December 10, 2010

Fully Breastfeed For My Next Baby

Salam pagi Jumaat...Sedar tak sedar hari nie dah pun hari Jumaat...Sekejap jer masa berlalu kan...Dan tinggal beberapa hari jer lagi nak masuk ke tahun baru 2011...Macam tak percaya jer dah pun hujung tahun...

Hari nie Lynn nak share dengan korang azam tahun baru 2011 Lynn...Huhuhuhuhu...Belum pun masuk tahun baru dah pun pasang azam...Apa kes? Sebenarnya azam yang nie dah kena start buat dari sekarang nie...Itupun kalau nak berjaya la...Sebenarnya semuanya tentang tajuk entry Lynn kali nie...Sebelum mengandungkan anak kedua nie Lynn dah pun mengutarakan pada Mr. Hubby kalau ada rezeki untuk preggy Lynn nak fully breastfeed anak sehingga umur 2 tahun...Mr. Hubby dah tentu la suka dan berikan sokongan padu pada wifey dia nie...

Dari pembacaan Lynn di blog AYU, Lynn dapati banyak sangat perkara yang Lynn perlu tahu dengan lebih mendalam lagi tentang breasfeed nie...Tapi hari nie Lynn nak share sket dengan korang panduan untuk para ibu yang nak breastfeed baby nie...

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut).  Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh.  Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.  Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut).  Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).  Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara.  Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan.  Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi.  Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed.  Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan

6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan.  Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja.  Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye
 
 SELEPAS KELAHIRAN

1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja.  Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA 

1) Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.

Ha...Yang italic tu semuanya Lynn copy dari blog AYU...Memang dah dapat izin pun dari dia...Jadi untuk memastikan Lynn dapat fully breasfeed baby dalam kandungan Lynn nie, Lynn dah mula berdoa dan berniat untuk menyusukan baby sehingga usia baby 2 tahun...Lynn mohon sangat agar doa Lynn nie dimakbulkan ALLAH S.W.T dan segala urusan ketika mengandungkan dan melahirkan anak di dalam kandungan ini dipermudahkan...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...