March 9, 2011

Udang Galah Oh Udang Galah

Petang semalam Lynn dah pesan dengan Mr. Hubby supaya beli Udang Galah dekat kolam memancing berdekatan dengan pejabat dia...Tapi bila Mr. Hubby ke kolam tu, tauke kedai tu kata tak der stok Udang Galah...Alahai...Sedihnya Mak Yong Lynn nie sebab tak dapat nak masak dan makan Gulai Lemak Cili Api Udang Galah semalam...Huhuhuhu...

Mr. Hubby pun dah mula terfikir kat mana la nak beli Udang Galah nie...Rasanya kat pasar Taman Universiti tak der jual Udang Galah nie...Adakah nak mencari Udang Galah nie akan menjadi sesusah nak mencari Cendawan Kukur sewaktu mengandungkan Qistina dulu...Harap-harap tak la yer...Jadi Lynn nak minta tolong daripada kawan-kawan blogger terutamanya yang duduk kat area Johor Bahru nie, kalau korang dapat tahu kat mana ada jual Udang Galah please inform Lynn yer...

Kan syok kalau Udang Galah nie senang nak dicari macam ikan kembung atau ikan selar kat pasar tu...Alahai...Moga ada rezeki la Mak Yong Lynn dan baby dalam perut nie nak makan Gulai Lemak Cili Api Udang Galah yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...