Showing posts with label Lawatan Projek. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Projek. Show all posts

November 25, 2014

MAHA & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, Kak Yong sekarang ni dalam perjalanan nak ke MAEPS, Serdang...Kak Yong nak pergi MAHA & HPPNK...Erm, perjalanan kali ni menaiki bas...Bersama-sama dengan ahli peladang PPK Johor Bahru Selatan...

Kak Yong sajer sajer ikut lawatan ni...Lagipun yang uruskan lawatan ni Mr Hubby sendiri...Jadi boleh sangat ler Kak Yong menyelitkan diri...Hihihi...Pastinya di MAHA & HPPNK ni banyak aktiviti dan pameran yang menarik...Kak Yong memang excited gie tengok pameran pertanian ni...

Insyaallah nanti Kak Yong akan update detail apa yang ada kat MAHA & HPPNK ni yer...Untuk korang yang teringin nak ke MAHA & HPPNK, masih ada masa lagi nak pergi...Program berlangsung sehingga hari Ahad ni...Jadi boleh la bawa anak anak korang gie tengok pameran pertanian ni...

October 15, 2014

Kursus Ketadbir Johor 2014 di A Famosa Resort Hotel - Part 2


Pagi lepas posing dengan Fauziah Ahmad @ Gee...Kitorang duk tunggu yang lain lain berkumpul di lobi...Janji lebih kurang jam 8.30 pagi...Tapi sampai ler jam 8.45 pagi baru ler cukup semua orang...Aduhai...Program lawatan tu janji dengan Pengarah LPP Melaka lebih kurang jam 9.00 pagi...Ingatkan boleh ler sampai dalam 15 minit...Tapi apakan daya...Nak dekat 9.30 pagi baru sampai...

Sampai jer kat Unit Parujas, kitorang terus dibawa ke satu projek buah makisar kendalian ahli peladang Unit Parujas...Kak Yong bila masuk ladang ladang nie memang over excited sket...Dah nama pun kerja dengan Lembaga Pertubuhan Peladang kan...
 Buah makisar memang berlambak kat atas kepala...Hihihih...Ada yang dah boleh petik sebab dah masak....

Ni yang baru dipetik...Kak Yong paksa Kak Min Bendahari Ketadbir Johor pegang buah tu...Hahaha...Sudahnya Kak Yong suruh dia makan juga...

  Sedap kata diorang...Dan tak masam...Tapi Kak Yong tak leh gie sangat dengan buah makisar ni...

Ayu jer mek ni...Dapat kat Kak Yong terus gebus jadinya...

Haaaaa...Betul cakap Kak Yong...Gebus kan...Hahahahaha...Dagu dah berlapis dah nie...





Bersusun kereta ahli rombongan...Ada nak dekat 20 biji kete rasanya...Syukur alhamdulillah berjaya gak sampai ke Unit Parujas nie...

Daripada lawatan nie memang Kak Yong dan ahli Ketadbir Johor yang lain dapat banyak input yang berguna...Penerangan daripada Ketua Kampung Parujas, Pengurus Besar PPK Melaka Tengah dan Ketua Unit Peladang Parujas memang sangat terperinci...Patut sangat la  Unit Peladang Parujas nie memenangi Unit Peladang Jaya sempena Hari Peladang, PEnternak dan Kebangsaan 2013...

 Pengarah LPP Melaka, Encik Mohd Fauzi bin Badron yang sungguh baik hati turut serta dalam majlis taklimat daripada Unit Peladang Parujas kepada rombongan kitorang...

 Encik Ahmad Yusseri, PRO LPP Melaka...Tahniah sebab dapat naik pangkat...

 Ahli rombongan yang kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan...

 Sudut anugerah yang diterima oleh Unit Peladang Parujas...

Ingat senang ke nak menang? Bukan calang-calang Unit Peladang yang boleh memenangi kategori nie yer...

Tahniah diucapkan kepada Unit Parujas kerana berjaya memenangi anugerah tersebut...Banyak input yang kitorang dapat dan rasa berbaloi sangat uruskan lawatan ke Unit Peladang Parujas nie...

