Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

March 7, 2011

New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami

Petang nie tadi Lynn belek-belek la bloglist Lynn...Ada satu Giveaway yang sangat menarik dan membuatkan hati Lynn tertarik untuk joint...Hehehehehe...New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami yang berlangsung dari 1 Februari - 20 Mac 2011...Tinggal beberapa hari jer lagi nak habis nie...Baru la nie Lynn sedar ada giveaway yang menarik nie...

Giveaway nie ada 2 kategori tapi Lynn nak joint yang first kategori tu...Kategori Beautiful Mom To Be...Almaklumlah sekarang nie kan tengah preggy anak kedua...Bukan senang nak dapat joint Giveaway yang macam nie kan...


Syarat-syarat penyertaan dah pun Lynn laksanakan...Dah buat satu entry khas, linkkan terus ke blog KedaiGambarKami, letakkan blog KedaiGambarKami dalam bloglist Lynn dan letakkan badge di sidebar blog Lynn...Kalau ada rezeki menang memang sesuai sangat la shoot pada bulan Mei 2011 tu sebab usia kandungan dah 8 bulan waktu...

Kenapa Lynn nak sangat menang dalam Giveaway nie?
Lynn nak menang sebab Lynn nak mengabadikan gambar-gambar kenangan sewaktu mengandungkan anak kedua Lynn nie...Saat mengandung nie merupakan saat yang indah dalam hidup seorang wanita dan sangat besar pengorbanannya terhadap keluarga...Sekiranya dapat diabadikan di dalam sebuah album dah pasti Lynn rasa seronok sangat dan boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat...

Sekiranya ada rezeki menang Giveaway nie Lynn nak photoshoot tersebut diadakan di Kluang...

Ini buktinya Lynn tengah preggy...Nampak chubby sungguh Lynn kan...Hehehehe...

P/S : Moga ada rezeki untuk Lynn la yer...Korang doakan la Lynn berjaya...

November 4, 2010

Syilasyira 1st Giveaway

Salam ceria untuk korang semua...
Pagi nie Lynn nak try masuk satu GA la...
Mana la tahu ada rezeki untuk Lynn menang kali nie...


Memang simple jer syarat penyertaan Syilasyira 1st Giveaway nie...
Semuanya Lynn dah completekan...
Giveaway nie bermula dari 1 - 30 November 2010...
Masih ada tempoh yang lama lagi nak joint giveaway nie...
Jadi untuk kawan-kawan blogger yang lain meh la joint sama...
Mana tahu ada rezeki menang...

October 26, 2010

NiNa'S CollEcTioN GiveAwaY

Salam hari Selasa untuk kawan-kawan blogger semua...Entry pagi nie khas untuk menjoint Nina's Collection Giveaway yang telah ditagkan oleh AMYNA...Dah lama rasanya Lynn tak joint contest dan giveaway nie...Sebab dah selalu sangat kalah...Hehehehe...Tapi kali nie Lynn try la juga...Mana tahu ada rezeki untuk Lynn...


Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:
  • Follow blog Nina's Collection dan Loveninasyakina...(Dah jadi follower Nina's Collection yang ke23 dan untuk blog Loveninasyakina dah lama dah jadi follower...) 
  • Copy banner di atas, paste banner dan link entry ini di side bar dan entry di blog anda...(Dah buat...)
  • Buat satu entry tentang Nina's Colletion Giveaway kat blog anda...(Dah buat pun...)
  • Tinggalkan comment, nama email dan link entry anda kat comment giveaway ini...(Akan buat bila dah publish...)
  • Tag kepada 3 rakan blogger...(Di bawah nie mereka-mereka yang telah ditag...)
  • Hafizah Ismail 
  • Zana @ Mama Batrice
  • Ibu Damia 
 Tq la pada Amyna sebab sudi tag Kak Lynn...Mana tahu ada rezeki menang kali nie...Erm...Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2010...Lama lagi tu...Jadi untuk kawan-kawan blogger di luar sana meh la sama-sama joint GA nie...

August 13, 2010

Give Away Raya

Tadi Lynn jalan-jalan kat blog kawan-kawan...Sekali Lynn ternampak satu blog nie...Tuan punya blog dikenali sebagai Kak Nor dari Kota Bahru, Kelantan...Kak Nor yang baik hati nie telah anjurkan satu Give Away Raya...Hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang memang arr sangat best...Tapi sayangnya Lynn tak dapat nak tepek gambar2 hadiah tu kat sini...Sebabnya Kak Nor tidak mengizinkan gambar-gambar di blognya dicilok oleh org lain...

