March 15, 2011

Big Clap For Them

Assalamualaikum semua...Lepas jer sarapan pagi di Parit Raja, kitorang bertiga terus menuju ke Square One Batu Pahat...Amek masa dalam 20 minit juga dari Parit Raja ke tempat yang kitorang nak tuju...Sebenarnya dalam fikiran Lynn dan Mr. Hubby kitorang datang Batu Pahat nie sebab nak jumpa our buddies Zalee & Ezmad...Tapi diorang sibuk la plak pagi tu...

Jadinya kitorang terus proceed untuk buat aktiviti yang tak dirancang...Kitorang gie tengok Hikayat Merong Mahawangsa...Filem tu start kul 12.30 tengahari dan kitorang dah mula terpacak depan MBO @ Square One Batu Pahat seawal jam 11.00 pagi...Berjanggut la nak menunggu...Huhuhuhu...

Hari nie Lynn nak bagi big clap untuk semua yang menjayakan filem Hikayat Merong Mahawangsa...OH MY GOD...Filem ini memang sangat terbaek dan Lynn sangat berpuas hati dengan hasil kerja YUSRY KRU nie...Filem ini juga membuka mata semua bahawa anak melayu juga dapat melakukan yang terbaik seperti filem-filem di Hollywood...Memang berbangga tahap gaban la Lynn bila tengok filem nie...


Agak-agak korang kenapa Lynn memang nak sangat tengok filem nie?  Kegilaan Lynn nak menyaksikan filem nie adalah disebabkan ini merupakan salah satu karya terbaik dari YUSRY KRU dan jalan cerita filem nie memang bagus...

 Dengan barisan pelakon yang mantap memang membuatkan filem ini berjaya keseluruhannya...Bagi Lynn tak der cacat celanya dalam filem nie...Memang sangat sangat terbaik dan sungguh tak rugi melaburkan wang RM20 untuk amek copule seat di MBO @ Square One Batu Pahat Sabtu lepas...

Watak Merong yang dilakonkan oleh Stephen Rahman Hudges memang mantap dan yang paling Lynn menyampah sekali dengan watak Kamawas yang dilakonkan oleh Khir Rahman...Memang menyakitkan hati tau...Kat bawah nie ada a few pics dari filem Hikayat Merong Mahawangsa...




Untuk korang semua yang masih belum pergi tengok filem nie, Lynn sarankan agar korang gie tengok hasil karya terbaru dari KRU nie...Memang tak rugi kalau korang melabur sket duit korang untuk tonton filem nie...Pergi tengok yer kawan-kawan semua...Sokonglah filem buatan Malaysia...Sebab filem buatan Malaysia yang satu nie memang arr best...Hehehehehe...Caya la KRU especially YUSRY...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...