Showing posts with label Ketadbir Johor. Show all posts
Showing posts with label Ketadbir Johor. Show all posts

June 2, 2015

Kursus KETADBIR LPP Cawangan Negeri Johor @ Lanjut Golden Beach & Golf Resort

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, selama 1 bulan saya fokuskan kepada pelaksanaan Kursus Pengukuhan Integriti Anggota Pentadbiran LPP Johor nie...Kursus ni merupakan kursus anjuran sepenuhnya KETADBIR LPP Cawangan Negeri Johor...Kami gunakan duit sumbangan dari Pertubuhan Peladang Kawasan di Negeri Johor untuk melaksanakan kursus ini...Rasa bersyukur sangat kursus telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 28 hingga 29 Mei 2015 yang lepas...

Kali ini kursus dilaksanakan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Rompin...First time kami jejak kaki kat Lanjut nie...Dari jalan besar nak masuk ke dalam lebih kurang 7km...Ermmm, agak scary juga sebab kiri kanan pokok...Rumah tak banyak sangat...Jadi memang tak der la aktiviti mengeteh di malam hari sepanjang berada di Lanjut tu...Hihihihi...Tak berani nak kuar malam sebab ada bawa baby kan...




Bilik di Lanjut nie memang puas hati arr...Besar dan untuk yang bawa family macam saya nie memang selesa sangat...

28 Mei 2015 - 1st Day 

Perjalanan dari Johor Bahru sejauh 245 km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih...Disebabkan saya merupakan urusetia kursus saya terus menuju ke Lanjut dahulu untuk selesaikan urusan pendaftaran dan pembayaran...Kang tak pasal pasal kawan kawan tak dapat kunci bilik...Hihihihi...

Sepatutnya program bermula jam 2.30 petang...Tapi disebabkan ramai yang tak sampai lagi, maka kami lanjutkan sehingga jam 4.00 petang...Tepat jam 4.00 petang AJK Ketadbir Johor Abang Asri dah bising dalam group wassap...Kalau kehadiran di dalam dewan tak memuaskan dia akan batalkan program petang tu...Suka suki jer Haji 14 nie...Hihihihihi...Kami gelarkan dia Haji 14 sebab semuanya dia nak 14...Apesal ntah suka sangat nombor 14 tu ntah...

 Yang nie ler Abang Asri...Dia AJK Biro Sukan Ketadbir Johor




Antara kawan kawan yang dapat hadir ke kursus tahun 2015 nie...

Slot petang tu kami isi dengan telematch...Selalunya kita buat sesi pengenalan diri, tapi disebabkan semua dah kenal di antara satu sama lain jadi kita buat telematch...Dari telematch nie kita boleh pupuk semangat berpasukan di antara satu sama lain...

Peserta dibahagikan sebanyak 4 kumpulan...Warna apa ek...Dah lupa la...Hahahah...Kalau tak silap saya Merah, Biru, Kuning dan Hijau...Sorry yer Haji 14 kalau tersilap...Hihihihihi...




Time Tele Match nie peserta tak kira muda atau dah nak pencen, semuanya kena joint...Saya salute dengan semua yang hadir kursus nie sebab sporting belaka...Time game Selamatkan Puteri tu yang paling syok...Masing masing dah macam budak budak kecik main baling belon berisi air...Agaknya masing masing lepaskan stress kut...Siap ada yang main simbah simbah air...

Lepas tele match kami bersiap siap untuk menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Persaraan Anggota Ketadbir Johor...Tahun 2015 nie seramai 5 orang anggota Ketadbir Johor yang akan bersara...Seramai 4 orang anggota hadir manakala sorang lagi tak dapat hadir sebab masalah kesihatan...

Hajah Tusmirah, En Abd Manaf, Ketua Cawangan Pentadbiran LPP Johor - Encik Ahmad Sirin bin Legee, Pengarah LPP Johor - Encik Shammodin bin Abd Halim, Pengerusi Ketadbir Johor - Encik Rahman bin Duni, Encik Ithnain & Encik Md Kahmi...


