January 14, 2010

- Canteknyer Baju Nie -

 Erm....Sebenarnya aku nie duk klik sana sini untuk cari dress yang cantek...Tujuannya adalah untuk dijadikan baju untuk flower girl Majlis Perkahwinan Fara Lisa & Udin...Hehehe...Salah satu sebab duk klik sana sini tu bcoz my Lovely Qistina will be one of the flower girl waktu majlis tu nanti...Jadi of course lor aku nak si kecik tu melaram habis waktu wedding tu nanti...Hehehehe...

Klik punya klik aku terpandang design yang sangat cantek...Warna tema wedding diorang nie adalah warna PURPLE...Yang mana satu ek design yang best untuk my Lovely Qistina...




 
 
 
 
Aku berkenan dengan yang atas sekali tu...Tapi duk terfikir plak nak hantar kat tailor mana ek? Bukan biasa pun tempah baju2 macam nie...Huhuhu...

January 13, 2010

THYROID

Huhuhu....

My MIL disahkan menghidapi penyakit THYROID tahun lepas...Tapi lepas jer doc bagitahu yang My MIL kena penyakit tu, My MIL dah makan segala ubat2 yang dibekalkan...Baru2 nie My MIL buat pemeriksaan darah dan didapati sakit yang dia alami semakin bertambah...Dan doc yang merawat dia boleh bagi ubat jer dan minta untuk buat pemeriksaan darah pada bulan 3 nanti...

Dan yang menambahkan tension kitorang anak beranak apabila My SIL tanya pada doc tu perlu ker kami refer dengan pakar tentang penyakit My MIL nie...Nak tahu doc cakap apa? Dia kata, tunggu sampai dah teruk la...Huh...Mengamuk la My SIL kat klinik kerajaan tu...Aduhai...Yang doc tu pun bangang sangat kenapa ek...Tak kan la nak tunggu teruk baru nak refer dengan pakar...Aku & Mr. Hubby yang tak berada di tempat kejadian pun sakit hati mendengarnya...

Jadi aku nak sangat pendapat dari korang semua...Seharusnya kes2 macam nie sesuai dirujuk dengan hospital kerajaan biasa atau terus jer ke pakar? Dan sesiapa yang ada pengalaman tu share la sket dengan aku...

Update Tentang Qistina

Syukur alhamdulillah...

Masuk hari nie dah hari ke8 @ minggu kedua Lovely Qistina bersekolah di Tadika Ixora Ria...Jadi aku nak citerkan sket perkembangan my little daughter tu...
  1. Setiap pagi @ minggu pertama sewaktu aku hantar dia ke Tadika dia akan menangis dan x nak lepas memeluk aku...Nak tak nak terpaksa la teacher yang paling close dengan dia @ Teacher Fatimah akan dukung dia dan bawa dia masuk ke dalam one of the room untuk mengelakkan dia berlari mengikut aku dan Mr. Hubby...Huhuhu...Kata kawan2 yang lebih senior maybe Lovely Qistina baru nak sesuaikan diri dengan environment baru...Dan setiap hari @ minggu pertama aku telah spend kredit telefon untuk bertanyakan keadaan dia di school...
  2. Setiap petang bila aku & Mr. Hubby sampai jer di Tadika Ixora Ria, Lovely Qistina akan berlari ke pintu pagar dan menyambut kami berdua...Hehehehe...Dan waktu tu dia x pulak menangis tapi menunjukkan riak muka yang paling happy sekali...Seronok sket tengok dia macam tu...Tak la susah hati aku & Mr. Hubby...
  3. Sebelum balik ke rumah aku & Mr. Hubby akan bertanya pada Teacher Fatimah tentang perkembangan Lovely Qistina di school...Dan alhamdulillah dia bukan la budak yang suka meragam...Cuma katanya Lovely Qistina tidak mahu minum susu...But my daughter tidak mempunyai masalah apabila makan...Doc pernah cakap kalau anak dah makan banyak, minum susu akan kurang...Jadi aku x la risau sangat...
  4. Sepanjang minggu pertama Lovely Qistina dan rakan-rakan yang lain menjalani minggu suaikenal...Jadi aktiviti sepanjang hari hanya diisi dengan menari, bermain dan menghabiskan masa bersama-sama...Tapi masuk jer minggu kedua kelas telah dimulakan...Dan yang seronoknya bila balik jer rumah Lovely Qistina akan menunjukkan aku & Mr. Hubby apa yang dia belajar di school...
Aku & Mr. Hubby happy sangat tengok perkembangan dia...Dengar dia berceloteh tentang itu dan ini...Happening sungguh...Dan harapan kami, Lovely Qistina x rasa boring la di Tadika Ixora Ria tu...Insyaallah...

January 10, 2010

- a.k.h.i.r.n.y.a -

hehehe...

happy bangat sih...akhirnya hasrat hati untuk memiliki lappy sendiri tercapai juga akhirnya...untuk pengetahuan korang semua niat untuk memiliki lappy sendiri nie dah ada since dari tahun 2008 lagi...tapi ada jer sebab musabab yang tidak membolehkan aku memilikinya...huhuhu...

hari ni, 10 Januari 2010 selepas jer sarapan pagi kat restoran mamak kegemaran kami sekeluarga aku pun dok cadangkan kat Mr. Hubby untuk melebarkan sayap ke PERSADA, Johor...Mr. Hubby dok tanya aku nak buat per kat PERSADA tu...so, aku pun cakap la yg weekend nie ada PC & ELECTRICAL FAIR...jadi kitorang pun teruskan la ke PERSADA...

