April 22, 2014

Reset Minda : Perlukah Dalam Hidup Kita?

Assalamualaikum

Kelmarin walaupun saya menghadiri kursus berkaitan dengan INOVASI, saya berpeluang juga memperolehi sedikit ilmu berkaitan dengan perubahan diri...Memang sangat-sangat berguna walaupun timbul juga perasaan mengantuk sebab kekenyangan sangat petang semalam...Hahahahahaha...Menguap dua tiga kali juga walaupun speaker tu bercakap punya la lantang suara dia...Kuikuikuikui...Memang kena rajinkan diri gie seminar dan kursus ler lepas nie...

RESET MINDA

Haaaa...Ini la topik yang saya nak share dengan semua pembaca blog saya yang setia nie...Kalau la diri kita nie ada button RESET macam kat bawah nie...Agak-agaknya nak tak korang tekan button RESET tu?

Cer jawab cer jawab...


Pentingkah RESET MINDA nie?


Untuk diri saya memang sangat penting RESET MINDA nie diterapkan dalam kehidupan seharian...RESET MINDA perlu disertai dengan CELIK HATI, barulah diikuti dengan dengan hasil tindakan yang POSITIF...Yang POSITIF yer diulangi, dan baru lah akan mendatangkan hasil di dalam kehidupan seharian....


7 Tabiat Sesorang Yang Nak Melakukan RESET MINDA
  • Jangan Cepat Menolak Sesuatu Idea Sebagai Bodoh - Dengar dan lihat apa juga cadangan yang diberikan.  Mungkin idea itu nampak seperti tidak masuk akal pada mulanya...

 Siapa sangka kegunaan Tali Leher bukan hanya untuk dipakai sahaja...

Kreatif dan Inovasi tak? Hikhikhikhik...

  • Kurangkan Bercakap dan Banyakkan Mendengar - Fokus kepada apa yang insan lain nak cakapkan...Jangan bila orang sibuk nak bercakap awak pun nak bercakap juga...Ingat tak time kat sekolah dulu...Cikgu bercakap kita kena dengar...Dengar dengan penuh perasaan yer...Bukan dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...Hikhikhik...

  • Bertanya Pelbagai Soalan - Tanya apabila kita tidak faham dan pastikan sehingga kita betul betul faham...Sebab bila kita dah faham baru kita boleh terangkan kepada orang lain pula...

  • Tinjau Segala Kemungkinan - Segalanya mungkin...Jadi jangan cepat mengalah dan putus asa walaupun kita rasa dah stuck...Kita rasa macam dah tak boleh nak pergi...Tengok dalam pelbagai sudut...Positif, Positif dan Positif...Pasti ada jalannya...

  • Cenderung Untuk Mengatakan YA/MUNGKIN Bukan TIDAK - Apabila menerima sesuatu idea atau perkongsian cuba elakkan mengatakan TIDAK...Cuba melihat dari pelbagai sudut dan berfikiran POSITIF dengan mengatakan YA/MUNGKIN...  

  •  Membaca Untuk Menambah Pengetahuan - Read A Lot...Bila banyak membaca lebih banyak ilmu yang kita boleh dapat...Bercakap melalui fakta bukan setakat omong omong kosong...Tak rugi kalau kita banyak membaca...

  •  Melancong dan Melihat Dunia - Patut la orang yang berjaya, orang yang selalu minda nya POSITIF...Selalu pergi melancong...Dari pengalaman melancong dan melihat dunia di luar sana, dapat membantu RESET MINDA untuk lebih aktif dan POSITIF...Jadi jom gie melancong...Tengok tempat dan budaya orang lain...

Haaaaaa...Itulah antara topik yang sangat menarik time Seminar Inovasi tu...Untuk menjadi seorang yang berjaya perkara yang perlu kita buat adalah BERANI MENERIMA PERUBAHAN...Tapi tak semua yang nak lakukan PERUBAHAN...Ada yang masih sanggup kekal di keadaan yang sama, walaupun pelbagai cabaran timbul dari pelbagai sudut dan situasi...




Ingin mencari supplement yang sesuai untuk diri anda? 
Ingin menjana pendapatan 4, 5 , 6 angka setiap bulan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk khidmat nasihat konsultansi percuma

Puan Lynn Huraiza 
Shaklee Independent Distributor : 914534 
lynnhamzah81@gmail.com
013-7660226

2 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

tq for sharing..nak harap cari bahan bacaan n ilmu sndiri mmg kadang2 tak dan kan..huhuhuhu

Lynn Huraiza said...

lily : memang betul tu...sebab tu bila dah ada internet nie peluang untuk membaca banyak juga...antara nak dengan tidak jer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...