Kami ahli Ketadbir LPP Cawangan Negeri Johor bergambar kenangan bersama bakal pesara dan Pengarah LPP Johor...

 Okey fine...Bila bergambar dengan kakak kakak yang kurus melidi nie memang terserlah kegemukkan ku disitu...Harus diet secara istiqamah nie...Makan shaklee berganda supaya cepat kurus...

Diorang suka amek gambar candid tau...Time ni saya tengah busy bantu Tuan Haji Patah senaraikan nama penerima sumbangan dan hadiah...
 
Pengarah LPP Johor tak pernah miss datang program yang kami anjurkan setiap tahun...Memang seronok sangat sebab Encik Shammodin sentiasa support KETADBIR Johor...

29 Mei 2015 - 2nd Day

Hari kedua di Lanjut kami mulakan dengan sarapan pagi...Tak banyak menu...Ramai yang minta saya organize kursus di A Famosa Resort...Sebab kat sana ada pelbagai menu...Asyik makan jer kerjanya bila kursus kat A Famosa Resort tu...



 Tengah menjamu selera...Pagi kedua nie sarapan Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Bakar...Menu biasa biasa jer...Kalau ada yang special leh la amek gambar...Hihihihi...

Slot pada hari kedua tu dikelolakan oleh Ketua Cawangan Pentadbiran LPP Johor, Encik Ahmad Sirin bin Legee...Dimulakan dengan sesi mesyuarat dan bertukar pendapat dahulu...Lepas tu EO Sirin minta kami ketepikan meja dan kerusi...Dia nak dewan tu kosong dan lapang...

Kemudian dia minta kitorang beratur mengikut umur...Tapi arahan tidak boleh menggunakan mulut...Yang lelaki main agak agak jer umur masing masing...Beratur ikut suka...Sudahnya bila ditanya dari mula ada banyak sangat kesilapan...Katanya kena denda...Tapi tak pasti plak saya sebab denda apa...Saya turun ke bilik sebab Nur Qaseh Amani menangis nak susu...

Bila naik jer ke dewan semula tengok diorang buat senaman ringan...Best wooo...Sekali sekala kursus macam nie memang syok...

Meh share sket video kat sini...


Yang nie video juga...Tapi yang lelaki...Korang tengok ler Haji 14 tu...Hihihihi...



Okey la...Nak buat kerja nie...Nanti ada masa saya jejak kaki kat blog kawan kawan yer...

October 15, 2014

Kursus Ketadbir Johor 2014 di A Famosa Resort Hotel - Part 2


Pagi lepas posing dengan Fauziah Ahmad @ Gee...Kitorang duk tunggu yang lain lain berkumpul di lobi...Janji lebih kurang jam 8.30 pagi...Tapi sampai ler jam 8.45 pagi baru ler cukup semua orang...Aduhai...Program lawatan tu janji dengan Pengarah LPP Melaka lebih kurang jam 9.00 pagi...Ingatkan boleh ler sampai dalam 15 minit...Tapi apakan daya...Nak dekat 9.30 pagi baru sampai...

Sampai jer kat Unit Parujas, kitorang terus dibawa ke satu projek buah makisar kendalian ahli peladang Unit Parujas...Kak Yong bila masuk ladang ladang nie memang over excited sket...Dah nama pun kerja dengan Lembaga Pertubuhan Peladang kan...
 Buah makisar memang berlambak kat atas kepala...Hihihih...Ada yang dah boleh petik sebab dah masak....

Ni yang baru dipetik...Kak Yong paksa Kak Min Bendahari Ketadbir Johor pegang buah tu...Hahaha...Sudahnya Kak Yong suruh dia makan juga...

  Sedap kata diorang...Dan tak masam...Tapi Kak Yong tak leh gie sangat dengan buah makisar ni...

Ayu jer mek ni...Dapat kat Kak Yong terus gebus jadinya...

Haaaaa...Betul cakap Kak Yong...Gebus kan...Hahahahaha...Dagu dah berlapis dah nie...





Bersusun kereta ahli rombongan...Ada nak dekat 20 biji kete rasanya...Syukur alhamdulillah berjaya gak sampai ke Unit Parujas nie...

Daripada lawatan nie memang Kak Yong dan ahli Ketadbir Johor yang lain dapat banyak input yang berguna...Penerangan daripada Ketua Kampung Parujas, Pengurus Besar PPK Melaka Tengah dan Ketua Unit Peladang Parujas memang sangat terperinci...Patut sangat la  Unit Peladang Parujas nie memenangi Unit Peladang Jaya sempena Hari Peladang, PEnternak dan Kebangsaan 2013...

 Pengarah LPP Melaka, Encik Mohd Fauzi bin Badron yang sungguh baik hati turut serta dalam majlis taklimat daripada Unit Peladang Parujas kepada rombongan kitorang...

 Encik Ahmad Yusseri, PRO LPP Melaka...Tahniah sebab dapat naik pangkat...

 Ahli rombongan yang kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan...

 Sudut anugerah yang diterima oleh Unit Peladang Parujas...

Ingat senang ke nak menang? Bukan calang-calang Unit Peladang yang boleh memenangi kategori nie yer...

Tahniah diucapkan kepada Unit Parujas kerana berjaya memenangi anugerah tersebut...Banyak input yang kitorang dapat dan rasa berbaloi sangat uruskan lawatan ke Unit Peladang Parujas nie...

Insyaallah ada peluang Kak Yong nak uruskan lawatan ke PPK lain pula...Sesekali kita kena pergi tengok tempat orang...Macam apa yang Mr Boss Kak Yong cakap...Siapa sangka buah makisar yang tak laku di Johor nie boleh dijadikan jus makisar di Negeri Melaka...

Terima kasih tak terhingga kepada Pengarah LPP Melaka kerana sudi menerima kunjungan kitorang dan turut serta dalam program yang kitorang anjurkan...

Kursus Ketadbir Johor 2014 di A Famosa Resort Hotel - Part 1

Assalamualaikum 

Entry tertunggak lagi...Hohohoho...Busy sokmo lately nie...Entry ni pun Kak Yong duk taip sambil duduk duduk dalam kete...Mr Hubby drive jadi Kak Yong amek kesempatan tulis entry...Jadi nanti tinggal tepek gambar dan edit lebih kurang jer...Hihihihi...

Kursus ni berlangsung 2 hari 1 malam jer...Kak Yong selaku Setiausaha Ketadbir LPP Johor bertindak juga sebagai organizer program...Kursus untuk tahun nie kitorang buat kat A Famosa Resort Hotel...Kak yong kali kedua ke A Famosa Resort ni...Kali pertama time beranak sorang dulu...Itu pun pergi Safari Wonderland...Memang tak lepak kat hotel pun...

Pilihan memang nak adakan kursus di Melaka...A Famosa Resort Hotel offer good price jadi kitorang pun proceed buat kursus kat sana...Ternyata pilihan yang kitorang buat sungguh tepat...Tempat yang sungguh selesa dan yang paling penting pilihan makanan yang pelbagai serta sedap...Puas hati Kak Yong organize program tahun nie...

 Venue untuk kursus kitorang kat Hang Tuah Hall...Mulanya pihak A Famosa Resort Hotel nak bagi hall yang kecil...Tapi Kak Yong request hall yang besar sket...Supaya nanti ahli ketadbir semua dapat tea break kat dalam hall juga...
 Backdrop tu dah termasuk dalam pakej yang ditawarkan...Memang puas hati sangat...Sebab Kak Yong tak request pun bunga bunga macam tu...Tapi diorang dah buat backdrop yang simple tapi cantik...Memang Kak Yong suka sangat-sangat...

