Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

April 16, 2013

3rd Check Up

Assalamualaikum semua...Hari nie Lynn masuk office lewat sket...Dalam kul 10.30 pagi baru sampai kat office...Hari nie ada check up kali ketiga untuk Nur Qhasrina Zahra...Hari nie berat baby Qhasrina dah pun 5kg...Last month 4.4kg jadi cuma ada peningkatan 600 gram jer...Walaupun peningkatan x sampai 1 kg tapi baby Qhasrina tak pernah demam...

Dan pagi nie tadi kena gak inject...Jadi bila hantar jer kat rumah pengasuh terus ler Lynn dan Mr. Hubby bagi Qhasrina makan ubat...Nurse pun dah pesan awal-awal suruh bagi jer makan ubat bila dah sampai kat rumah...Hope sangat Qhasrina tak demam dan ceria macam selalu...

Hari nie Lynn bekalkan Qhasrina 5 botol susu...4 yang fresh dan 1 ebm...Lynn perhatikan Qhasrina lebih suka minum yang fresh...Hasil susu yang Lynn pump kat office untuk hari nie akan dijadikan bekalan untuk hari esok...Alhamdulillah setakat nie susu masih mencukupi...Dan Lynn sentiasa berharap agar Lynn diberi peluang untuk menyusukan Qhasrina sehingga usianya 6 bulan dan seterusnya ke usia 2 tahun...

Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dan Qhasrina pun nak menyusu dengan sebaik-baiknya di rumah pengasuh...Huhuhuhuh...Bukan apa...Risau gak dengan penyediaan susu yang dilakukan oleh pengasuh...Lynn dah terangkan dah cara-cara nak panaskan susu dan berapa lama tempoh susu bertahan setelah dipanaskan...Hope pengasuh anak Lynn faham dan laksanakan semuanya dengan okey ler...Insyaallah...

Okey ler...Nak mengepam untuk sesi kedua hari nie...Sesi pertama dah laksanakan Subuh tadi...Dapat ler 5 oz...Jadi harap sesi kedua dan ketiga kat office hari nie dapat lebih la yer...

February 27, 2013

Birthday Mr Hubby Tapi Qaleesya Sakit Mata

Assalamualaikum...
Semalam birthday Mr. Hubby...
Yang le 32 tahun...
Dah bertambah lagi setahun usia Mr. Hubby...
Dan tahun ni dapat hadiah yang paling bermakna n berharga...
Hehehehe...
Lahirnya Nur Qhasrina Zahra adalah hadiah yang paling istimewa...

Ingatnya nak gie celebrate kat luar...
Tapi Qaleesya plak kena sakit mata...
Kesian tengok mata Qaleesya yang sepet n merah sebelah kanan...
Petua orang dulu2 titikkan susu ibu kat mata yang sakit tu...
Tapi macam x der apa2 kesan pun...
Kena bawa gie klinik ler petang ni...

Owh yer...
Nak tanya korang yg fully breastfeed baby...
Qhasrina dah 3 hari tak poo poo...
Normal ke?
Risau gak nie...
Huhuhuhuhu...



February 7, 2013

Dah Lama Tak Update

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
Huhuhuhu...
Lama betul kan Lynn tak update...
Walaupun punya masa yang agak banyak tapi tetap gak tak sempat nak update...
Busy sket ler uruskan Nur Qhasrina Zahra...
Owh yer...
Lynn masih tak dapat nak upload gambar baby Qhasrina kat blog nie...
Asyik failed jer...
Entah apa ler masalahnya...

Hari nie dah masuk hari ke26 Lynn berpantang...
Syukur alhamdulillah Lynn dan Qhasrina sama2 sihat...
Dan tak sabar rasanya nak habiskan pantang...
Dan mulai hari ke24 yang lepas...
Qhasrina dah pandai nak menyusu direct...
Rasa happy sangat dapat BF Qhasrina secara direct...
Tak perlu nak bangun tengah malam nak panaskan susu lagi...
Cuma sekarang nie Qhasrina masih belum pandai nak menyusu dalam posisi baring...
Jadi Lynn kena la duduk kalau nak susukan dia bila terjaga malam...
Tak per la...
Asalkan dia dah pandai nak BF direct pun dah syukur sangat...

January 16, 2013

Jaundice dan Bengkak Susu

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua pembaca dan rakan blogger...
Semalam nurse Klinik Kesihatan Kangkar Pulai dah datang rumah...
Nurse cakap baby ada kuning sket...
Jadi nurse suruh gie check kat Klinik Kesihatan Taman Universiti...
Maka petang semalam berangkut ler kitorang anak beranak ke klinik...
Huhuhuhuhu...
Lepas cek memang comfirm baby ada kuning sket...
11.2...
Kata nurse tak tinggi...
Tapi petang ni kena gie repeat cek...
Risau betul Lynn dan Mr. Hubby...
Dulu waktu Qaleesya pun ada gak kuning...
Siap kena tahan wad semalam tau...
Hope result petang ni dah okey la...
Baby kerap gak menyusu...
Tapi tak direct feed...
Lynn bagi susu yang dipam...
Cik B Lynn membengkak teruk siap ada kelenjar lagi kat bawah ketiak...
Huhuhuhuhu...
Sakit sungguh...

January 25, 2012

Baju Breastfeeding

Sebenarnya dah lama sangat dah teringin nak beli baju breastfeeding nie...Menurut kata kawan-kawan di KIM baju breastfeed nie direka untuk menyenangkan para mommies untuk menyusukan baby walau di mana sahaja...Lynn sebenarnya teringin gak nak membeli baju nie...

Selama nie punya la duk cover2 bila menyusukan Qaleesya...Kadang-kadang tu sampai duduk dalam kereta nak menyusukan dia...Walaupun tak der baju nie alasan untuk tidak menyusukan Qaleesya tidak ada dalam fikiran Lynn...Bagi Lynn dengan adanya baju nie lebih menyenangkan Lynn...Tak ler rasa segan sangat kalau nak menyusukan kat public...

Dan kebetulan kat JB nie tak pernah plak gie usha kedai-kedai yang jual baju2 nie...Selama nie just tengok kat dalam Internet dan Facebook jer...Rasa mcm nak gie beli jer kain kat Jakel dan buat tempahan...Baju yang ditempah tu pun leh ikut saiz badan kita...Betul tak?

Design macam kat atas nie cun gak...Ker Dynas yang memang dah cun sebab tu bila pakai baju apa pun dia tetap nampak cun...Hehehehe...

Korang pernah beli tak baju nie...Ataupun tempah ker?  Kalau ada meh share sket dengan Lynn...

April 16, 2011

Panduan Sediakan EBM Untuk Baby

Assalamualaikum...

Hari nie Lynn nak share dengan korang semua tentang panduan menyediakan EBM untuk baby...Info nie Lynn dapat dari Facebook...Jadi meh kita share sama-sama kat blog nie yer...

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu.  Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut

Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk:
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit.  Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingin, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer)
  • Turunkan beberapa botol (kut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku(freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairaan boleh berlaku secara perlahan-lahan.  Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada petia sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).  
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi).  Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 - 6 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2 - 3 jam dan beri kepada bayi pada penyusun seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula.  Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam(dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku.
TIDAK BOLEH 
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan 
  • Sebab & alasan : susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencerakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau

February 23, 2011

Yang Mana Baik?

Assalamualaikum semua...Hari nie Lynn nak minta pendapat korang semua tentang breastpump...Seperti yang korang semua maklum sejak preggy anak kedua nie Lynn memang dah tekadkan dalam hati Lynn untuk fully breastfeed...Jadi untuk merealisasikan impian Lynn tu, Lynn perlukan khidmat sokongan dan nasihat berkenaan dengan beberapa perkara daripada korang-korang di luar sana yang pakar...

Lynn sekarang nie tengah confius dalam membuat pemilihan untuk membeli breastpump...Baru-baru nie Lynn ada pergi satu kedai barangan baby dan preggy mommy di Taman Universiti...Lynn cuba untuk bertanyakan tentang breastpump jenama Spectra 3...Mana la tahu kalau-kalau tauke tu ada jual...Leh gak tengok breastpump tu dan dapatkan sedikit info tentang cara penggunaan breastpump tu...

Huhuhuhuh...Nak tahu apa yang tauke kedai tu cakap?  Dia tanya Lynn kenapa u nak beli Spectra 3?...Dia maklumkan pada Lynn yang ramai customer i beli Medela sebab Spectra 3 tak bagus...Customer dia cakap bila guna Spectra 3 nie breast akan rasa sakit...Waktu tu Lynn terus jadi blank...Sebab Lynn tak pernah plak dengar hal macam nie sebelum nie...Di pejabat Lynn nie ada 2 kawan Lynn yang gunakan Spectra 3 tapi tak pernah plak mengadu ada masalah sakit atau susah nak handle...

So apa pendapat korang plak...Adakah itu hanya propaganda tauke kedai tu sahaja atau Medela memang terbukti lebih bagus daripada Sepctra 3...Boleh bagi khidmat nasihat sket tak untuk korang yang dah semestinya pakar dalam hal-hal breastfeed nie...

 Yang nie Medela Mini Electric Plus Breast Pump..


 Yang nie plak Medela Swing Electric Breast Pump...


Yang nie adalah Spectra 3 Breast Pump...

Insyaallah bila dah dapat pendapat dan nasihat daripada korang boleh la Lynn beli breastpump yang sesuai untuk kegunaan Lynn nanti...Tolong yer kawan-kawan...

January 13, 2011

Banyakkan Ilmu Tentang Breastfeed

Tengahari nie Lynn tak kuar pun lunch...
Terasa kenyang lagi la...
Pagi tadi nak dekat kul 11 pagi baru Lynn breakfast...
Breakfast pun agak heavy hari nie...
Nasi goreng + telur mata lembu...
Hehehehe...

Erm, korang nak tahu apa Lynn buat tengahari nie?
Lynn mengodek-godek beberapa blog...
Bukannya menjadi penggodam ker apa...
Tapi mengodek-godek entry-entry diorang semua tentang breastfeed nie...
Syukur alhamdulillah banyak juga entry yang Lynn dapat baca...
Boleh la mengisi masa lunch dari terbuang begitu saja...
Antara cara menyimpan EBM, persediaan melangkah ke dunia breastfeeding, penghasilan susu ibu, dan beberapa entry lagi di blog yang sama...
Jadi kalau korang yang mana nak tahu juga tentang apa yang Lynn baca tadi...
Leh la klik jer kat link tu yer...

Semoga dengan perkongsian ilmu nie kita mendapat lebih banyak info dan manfaat darinya...
Lynn memang tak sabar nak breastfeed anak kedua Lynn nie...
Hope sangat segala niat suci Lynn nie dimakbulkan dan dipermudahkan ALLAH S.W.T...
Insyaallah...

December 10, 2010

Fully Breastfeed For My Next Baby

Salam pagi Jumaat...Sedar tak sedar hari nie dah pun hari Jumaat...Sekejap jer masa berlalu kan...Dan tinggal beberapa hari jer lagi nak masuk ke tahun baru 2011...Macam tak percaya jer dah pun hujung tahun...

Hari nie Lynn nak share dengan korang azam tahun baru 2011 Lynn...Huhuhuhuhu...Belum pun masuk tahun baru dah pun pasang azam...Apa kes? Sebenarnya azam yang nie dah kena start buat dari sekarang nie...Itupun kalau nak berjaya la...Sebenarnya semuanya tentang tajuk entry Lynn kali nie...Sebelum mengandungkan anak kedua nie Lynn dah pun mengutarakan pada Mr. Hubby kalau ada rezeki untuk preggy Lynn nak fully breastfeed anak sehingga umur 2 tahun...Mr. Hubby dah tentu la suka dan berikan sokongan padu pada wifey dia nie...

Dari pembacaan Lynn di blog AYU, Lynn dapati banyak sangat perkara yang Lynn perlu tahu dengan lebih mendalam lagi tentang breasfeed nie...Tapi hari nie Lynn nak share sket dengan korang panduan untuk para ibu yang nak breastfeed baby nie...

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut).  Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh.  Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.  Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut).  Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).  Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara.  Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan.  Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi.  Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed.  Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan

6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan.  Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja.  Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye
 
 SELEPAS KELAHIRAN

1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja.  Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA 

1) Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.

Ha...Yang italic tu semuanya Lynn copy dari blog AYU...Memang dah dapat izin pun dari dia...Jadi untuk memastikan Lynn dapat fully breasfeed baby dalam kandungan Lynn nie, Lynn dah mula berdoa dan berniat untuk menyusukan baby sehingga usia baby 2 tahun...Lynn mohon sangat agar doa Lynn nie dimakbulkan ALLAH S.W.T dan segala urusan ketika mengandungkan dan melahirkan anak di dalam kandungan ini dipermudahkan...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...