Insyaallah ada peluang Kak Yong nak uruskan lawatan ke PPK lain pula...Sesekali kita kena pergi tengok tempat orang...Macam apa yang Mr Boss Kak Yong cakap...Siapa sangka buah makisar yang tak laku di Johor nie boleh dijadikan jus makisar di Negeri Melaka...

Terima kasih tak terhingga kepada Pengarah LPP Melaka kerana sudi menerima kunjungan kitorang dan turut serta dalam program yang kitorang anjurkan...

March 18, 2014

Lawatan Projek Keropok Lekor, Sg Danga

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Lawatan nie sebenarnya lawatan dari PPK Kunak, Sabah...Saya turut serta sebab kebetulan Projek Keropok Lekor nie dimiliki oleh Usahawan PPK Johor Bahru Selatan...Jadi pagi Sabtu yang lepas Mr. Hubby duk offer saya...Kalau-kalau saya berminat nak joint sama ke projek usahawan nie...Saya nie memang pantang dioffer pergi ke projek-projek macam nie...Memang arr kesukaan saya untuk explore perkara-perkara macam nie...Hihihihihi...

Jadi seawal jam 8.45 pagi dah kuar rumah Sabtu lepas...Duk angkut Powerpuff Girls sekali gus sebab lepas tu saya memang nak pergi sambung bantu Mr. Hubby cari kelengkapan sekolah untuk anak yatim...Boleh juga beli kelengkapan sekolah Nur Qistina Farzana...Kami sampai jer di Sg Danga tengok keadaan lengang...Nampak juga bas kat parking luar tapi tak nampak orang...Rupanya peserta lawatan dah pun berada di dalam kilang...

 Mr. Hubby bergambar dengan anggota lawatan PPK Kunak...

 Proses penyediaan Keropok Lekor ni diadakan setiap hari...Pasaran memang sanggat menggalakkan dan Boss saya merupakan penggemar setia Keropok Lekor nie...Dulu saya pun sering tertanya kenapa Boss saya suka sangat Keropok Lekor nie...Bila dah cuba makan perghhhhhh...Memang ler sedap...Lembut jer isi nya...Lagi best bila makan time panas-panas...

 Mr. Hubby bersama Pengurus Besar PPK Kunak, Encik Suagi bin Lasari...

 Keropok lekor yang dah siap dicetak...Lepas ni akan direbus pula...

Yang free hair tu Usahawan PPK Kunak...Ranggi ko...

 Macam spot somebody la dalam rombongan lawatan nie...Muka macam familiar...

 Ucapan dari Ahli Jemaah Pengarah PPK Kunak, Tuan Haji RAhim bin Wahab...


Ucapan balas dari Timbalan Pengurus Besar PPK Johor Bahru Selatan, Encik Noriman bin Sewito...

Penyampaian cenderahati kenangan dari Pengurus Besar PPK Kunak kepada pihak pengurusan PPK Johor Bahru Selatan.

 Merakam kenangan bersama peserta lawatan...

 Fine...Mukanya macam pernah ku lihat...Rupa-rupanya Kak Elly nie adik kepada Kak Erny Zunika...Kakak yang pernah saya kenal sewaktu induksi di IPP Sungai Petani pada tahun 2005...Orang-orang Sabah memang ayu dan cantik...Dan jangan tak sangka anak sulung Kak Elly nie dah berusia 12 tahun...Awet muda okey...Comfirm banyak makan kolagen nie...Kat sana kan memang banyak jual kolagen nie...

Nur Qaleesya Arissa pun nak joint posing sama...Hihihihihi...

Rasa seronok bila tengok diorang ni datang tempat kita buat lawatan...Teringin benor nak joint lawatan-lawatan macam nie...Last time saya dapat joint rombongan lawatan pada tahun 2008 / 2009...Saya pun tak ingat...Pergi melawat Negeri Terengganu...Melawat projek IKS di Setiu, singgah melawat projek udang di PPK Rompin...Memang best...

Tapi sekarang nie aim saya nak pergi lawat dulu Kilang Pemprosesan Buah-Buahan PPNJ...Dah bertahun wujud tapi sampai la nie belum singgah-singgah lagi ke kilang nie...Agaknya kena gie sendiri baru boleh sampai...Hihihihi...


Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...