March 3, 2011

Berat Mata Yang Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Petang nie Lynn dapat satu msg dari seorang kawan di HQ LPP...Dia suruh Lynn tengok blog Kesatuan Kakitangan Akaun/Audit Lembaga Pertubuhan Peladang Semenanjung Malaysia (KESADA)...Jadi Lynn pun tengok la blog KESADA tu...


Alangkah kesiannya Lynn tengok salah seorang staff LPP yang berkhidmat di LPP Selangor nie...Nama pegawai yang terlantar tu adalah Encik Mokhatar bin Mad Nor yang sedang menderita sakit masalah saraf di kepala disebabkan pendengaran...Baru sahaja melakukan pembedahan pada bulan Oktober 2010 di Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) tapi sekarang nie muncul pula kompilasi lain kat perut dan pundi kencing...Beliau sedang dirawat di HUKM Cheras...

Perbelanjaan untuk bil dan rawatan sewaktu di KPJ mencecah RM90,000 dan sekarang nie wife beliau telah mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan...Pihak KESADA dengan penuh belas ikhsan memohon pertolongan daripada semua pihak yang mampu untuk menghulurkan bantuan seiklas mungkin kepada Encik Mokhatar bin Mad Nor...

Dan Lynn juga ingin memohon jasa baik anda-anda di luar sana untuk menghulurkan sumbangan kepada beliau...Bersama-sama la kita memberikan sumbangan yang kita mampu kepada insan ini...Walaupun kita tidak mengenalinya setidak-tidaknya dengan bantuan dan sumbangan yang kita berikan kepada beliau dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan ahli keluarganya...

Segala sumbangan yang hendak disalurkan bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun Encik Mokhatar bin Mad Nor - Akaun CIMB 1007-0018641-52-3..Dan sekiranya tak dapat menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada beliau, Lynn mohon jasa baik daripada anda semua untuk mendoakan agar beliau cepat sembuh..Semoga doa anda dapat meringankan kesakitan yang ditanggungnya dan seterusnya sembuh dari penyakit-penyakit tersebut...

Terima kasih buat kawan-kawan blogger semua...Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua di muka bumi ini...Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...