April 29, 2014

Harga Sebuah Kemaafan

Assalamualaikum

Pernah tak terdetik di hati kita nie untuk memaafkan insan-insan di sekeliling kita pada setiap malam sebelum tidur? Secara jujurnya, saya tak pernah buat macam tu...Bila hadiri Program Tansformasi Minda Dato' Mohd Fadzilah Kamsah pada Ahad lepas...Saya rasa diri saya kerdil sangat...Sebab selama hidup 33 tahun nie saya tak pernah buat macam tu...Selalunya sebelum tidur duk baca Surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi jer...Then masuk tidur...

Rupa-rupanya saya terlupa yang sebelum kita tidur nie sebaik-baiknya kita maafkan semua insan yang kita kenal...Kemaafan nie tak kan senang-senang nak diberikan...Betul tak? Tapi itulah yang perlu kita buat kerana Harga Sebuah Kemaafan ini adalah tidak ternilai...

Natijah Kemaafan 
  • Hati yang murni 
  • Fikiran yang tenang 
  • Jiwa dan badan yang sihat 
  • Wajah cantik dan awet muda 
  • ALLAH SWT makbulkan doa kita 
  • Menarik hidayah dari ALLAH SWT
  • ALLAH SWT ampunkan dosa 
  • Pintu rezeki terbuka luas



 Untuk yang dah berkahwin...Nak dapat keredhaan dalam hidup...Selalu selalu la minta maaf dengan suami...Kadang-kadang apa yang kita buat, apa yang kita tuturkan nie ada yang menyentuh hati suami...Jadi ringan-ringankan la mulut minta maaf dengan suami masing-masing...Dari keredhaan dan kemaafan suami la kita para isteri nie boleh berjaya...Berjaya Dunia dan Akhirat...

Insyaallah...

3 comments:

shahrilhakime said...

benda simple je.. tapi tak pernah terfikir pun kita nak buat.... jadi nye moh le kita sama2 buat.... pahal pun dapat....

Lynn Huraiza said...

D Shahril Hakime : memang betul tu...simple tapi x buat...lets change...

Myalycia said...

Assalam.. lynn, Alycia dah lama xjenguk sini. dah ada baby yer ;)

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...