 Sitting arrangement yang sangat biasa kalau buat kursus...Tapi bila Kak Yong sampai jer kat hall, semua tu dah tersedia...Kak Yong tak payah terkejar-kerja nak cari person in charge ke apa...Program nie start jam 2.30 petang 1 Oktober 2014...Tapi jam 12.00 tengahari Kak Yong sampai semuanya dah settle set up...

 2.30 petang terus start dengan slot pertama...Dikendalikan oleh Encik A.Rahman bin Duni selaku Pengerusi Ketadbir Johor dan Encik Ahmad Sirin bin Legee selaku Ketua Cawangan Pentadbiran dan Kewangan LPP Johor merangkap Yang DiPertua Ketadbir LPP...

 Then lepas tu Majlis Perasmian Kursus disempurnakan oleh Mr Boss...Encik Shammodin bin Abd Halim...Kesian Mr Boss Kak Yong...Time tu dia berulang alik ke Kuantan sebab uruskan pertukaran sekolah anak dia...Dan perpindahan ke rumah baru...Sampai demam demam...

Selesai jer majlis perasmian, Kak Yong terus agihkan kunci bilik...Then masing-masing masuk bilik dan kuar semula ke Golfer Terrace untuk makan malam jam 7.45 malam...



Rasa nak berguling guling tengok menu punya la banyak malam tu...Kitorang ditawarkan Dinner Buffet...Lauk pauk untuk nasi jer nak dekat 10 jenis...Dah tu siap ada ketam, kupang, sotong, ayam, kambing...Ishhh...Semua jenis menu la ada...Tapi tak ku ambil gambar setiap satu...Kang pinar mata korang tengok gambar makanan jer dalam nie...Hahahahaha...

Yang Kak Yong sudi nak tepek gambar dessert...Hihihihih...

Korang tengok...Kak Yong punya pilihan dessert untuk malam tu...Hihihihihi...

Then lepas dinner tu A Famosa Resort Hotel offer free ticket ke Old West @ Cowboy Town...Haaaa...Memang syok...Time yang tak syoknya bila pergi tempat tempat gitu tak der Mr Hubby dan anak-anak...Jadi Kak Yong tak ler berjimba sangat pun...Malam tu lepas gie tengok show kat Cowboy Town tu...Kak Yong kuar minum dengan BFF Kak Yong...Zalee bawak Ida ke program kali nie...Itu pasal boleh kuar minum malam malam gitu...Kalau tidak memang tak kan Kak Yong ikut...Walaupun kawan baik kena jaga batas pergaulan juga...Kita ada suami kan...

Then lepas ngeteh malam tu, Kak Yong terus masuk bilik...Fauziah Ahmad @ Gee yang duk sebilik dengan Kak Yong duk layan hindustan...Feeling rindu dengan suami ler tu...Hihihihih...Esok pagi boleh plak blackout waktu nak check out...A Famosa Resort Hotel siap call Kak Yong mohon maaf...Mujur la kitorang dah set memang nak check out awal...Program 2 Oktober tu bersambung dengan Lawatan Sambil Belajar ke Projek Makisar dan Unit Parujas, PPK Melaka Tengah...

Tapi sebelum gie lawatan kita kena la breakfast dulu...Dapat Breakfast Buffet kat Golfer Terrace lagi...Pun rasa nak berguling-guling sebab banyak sangat menu...Semua rasa nak makan...Hahahahah...Tapi Kak Yong masih waras...Jadi ini yang jadi pilihan Kak Yong pagi tu...



Lepas breakfast, Kak Yong dan Gee sempat posing...Amek sekeping gambar jer...Hihihihi...Mujur ada kawan nak tolong amekkan...

Gambar kenangan dengan Fauziah Ahmad @ Gee...

Entry nie dah panjang benar...Kak Yong updatekan citer tentang lawatan di entry Part 2 yer...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...