Penyakit yang membunuh dalam diam...Silent killer kata omputih...Meh kita tengok info info yang saya dapat tentang Penyakit Batu Karang Hempedu nie...Semoga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan...
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam
pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia
terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu
(kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan
menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu
ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu
boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama
apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh
terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang
hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol,
batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu
bercampur.
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menunjukkan
tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti
rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan
atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini
biasanya disertai dengan loya dan muntah. Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula
sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik
dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Gejala batu karang dalam hempedu
- Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
- Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas perut.
- Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
- Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
- Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
- Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
- Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa).
- Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan
i- Pembedahan
- Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskopi
iaitu sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video kecil.
Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu
berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan
boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
- Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas
pembedahan dilakukan, hati terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk
mencernakan diet yang normal.
ii- Bukan pembedahan
Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan
dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit,
doktor akan mencadangkan:
- Pil garam hempedu.
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan.
Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.
PETUA (Sumber: Dr Hamid Arshat)
Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca
apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni dalam
kilang hempedu ( Gall Bladder Stones).
- Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
- Hari ke-6 jangan makan malam
- Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
- Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
- Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
- InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Aleternatif Lain Untuk Mengatasi Penyakit Batu Karang Hempedu
Pesakit Batu Karang Hempedu juga boleh mengamalkan Supplement Shaklee secara konsisten untuk mengatasi masalah penyakit batu karang hempedu ini...
B Complex
Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
Lecithin
B Complex
Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
Vitamin C
Menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan
terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka
dalaman
Ostematrix
Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
Carotomax
Menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
Alfafa Complex
Mengurangkan inflamasi & infeksi
Omega Guard
Membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang





