Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik Nur Qhasrina Zahra dah pun 13 tahun hari ni... Pagi tadi seawal jam 6.20 pagi dah ke sekolah dan hari ini merupakan hari pertama di sekolah menengah... Macam tak percaya dia dah Tingkatan 1...
Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik Nur Qhasrina Zahra dah pun 13 tahun hari ni... Pagi tadi seawal jam 6.20 pagi dah ke sekolah dan hari ini merupakan hari pertama di sekolah menengah... Macam tak percaya dia dah Tingkatan 1...
Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah... Persiapan sekolah anak anak hampir selesai 90%... Ada 10% yang belum settle... Masih menanti arahan selanjutnya dari pihak sekolah untuk buat bayaran... Pembayaran yang ni dengan guru kelas...
Bulan 10 lepas kasut kasut anak ada yang baru berganti... Jadi untuk tahun 2026 Lynn minta anak anak gunakan kasut yang masih elok tu... Tak perlu la nak beli kasut baru sebab kasut yang ada masih boleh digunakan lagi...
Qaleesya pula satu saiz dengan kakaknya Qistina... Sebelum SPM awal tahun 2025 hari tu, Qistina pun ada beli kasut... Dengan kasut dia yang masih okay tu, ada la 2 pasang kasut untuk Qaleesya gunakan sepanjang tahun 2026 ni...
Cuma anak anak request nak bag sekolah baru... Jadi last weekend kami pergi ke Paradigm Mall cari bag sekolah anak anak yang baru... Sorang dapat satu bag dan bagi peluang untuk diorang pilih sendiri yang diorang berkenan... Untuk tuition guna la bag bag yang lama tu... Lagipun tuition diorang tak pergi setiap hari, ada hari hari tertentu jer...
Buku buku sekolah pun dah beli semuanya... Dan kos untuk 3 beradik ni lebih kurang RM800++ juga... Ini tak termasuk baju baju sekolah dan alat tulis... Bila di catit begini dalam blog terasa pula lelahnya kan... Syukur alhamdulillah, persiapan untuk seisi persekolahan 2026 ni kami dah sediakan dari awal... Jadi tak ler rasa lelah sangat...
Tahniah buat korang juga yang dah berjaya buat persiapan sekolah anak anak... Moga Allah swt limpahkan rezeki kita lagi selepas ini...
Kita hebat kawan kawan 😘
Assalamualaikum
Ya... Bila dah makin berusia ni Lynn nak tenang tenang sahaja... Banyak jer benda yang kita rasa tak ok dan kita nak respond... Tapi kena sentiasa ingat, diri kita pun tak sentiasa betul...
Dan... Pada pendapat Lynn kita jaga la hal masing masing... Cukup sekadar tahu dan tak perlu nak respond lebih lebih... Kena jaga emosi dan diri sendiri sebelum sibuk sibuk nak ambil tahu tentang hal lain...
Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik ehhh dah nak start sekolah ya Isnin depan... Rasa macam baru jer sibuk sibuk uruskan jamuan akhir tahun anak anak kat sekolah...
Sepanjang cuti sekolah ni, kami sekeluarga banyak spend masa di kampung... Minggu pertama cuti sekolah hari tu dah ada wedding kat Senawang... Sebelum pi wedding, kami sempat la makan makan dengan mak ayah dan adik beradik serta anak anak saudara kesayangan...
Qaleesya kena paksa dengan Mama bergambar sama 😂... Time ni anak anak nak makan aiskrim... Lepas jer makan steamboat kat Johnys Aeon Seremban 2, menuju pula ke Baskin Robbin makan aiskrim...
Terima kasih la mak ayah sebab belanja kami semua makan makan... Moga dimurahkan lagi rezeki mak ayah dan sihat sihat selalu...
Tahniah buat Alin dan Haslee yang mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2025 yang lepas... Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan peroleh zuriat yang sihat comey...
Tema diorang silver... Lawooo...
Kasi can pengantin lama bergambar juga... Kenangan di hari tua... La ni pun dah tua juga... Hahahaha...
Assalamualaikum
Sekejap jer masa berlalu... Tahun ni Qayyum Rizq dah pun masuk ke umur 5 tahun... Dan tiba masanya untuk mama papa masukkan dia ke tadika... Syukur alhamdulillah, hari pertama pada Isnin lepas berjalan lancar dan dia tak meragam...
Tapi sebelah petang, dia buat hal tak nak naik dengan Acik Ana... By the way Acik Ana ni jiran kami... Kami memang hire Acik Ana ni untuk ambil Qayyum Rizq setiap hari bila balik dari tadika... Mungkin sebab dia nampak mama papa kat depan tadika hari tu...
Second day dia nampak lebih excited bila nak ke tadika... Rasa seronok sangat sebab dia cakap kawan kawan ramai... 1 kelas dia ada 15 student dan ada 2 orang teacher yang incharge...
Seronok la dia sebab kat rumah tak ada buat aktiviti macam ni... Kalau main color water jer jenuh mengemas... Ni kat tadika, teacher guide...
Dan petang hari kedua berjalan lancar untuk Qayyum Rizq... Akhirnya dia balik dengan Acik Ana sebab mama papa duk jer dalam kete yang di parkir jauh sket dari tadika...
Mama papa sentiasa doakan yang baik baik untuk Qayyum Rizq... Moga Qayyum Rizq terus seronok dan dapat belajar dengan baik kat tadika... Kita nantikan apa cerita dia untuk hari ini dan seterusnya ya...
Assalamualaikum
Hari ni last day bekerja untuk minggu ni... Dan hari ni juga ada jemputan untuk menghadiri Majlis Doa Selamat Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru sempena operasi tahun 2026... So hadir la sekejap menyantuni tuan rumah yang menjemput...
Untuk makluman korang, Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru ni menyediakan perkhidmatan sewaan dewan dan tempat penginapan... Terletak dalam kawasan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor...
Kat office hari ni pun tak ramai yang ada... Ramai yang bercuti lagi sempena cuti sekolah...
Kembang semangkuk muka tuan punya blog... Hahahaha... Azam tahun 2026, nak kuruskan sket badan ni dan turunkan berat badan... Agak agak boleh tercapai ke? Setiap tahun pun itu lah azam orang perempuan kan... Yang sebelah tu memang gitu la dia... Makan banyak pun gitu... Jealous tau...
Kawan office yang selalu dengan saya... Semua pangkat adik adik ni... Yang senior tak ramai dah kat office ni... Ramai yang dah pencen... Saya pun dah tak muda... Hihihi... Tahun ni 45 tahun... Lagi 5 tahun nak capai 5 series...
Kalau ada yang berminat nak menyewa dewan atau nak buat kursus, korang boleh klik IPP JOHOR BAHRU untuk info lanjut...
Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah... 2025 penuh dengan pelbagai cerita, suka dan duka... Walaupun ada kalanya kita struggle, kita tak pernah mengadu dan susahkan siapa siapa... Kita lalui semuanya dengan baik...
Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah di sebalik nya... Semoga 2026 dapat kita lalui dengan baik demi diri sendiri dan keluarga tersayang...
Hari ni kami di Johor bekerja seperti biasa... Selamat Tahun Baru 2026 semua... Moga yang baik baik untuk korang juga sepanjang 2026 ni ya...
Assalamualaikum Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...