasa ada bila Kak Long nak meluahkan masalah...Thanx a lot Haji Samsudin n Kak Jue...


Tuan Haji Ramli pun baik juga dengan Kak Long...Macam tu juga Nor...Selalu jer dapat detect bila Kak Long ada masalah...Tq korang...

Ada masanya kita perlukan insan insan di sekeliling kita untuk meluahkan rasa...Kita bukannya perfect...Ada kekurangan dan ada kelebihan...Bila kita tak betul kita boleh rujuk dengan diorang...Mungkin ada di antara diorang yang boleh tunjukkan jalan...

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan mereka ini disekelilingku...Semoga kau berkatilah kehidupan mereka...Terima kasih...

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...