December 27, 2010

Kemenangan Yang Best

Malam tadi Lynn dan Mr. Hubby menonton perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia sempena perlawanan akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010...Dah lama rasanya Lynn tak temankan Mr. Hubby menonton perlawanan bola nie...Almaklumlah Lynn nie bukan la peminat bola sepak sangat...

Dan sokongan padu yang diberikan oleh kami berdua malam tadi membuahkan hasil yang cukup manis sekali...Yieeeehhhhhaa...Akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia...3 - 0 Malaysia hentam Indonesia malam tadi...Menang berbaloi la Lynn dan Mr. Hubby terjerit2 menyokong pasukan kebangsaan kita...Hehehehehehe...Sampaikan Qistina pun naik hairan kenapa la kitorang leh terjerit2 macam orang gila kat rumah tu...



Ini adalah insan yang paling cemerlang beraksi malam tadi...Mohd Safee bin Mohd Sali...Player yang Lynn rasa baru nie la Lynn dengar nama dia...Sebab Lynn nie kan agak mundur sket pasal hal-hal bola sepak nie...Kalau yang glamour2 macam adik beradik kembar Zaquan tu memang kenal sangat la...Hehehehehe...Lynn memang salute habis la dengan Safee Sali nie sebab skill dan performance dia memang la sangat mantaps malam tadi...Safee Sali sumbangkan 2 biji gol untuk Malaysia yer malam tadi...

Dan 1 biji gol lagi disumbangkan oleh Ashaari Shamsudin...Lynn try google gambar dia tapi x der yang terbekenan di hati la plak...Huhuhuhu...Jadi dengan total 3 gol yang disumbangkan oleh mereka berdua dengan gagahnya Malaysia akan melangkah ke Indonesia pada Rabu nie dengan lebih yakin dan bersemangat lagi...Insyaallah...Lynn dan rakyat Malaysia yang lain dah pasti la kemenangan akan berpihak sekali lagi pada pasukan kebangsaan kita...Saper yang tak nak tengok negara sendiri menang kan...Betul tak...

Jadi untuk para pemain bola sepak kebangsaan especially Safee Sali dan Ashaari Shamsudin, Lynn sekeluarga ingin mengucapkan tahniah di atas kemenangan yang dikecapi malam tadi dan tak lupa nak say good luck untuk game Rabu nanti...Don't worry Lynn dan Mr. Hubby dah tentu akan terpacak depan TV Rabu nie nak sokong team Malaysia...Akan tetap menyokong team kebangsaan kita MALAYSIA...Go MALAYSIA Go...Kalau boleh team Malaysia kasi sumbat lagi 3 gol yer kat Indonesia nanti...Hehehehehehe...

P/S : Jarang betul update pasal sukan kat blog nie...Hehehehehe...Kelainan hujung tahun 2010 nie...Tak per la...Yang penting mesej yang nak disampaikan tu...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...