Showing posts with label Vita C. Show all posts
Showing posts with label Vita C. Show all posts

April 5, 2015

Anda Mampu Mengubahnya

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT parut akibat chicken pox telah beransur pulih dengan pengambilan secara konsisten 3 supplement Shaklee...

Vita E - Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran...Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E...Vita E Shaklee berfungsi sebagai awet muda, mengurangkan parut, memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit...

Vita C Sustained Release - Vitamin C atau dikenal dengan asid absorbic ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh serta membantu penyerapan zat besi...Berfungsi untuk mencerahkan kulit, membaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat, melindungi kulit dari radikan bebas, meningkatkan sintesis kolagen dan mengurangkan garis halus...

ESP -  ESP Shaklee merupakan protein yang sangat tinggi dan semulajadi (bukan protein tiruan- Non-GMO) dan rendah lemak. Ia dalam bentuk serbuk. Ia mengandungi kesemua 22 asid amino yang penting untuk tubuh badan dan ESP merupakan satu-satunya produk dipasaran yang memberi jaminan mengandungi 9 asid amino yang paling penting untuk badan dan tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara sendirinya...ESP membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka, membantu proses pemulihan tisu badan, menganjalkan kulit dan memberi tenaga berpanjangan kepada badan...

December 7, 2014

Jumaat Yang Padat & Sup Tulang

Assalamualaikum 

Jumaat baru ni Kak Yong masak Sup Tulang tau...Sebenarnya menu tu menu hari kedua tahlil arwah adik Kak Yong...Tapi sebab time tu mood nak makan tak berapa nak ado jadi makan pun ala kadar jer la...Jumaat tu walaupun Kak Yong sibuk ke sana ke sini...Walaupun badan tetap penat tapi gagahkan diri juga nak memasak Sup Tulang tu...

Dari rumah kitorang ke Shaklee JB...Duk beli supplement untuk client...Then gerak plak ke Plaza Angsana...Cari baju batik untuk AJK Ketadbir Negeri Johor yang baru dilantik...Then lepas tu proceed ke Kip Mart Tampoi...Gie Kip Mart sebab nak cari tulang...Beli la dalam 1 kilo lebih sket...RM14.00 rasanya yang Mr Hubby bayar hari tu...

Jam time tu dah 12.45...Rushing balik...Sebab hari Jumaat, Mr. Hubby nak kena pergi Solat Jumaat...Tapi Mr Hubby cakap macam tak sempat nak hantar kat rumah dulu...Kebetulan anak-anak syurga pun dah ketiduran kat dalam kereta...Jadi kitorang terus jer menuju ke Masjid Kangkar Pulai...Bila dah selesai Solat Jumaat baru ler balik ke rumah...Haaaa...Padatkan jadual hari Jumaat lepas...

Kak Yong bila dah sampai rumah terus ler berkasi ala Superman...Hahahaha...Supermommy ler...Duk fokus nak buat apa dan tak toleh kiri kanan lagi dah...Start memasak kul 2.00 petang...Kul 4.00 petang baru makan...Mujur la ada makanan ringan kat rumah tu...Jadi Mr Hubby duk layan makan yang ringan ringan dulu dengan anak-anak syurga...

Haaaa...Ini la rupanya Sup Tulang Kak Yong...Tekak Kak Yong rasa sedap...Hihihihi...Saper lagi nak puji kan...Mesti la diri sendiri yang puji...Betul tak?

Ni menu tambahan...Kak Yong goreng kangkung tu dengan belacan...Tak pasal pasal Mr Hubby duk bersin sajo...Kesian kat Mr. Hubby...

Sudahnya Kak Yong suruh dia makan 2 biji Vita C...Malam tu dah lega dah...Syukur alhamdulillah...Nanti kita cerita pasal sindrom bersin bersin nie yer...Kak Yong buat entry khas...Hihihihi...

Okey...Kak Yong nak sambung buat kerja nie...Nanti Kak Yong jalan jalan gie blog korang yer...Take care semua...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...