sampai jer kat PERSADA, pintu dewan masih x berbuka lagi...jd berkumpul la kami sekeluarga dan orang lain di hadapan pintu dewan...tepat jer pukul 11.00 pagi akhirnya pintu dewan dibuka untuk para pengunjung,,,so apa lagi...serbu arrr...hari nie hari terakhir fair nie...erm...berpinar mata aku tengok promotion diorang...baik dari segi barangan elektrikal atau barangan IT...

pusing punya pusing akhirnya aku dah terbekenan kat lappy nie...walaupun x ler besar sangat tapi bagi aku sangat sesuai untuk digunakan untuk blogging, facebook, dan kerja2 yg simple seperti menaip laporan...dan apa yang penting warna dan designnya yang sungguh menarik hati, jiwa dan ragaku...hehehe...SUKANYER...

anyway, aku nak tunjukkan gambar my new lappy kat korang semua...actually, gambar nie aku google jer...sbb rasanya gambar2 nie lebih clear berbanding daripada gambar yg aku amek menggunakan hp...hehehe...for my new lappy, welcome to our family...


 
INILAH DIA BUAH HATI TERBARU AKU...
MS. PINKY...

January 5, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010

Hi everybody...

Erm, rasanya tak terlewat untuk ucapkan HAPPY NEW YEAR 2010 utk kawan2 semua...Dan hari nie merupakan hari ke5 kita berada di tahun baru 2010...Macam x percaya jer dah pun masuk tahun 2010...

Permulaan tahun baru nie 2010 nie nak update citer tentang my lovely daughter Qistina...End of December 2009 aku & Mr. Hubby dah decide untuk hantar Lovely Qistina untuk masuk Tadika Ixora Ria...Tadika nie x jauh mana pun dari rumah kami...Dalam taman yang sama juga...Dan keputusan untuk menghantar Lovely Qistina ke Tadika Ixora Ria nie disebabkan oleh beberapa perkara...Dan aku rasa x perlulah nak citerkan perkara2 tu dengan lebih detail kat sini...Biarlah aku & Mr. Hubby jer yang tahu...Hehehe...

Anyway dengan kemasukan secara rasminya Lovely Qistina ke Tadika Ixora Ria semalam aku harapkan anak kesayangan aku tu suka dengan environment baru dia...I really hope the new environment will make my lovely daughter kuat untuk menempuh cabaran di hari2 mendatang...Macam nak pergi berjuang lor...Huhuhu...Tapi sebelum register Lovely Qistina kat Tadika Ixora Ria nie, aku & Mr. hubby terfikir2 gak sesuai ker nak masukkan dia ke tadika nie...Her age baru jer nak masuk 3 tahun Julai 2010 nie...Feedback positif dari kawan2 banyak membantu kami...Jadi sekarang nie aku & Mr. Hubby kena la cuba dulu...We choose Mandarin & English medium untuk pembelajaran dia...Tapi untuk kids yang berusia 3 tahun nie Tadika Ixora Ria lebih mempraktikkan Learning Through Fun...Macam Playschool la kira-kiranya...Hehehe...

For your information, semalam waktu aku & Mr. Hubby hantar dia, ok jerk...Her teacher said she laughing, playing with her friends...Tapi pagi nie tadi dia leh nangis la plak...Huhuhuhu...Sungguh risau la sekarang nie...Entah macam mana la keadaan Lovely Qistina ek?  Really hope she will be fine there...Erm, ok la...Ada few pics nak dikongsikan bersama...Hope korang enjoy la yer...


 Lovely Qistina dengan uniform dia...Huhuhu...Gambar blur sebab dia x pose betul2...


Kelengkapan Lovely Qistina sepanjang sehari di Tadika Ixora Ria - Beg Hijau tu Beg Sekolah & Beg Biru tu beg Childcare...

Nanti bila ada masa free will take pics Tadika Ixora Ria untuk letak kat blog nie plak yer...Ok arr...Ada kerja lain nak buat nie...

December 28, 2009

2009 - Dah Nak Berlabuh Dah...

Pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun 2009...Macam tak percaya jer dah pun sampai ke penghujung tahun 2009...Usia pun makin meningkat dan next year akan mencecah ke angka 29...

Sebenarnya entry kali nie aku nak share dengan korang tentang Azam 2009 aku...Syukur alhamdulillah apa yang target sepanjang tahun 2009 ada yang tercapai...Walaupun azam aku tak tercapai sepenuhnya tapi bagi aku ini merupakan perkara yang terbaik yang dapat aku lakukan sepanjang tahun 2009...Dan aku sentiasa berharap agar aku berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini lagi untuk mencapai sebahagian daripada azam yang masih belum terlaksana...

Dan untuk menghabiskan baki beberapa hari lagi sebelum kedatangan 2010 aku nak sangat gie holiday bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...Dalam fikiran nie dah bermacam2 plan yang timbul tapi agak mustahil untuk dilaksanakan...Mungkin dalam minggu nie aku berpeluang untuk bercuti ker dan spend masa dengan keluarga tercinta...Insyaallah...Balik nanti leh la bincang2 dengan Mr. Hubby...Hehehehe...

Ok arr...Ada kerja nak buat nie...Will continue later...Muaahhhss..

Ceria Si Ayah Bersama Anak


 
Hehehehe...

Ini merupakan percubaan kali pertama untuk joint contest2 macam nie...
Untuk percubaan pertama nie i just joined the contest Ceria Si Ayah Bersama Anak yang dianjurkan oleh Pn. Fasha...

So gambar yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam entry ini adalah gambar ini...



Keterangan Gambar 
Gambar nie diambil ketika Majlis Perkahwinan sepupu di Kota Tinggi...
Lovely Qistina baru jer berusia 10 bulan waktu gambar nie diambil...
Nama Papa : Ezal Huraiza
Nama Anak : Qistina Farzana

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...