April 20, 2014

Seminar Melahirkan Budaya Inovasi Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum...

Sempena Minggu Sains dan Inovasi Negeri Johor (MISTI) 2014 pada 16 - 21 April 2014...Saya berpeluang untuk menghadiri Seminar Melahirkan Budaya Inovasi Perkhidmatan Awam pada hari ini di Persada Johor...

Seminar bermula jam 9.00 pagi...Dan baru jer sejam berlalu saat saya buat entry di blog ni...Hihihihi...Budaya inovasi ni memang dah banyak di jabatan dan agensi kerajaan...Dan ada Anugerah yang diwujudkan dan dipertandingkan untuk mengiktiraf inovasi yang dicipta oleh jabatan & agensi kerajaan...Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) & Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA)...

Antara penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri yang pernah memenangi anugerah ini adalah LHDN yang mewujudkan Sistem E-Filing...Dan hadiah untuk pemenang AIPM ni adalah sebanyak RM1juta...Owhhhh...Berpinar mata wei...Hihihihihi...

Manakala untuk Anugerah Inovasi Sektor Awam dibahagikan kepada beberapa kategori...Pengurusan Kewangan, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Pentadbiran Daerah & Tanah, Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan...Hadiah untuk setiap kategori sebanyak RM300,000...Fine...Berpinar lagi mata...Kuikuikui...

Saya menantikan input input yang lebih berinformasi lagi di dalam seminar ini...Seminar berlangsung hingga jam 5 petang...Selain seminar ada juga pameran...Nanti saya update tentang pameran pula yer...

2 comments:

mysha said...

Selamat berseminar kak!!

Lynn Huraiza said...

mysha : seminar tu semalam la yang...hari nie dah masuk office dah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...