June 2, 2015

Kursus KETADBIR LPP Cawangan Negeri Johor @ Lanjut Golden Beach & Golf Resort

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, selama 1 bulan saya fokuskan kepada pelaksanaan Kursus Pengukuhan Integriti Anggota Pentadbiran LPP Johor nie...Kursus ni merupakan kursus anjuran sepenuhnya KETADBIR LPP Cawangan Negeri Johor...Kami gunakan duit sumbangan dari Pertubuhan Peladang Kawasan di Negeri Johor untuk melaksanakan kursus ini...Rasa bersyukur sangat kursus telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 28 hingga 29 Mei 2015 yang lepas...

Kali ini kursus dilaksanakan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Rompin...First time kami jejak kaki kat Lanjut nie...Dari jalan besar nak masuk ke dalam lebih kurang 7km...Ermmm, agak scary juga sebab kiri kanan pokok...Rumah tak banyak sangat...Jadi memang tak der la aktiviti mengeteh di malam hari sepanjang berada di Lanjut tu...Hihihihi...Tak berani nak kuar malam sebab ada bawa baby kan...




Bilik di Lanjut nie memang puas hati arr...Besar dan untuk yang bawa family macam saya nie memang selesa sangat...

28 Mei 2015 - 1st Day 

Perjalanan dari Johor Bahru sejauh 245 km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih...Disebabkan saya merupakan urusetia kursus saya terus menuju ke Lanjut dahulu untuk selesaikan urusan pendaftaran dan pembayaran...Kang tak pasal pasal kawan kawan tak dapat kunci bilik...Hihihihi...

Sepatutnya program bermula jam 2.30 petang...Tapi disebabkan ramai yang tak sampai lagi, maka kami lanjutkan sehingga jam 4.00 petang...Tepat jam 4.00 petang AJK Ketadbir Johor Abang Asri dah bising dalam group wassap...Kalau kehadiran di dalam dewan tak memuaskan dia akan batalkan program petang tu...Suka suki jer Haji 14 nie...Hihihihihi...Kami gelarkan dia Haji 14 sebab semuanya dia nak 14...Apesal ntah suka sangat nombor 14 tu ntah...

 Yang nie ler Abang Asri...Dia AJK Biro Sukan Ketadbir Johor




Antara kawan kawan yang dapat hadir ke kursus tahun 2015 nie...

Slot petang tu kami isi dengan telematch...Selalunya kita buat sesi pengenalan diri, tapi disebabkan semua dah kenal di antara satu sama lain jadi kita buat telematch...Dari telematch nie kita boleh pupuk semangat berpasukan di antara satu sama lain...

Peserta dibahagikan sebanyak 4 kumpulan...Warna apa ek...Dah lupa la...Hahahah...Kalau tak silap saya Merah, Biru, Kuning dan Hijau...Sorry yer Haji 14 kalau tersilap...Hihihihihi...




Time Tele Match nie peserta tak kira muda atau dah nak pencen, semuanya kena joint...Saya salute dengan semua yang hadir kursus nie sebab sporting belaka...Time game Selamatkan Puteri tu yang paling syok...Masing masing dah macam budak budak kecik main baling belon berisi air...Agaknya masing masing lepaskan stress kut...Siap ada yang main simbah simbah air...

Lepas tele match kami bersiap siap untuk menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Persaraan Anggota Ketadbir Johor...Tahun 2015 nie seramai 5 orang anggota Ketadbir Johor yang akan bersara...Seramai 4 orang anggota hadir manakala sorang lagi tak dapat hadir sebab masalah kesihatan...

Hajah Tusmirah, En Abd Manaf, Ketua Cawangan Pentadbiran LPP Johor - Encik Ahmad Sirin bin Legee, Pengarah LPP Johor - Encik Shammodin bin Abd Halim, Pengerusi Ketadbir Johor - Encik Rahman bin Duni, Encik Ithnain & Encik Md Kahmi...


Kami ahli Ketadbir LPP Cawangan Negeri Johor bergambar kenangan bersama bakal pesara dan Pengarah LPP Johor...

 Okey fine...Bila bergambar dengan kakak kakak yang kurus melidi nie memang terserlah kegemukkan ku disitu...Harus diet secara istiqamah nie...Makan shaklee berganda supaya cepat kurus...

Diorang suka amek gambar candid tau...Time ni saya tengah busy bantu Tuan Haji Patah senaraikan nama penerima sumbangan dan hadiah...
 
Pengarah LPP Johor tak pernah miss datang program yang kami anjurkan setiap tahun...Memang seronok sangat sebab Encik Shammodin sentiasa support KETADBIR Johor...

29 Mei 2015 - 2nd Day

Hari kedua di Lanjut kami mulakan dengan sarapan pagi...Tak banyak menu...Ramai yang minta saya organize kursus di A Famosa Resort...Sebab kat sana ada pelbagai menu...Asyik makan jer kerjanya bila kursus kat A Famosa Resort tu...



 Tengah menjamu selera...Pagi kedua nie sarapan Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Bakar...Menu biasa biasa jer...Kalau ada yang special leh la amek gambar...Hihihihi...

Slot pada hari kedua tu dikelolakan oleh Ketua Cawangan Pentadbiran LPP Johor, Encik Ahmad Sirin bin Legee...Dimulakan dengan sesi mesyuarat dan bertukar pendapat dahulu...Lepas tu EO Sirin minta kami ketepikan meja dan kerusi...Dia nak dewan tu kosong dan lapang...

Kemudian dia minta kitorang beratur mengikut umur...Tapi arahan tidak boleh menggunakan mulut...Yang lelaki main agak agak jer umur masing masing...Beratur ikut suka...Sudahnya bila ditanya dari mula ada banyak sangat kesilapan...Katanya kena denda...Tapi tak pasti plak saya sebab denda apa...Saya turun ke bilik sebab Nur Qaseh Amani menangis nak susu...

Bila naik jer ke dewan semula tengok diorang buat senaman ringan...Best wooo...Sekali sekala kursus macam nie memang syok...

Meh share sket video kat sini...


Yang nie video juga...Tapi yang lelaki...Korang tengok ler Haji 14 tu...Hihihihi...



Okey la...Nak buat kerja nie...Nanti ada masa saya jejak kaki kat blog kawan kawan yer...

5 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

keseluruhannya best tak resort ni..saya pernah sekali jek overnite rompin itupon kat rompin beach resort..kot2 akan dtg nk short gateaway kan nk try cni plak..kikiki

mayangbakingmadness said...

uishh memacam gelaran yerk.. hj 14 lah haji patah le... sesekali kursus camni mmg seronok kan

ibuayu said...

akak pun pernah kursus kat sini ..memang selesa

ibuayu said...

akak pun pernah kursus kat sini ..memang selesa

ibuayu said...

akak pun pernah kursus kat sini ..memang selesa

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...