December 22, 2010

Pemeriksaan Ibu Mengandung dan Aktiviti Kami Semalam

Syukur alhamdulillah Lynn dah pun selesai mendapatkan buku merah untuk sesi mengandung kali ke2 semalam...Lynn memang pakat dah awal-awal dengan Mr. Hubby nak amek cuti sempena first check up semalam...Sebab Lynn dapat rasakan yang prosedur untuk buat buku dan pemeriksaan amek masa yang lama la juga...Kitorang bertiga kuar rumah agak awal la juga semalam sebab nak dapatkan antara nombor yang terawal...

Sampai jer kat Klinik Desa Kangkar Pulai Lynn dapat nombor yang 1009...Pelik kan...Datang dah awal tapi nombor dah jejak ke 1009...Tengok keadaan kat klinik tu still lengang lagi...Rupa-rupanya Lynn nie orang ke 9 la yang daftar pagi semalam...Diorang start semua nombor dengan angka 1000, 2000, 3000 dan 4000...Sebelum nombor Lynn dipanggil Lynn dah diarahkan untuk lakukan pemeriksaan air kencing...Biasalah kalau pergi klinik kerajaan mesti kena buat...Huhuhuhuh...Jenuh la juga nak kencing sebab baru jer lepas mandi kan...Minum air pun segelas jer pagi semalam...Tak sempat lagi nak jadi air kencing...Huhuhuhuh...Tapi akhirnya berjaya juga walaupun tak banyak air kencing yang keluar...Next time Lynn ingat nak standby jer dari rumah...

Ambil masa lebih kurang 15 minit juga Lynn menunggu untuk nombor Lynn dipanggil...Jururawat yang bertugas just update rekod Lynn yang ada kat buku merah yang baru...Memang betul la kata kawan-kawan...Kalau kita bawa buku lama tugas-tugas pendaftaran dan buat buku baru agak lancar la sedikit...Jururawat tu just update beberapa perkara jer contohnya info kelahiran anak pertama dan history penyakit parents...Then amek blood preasure dan berat badan Lynn...Waktu check up kat swasta bulan lepas, berat badan Lynn dah cecah 63 kg tau...Tapi semalam berat badan Lynn just 61 kg jer...Agaknya turun sebab Lynn asyik muntah2 jer kut...

Lepas jer selesai urusan pendaftaran Lynn dapat pula 2 nombor lain...Huhuhuhuh...Kali nie nombor 4013 dan 3013...Untuk 4013 tu Lynn kena ke bilik suntikan dan 3013 pula ke bilik pemeriksaan...Nombor 4013 tu yang naik dulu dan Lynn pun masuk la ke bilik suntikan tu...Kat bilik suntikan Jururawat yang bertugas amek darah Lynn untuk pemeriksaan HIV, Hemoglobin dan jenis darah Lynn...Amek sekali jer untuk ketiga-tiga pemeriksaan tu...Kalau la amek darah sampai 3 kali mau pitam juga dibuatnya sebab masih belum sarapan lagi...Huhuhuhu...

Jururawat tu baru lagi kut kat situ tapi cekap jer dia amek darah Lynn...Syukur tak rasa sakit dan tak ler lebam-lebam...Ujian HIV dan Hemoglobin dapat waktu tu juga...Tapi untuk jenis darah akan dapat next check up...Sementara nak tunggu nombor untuk pemeriksaan dipanggil Lynn sempat la juga melayankan Qistina yang nak minum susu...Buatkan dia susu sebotol dan layan dia berborak...Kebetulan ada plak promoter dari Anmum promote produk Anmum kat klinik tu...Lynn dapat la sample susu untuk ibu mengandung sempena promotion yang diorang buat...Tapi hingga kini masih tak minum lagi susu tu...

Tak lama lepas tu nombor 3013 dipanggil dan Lynn masuk la plak ke bilik pemeriksaan...Ada 2 jururawat dalam bilik tu...Jururawat yang handle Lynn suruh Lynn baring kat atas katil yang disediakan dan longgarkan bra...Haaaaahhhhh...Nak buat apa agaknya?  Hehehehehehe...Untuk pemeriksaan kali pertama memang diorang akan lakukan pemeriksaan payudara...Jururawat akan ajar kita cara-cara untuk melakukan pemeriksaan payudara tu...

Lepas jer pemeriksaan payudara, Jururawat check plak mata, kaki dan tangan Lynn...Then dia check perut dan terangkan tentang kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi...Banyak juga yang kitorang discusskan semalam lebih2 lagi tentang penyusuan susu ibu tu...Lynn memang tengah mengumpul maklumat-maklumat tentang penyusuan susu ibu nie sebab dah nekad dalam diri nak breastfeed baby sehingga usia 2 tahun nanti...Insyaallah...Moga dimakbulkan ALLAH S.W.T...

Overall masa yang diambil untuk buat buku merah dan pemeriksaan kali pertama adalah 1 jam lebih jer...Kitorang sampai klinik jam 7.40 pagi dan selesai 9.30 pagi...Lega sungguh rasanya sebab dah dapat uruskan buku merah tu semalam...Jadi untuk pemeriksaan yang seterusnya Lynn terus proceed appointment jam 8.00 pagi jer...Insyaallah check up boleh selesai awal untuk sesi yang akan datang nie sebab buku merah dah ada...

Lepas jer urusan kat Klinik Desa Kangkar Pulai, Lynn ajak la Mr. Hubby dan Qistina gie breakfast...Kitorang breakfast di Medan Selera Taman Universiti...Kononnya nak makan Nasi Kukus Ayam Berempah yang selalu sangat Ibu Damia @ Ayu citerkan tu...Tapi waktu kitorang sampai Nasi Kukus Ayam Berempah tu masih belum ready lagi...Maybe next time la kut baru leh dapat makan Nasi Kukus Ayam Berempah tu...

 Tengah breakfast tu Mr. Hubby duk suggest suruh Lynn dan Qistina buat passport kat Pekan Rabu...Lynn macam tak yakin jer nombor masih ada...Untuk pengetahuan korang nombor untuk buat passport yang dikeluarkan setiap hari bekerja hanya 500 sahaja...Jadi kalau kita orang yang ke 501 yang datang nak buat passport jangan harap la Pegawai Imigresen tu nak bagi nombor...Tapi kitorang gigihkan juga diri ke Pekan Rabu...Betul apa yang kitorang jangka...Memang ler x dapat nombor bila datang jam 10 lebih nie...Walaupun tak dapat nombor...Kitorang dapat juga borang dan amek gambar passport Lynn dan Qistina...Insyaallah akan berkunjung semula ke Pekan Rabu untuk amek nombor dan buat passport dalam masa terdekat nie...

Entry nie dah panjang berjela...Lynn kena stop dulu nie...Kang bosan plak kawan-kawan blogger membacanya...Lynn akan sambung entry yang kedua untuk aktiviti kitorang semalam yer...Korang rajin2 la komen yer...Hehehehe....

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...