March 7, 2011

Kisah Berkawal Jumaat Lepas

Assalamualaikum semua...Apa khabar korang?  Semoga semuanya sihat-sihat belaka la yer...Hari nie Lynn nak share dengan korang semua satu cerita yang mungkin boleh dijadikan iktibar dan panduan untuk kita semua...

Last Friday selepas jer program doa selamat kat Simpang Renggam, kitorang sekeluarga terus balik ke rumah dan sampai lebih kurang jam 12.00 malam...Qistina waktu tu memang dah sedap tidur la...Cuma Lynn nie macam terkebil-kebil jer nak tidur...Mungkin sebab mengenangkan yang malam tu turn Mr. Hubby duk berkawal...Tu yang macam tak berapa ada mood sangat nak tidur...

Mr. Hubby gie kuar berkawal jam 12.30 malam...Mr. Hubby dah pesan awal-awal supaya kunci pintu bilik dan kalau ada apa-apa call dia...Walaupun jarak pos pengawal dengan rumah kitorang tu tak ler jauh mana tapi macam-macam boleh terjadi kan...Jadi malam tu Lynn tidur la berdua jer dengan Qistina...Kali nie dah standby awal-awal bantal kat tepi Qistina...Takut kejadian jatuh katil berulang lagi...Hehehehe...

Malam tu Lynn tidur lena betul...Tak macam selalu tau...Entah macam mana Lynn terjaga disebabkan terdengar bunyi motor Mr. Hubby...Dalam hati tu dah lega la sebab Mr. Hubby dah balik...Jadi Lynn pun buka la pintu bilik dan tak lama lepas tu Mr. Hubby masuk...Korang nak tahu pukul berapa waktu tu?  Jam 5.30 pagi...Punya la lama Mr. Hubby berkawal...Tak sempat nak tanya apa-apa Mr. Hubby pun terus buka cerita...

Malam tu Mr. Hubby dan geng telah berjaya menangkap orang...Terus celik biji mata Lynn nie bila Mr. Hubby cakap macam tu...Bukannya tangkap pencuri tapi tangkap orang tengah berkhalwat...Sayangnya budak lelaki tu terlepas dan yang tinggal terkontang kanting dah tentu la budak perempuan tu...Yang paling menyedihkan budak perempuan yang diorang tangkap tu baru berusia 12 tahun...Rasa nak menangis bila Lynn dengar cerita Mr. Hubby tu...Nasib baik la budak tu tak diapa-apakan...Huhuhuhu...

Mr. Hubby dan geng yang berkawal puas la bertanya soalan itu dan ini dengan budak perempuan tu...Antara yang diorang dapat daripada budak perempuan tu adalah...

1.  Berasal dari keluarga yang bermasalah...Ibu dan bapa telah bercerai...
2.  Tinggal bersama kakak angkat yang baru dikenalinya 3 bulan lepas...
3.  Baru sahaja mengenali lelaki tersebut 1 hari...
4.  Dihantar sendiri oleh kakak angkatnya ke kawasan yang ditangkap...

Cara budak perempuan tu menjawab seperti menipu pun ada...Puas juga Mr. Hubby dan geng bertanya itu dan ini...Dia jawab macam endah tak endah jer...Yang dibengangkan tu budak tu macam tak der rasa bersalah dan takut...Sudahnya diorang buat keputusan untuk panggil pihak polis...Bila dah kena soal siasat dengan polis baru la budak tu menangis teresak-esak...Habis disekolahkan oleh pihak polis malam tu...Dan pihak polis amek keputusan untuk hantar budak tu balik ke rumah ibunya dan beri amaran terakhir kerana budak tu masih di bawah umur...

Bila dengar cerita macam nie dan disaksikan sendiri oelh Mr. Hubby dah tentu la kitorang sebagai ibu bapa nie risaukan keadaan anak kita...Entah macam mana la pula dugaan kita sebagai ibu bapa bila anak dah besar nanti...Mudah-mudahan kejadian seperti ini tidak berlaku di dalam keluarga dan adik beradik kita...Lynn dan Mr. Hubby tak habis-habis bercerita tentang hal nie sepanjang weekend lepas...

Kita sebagai ibu bapa memang kena memantau pergerakan anak-anak kita sekarang nie...Kena tahu dengan siapa diorang berkawan dan yang paling penting sentiasa memahami anak kita...Jangan la dibiarkan macam tu ajer...Lebih-lebih lagi bila budak dah meningkat usia...Kita anggap anak kita tu dah besar jadi kita tak perlu nak amek tahu sangat...Memang silap besar la kat situ...Budak bila dah besar nie la lagi kita nak amek berat...Sebab anak-anak nie dah banyak dah sumber yang diorang leh refer sekarang nie...Kawan-kawan, persekitaran, internet, television...Huhuhuhu...

Dari kecil la kita nak kena didik anak dengan betul...Supaya bila diorang dah besar nanti dengan sendirinya diorang boleh berfikir baik dan buruknya sesuatu keputusan itu...Dan semoga perkara begini tidak terjadi dalam keluarga dan komuniti kita yer...Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...