Syarat-syarat penyertaan sangat simple yer...
  • Terbuka kepada semua...Sama ada follower atau tidak...(Lynn jadi follower sebab suka tengok koleksi yang ada kat blog Kak Nor nie...)
  • Terhad untuk blogger di Malaysia sahaja...(Lynn kat Johor Bahru jer...)
  • Sesiapa nak sertai just tinggal komen kat entry tentang Give Away Raya nie...(Dah tinggalkan komen pun...)
  • Komen di shoutbox tidak diambil kira...(Lynn just nak Salam Ramadhan untuk Kak Nor jer kat shoutbox...)
  • Tiada paksaan untuk buat entry di blog masing-masing...(Yang nie Lynn buat dengan rela hati...Tanpa paksaan pun...Hehehehe...)
  • Tarikh tutup penyertaan pada 23 Ogos 2010...(Seminggu jer masa yang diperuntukkan...)
Jadi untuk anda-anda di luar sana yang nak menyertai Give Away Raya nie boleh la joint give away tu di SINI...Okey kawan-kawan semua, jom kita sertai give away nie ramai-ramai yer...Untuk Kak Nor moga makin murah rezeki sebab sudi nak buat Give Away Raya nie...

July 20, 2010

FREE MINI PHOTOSHOOT GIVEAWAY

Hari nie Lynn nak cuba nasib lagi...
Sangat2 berharap juga sebab Giveaway nie memang arr sangat menarik...
Mana la tahu kalau2 ada rezeki untuk Lynn menang Giveaway nie...


Syarat-syarat untuk menyertai Giveaway nie sangat simple yer...
  1. Mestilah seorang blogger...Tempekkan banner di side bar dan link ke entry ini...(Dah tentu la seorang blogger...Dah tepek dan link pun...)
  2. Add KedaiGambarKami dan Catlinaflybaby dalam bloglist...(KedaiGambarKami letak kat List Promosi dan Catlinaflybaby kat List Blog Hot Mommies...)
  3. Tinggalkan komen "Saya nak joint/Saya mahu/I want this photosession!" kat ruangan komen dan nyatakan berapa orang ahli family yang akan turut serta dalam photoshoot ini sekiranya anda terpilih.  Contohnya tinggalkan komen seperti ini: "Saya nak joint...Ahli keluarga ialah 4 orang! Suami, isteri + anak 2 orang" atau "Saya nak joint...Ahli keluarga ialah 5 orang! Suami, isteri + anak 1 orang + ibu dan bapa mertua"...Jumlah minima adalah 3 orang ahli keluarga dan maksima 6 orang ahli keluarga...(Dah tinggalkan komen pun...)
  4. Satu entry bagi seorang blogger sahaja...(Maksudnya tak boleh hantar lebih dari satu penyertaan lor...)
  5. Sesi photoshoot di sekitar Kluang...Hadiah tidak boleh diberikan kepada orang lain (keluarga/kawan-kawan) sekiranya anda tidak dapat ke Kluang...(Lynn stay kat JB...Kalau terpilih insyaallah boleh pergi sebab JB - Kluang tak jauh pun...)
  6. Dateline pada 30 Julai 2010...Tarikh photoshoot pada 7 @ 8 Ogos 2010 (tempat dipilih oleh penganjur) atau bila-bila masa sesuai...3 orang pemenang dipilih berdasarkan lucky draw menggunakan Random.org...(Tapi difahamkan penganjur nak cepatkan tarikh dateline...Jadi Lynn joint giveaway nie pada hari nie bersamaan 20 Julai 2010...)
Okey...
Ini adalah penyertaan Lynn untuk Giveaway nie...
Moga ada peluang la untuk memenanginya...
Kawan-kawan semua...
Doakan Lynn berjaya yer...
Muaahhhsss...

July 12, 2010

Danisyakiflli's Giveaway

Okeys...

Dah lama sungguh Lynn tak sertai contest ataupun giveaway...Rasanya ada lah nak dekat 6 bulan menyepikan diri daripada menyertai contest dan giveaway nie...Tapi hari nie Lynn tertarik hati nak joint Danisyakiflli's Giveaway yang dianjurkan oleh Sya...Lagipun tujuan utama nak joint giveaway nie sebab hadiah yang bakal disumbangkan agak canteks dan nak gak try mana tahu ada rezeki Lynn kat sini...Selama nie tak pernah tau...Huhuhuhu...


Syarat2 penyertaan untuk giveaway nie memang simple jerk...Semua blogger di Malaysia leh joint tau...
  • Mesti menjadi follower sya...yang mana belum follow sila lah follow yer...(Dah jadi follower yang ke 121) 
  • Linkkan blog sya http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing...(Dah link pun kat area Blog Hot Mommies) 
  • Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog sya dalam entry tersebut (http://danisyakiffli.blogspot.com/)...(Erm, inilah entry yang Lynn dah buat...Link pun dah letakkan kat atas tu)
  • Create satu ucapan untuk my anniversary dalam n3 masing-masing - semoga ucapan dan doa kalian dimakbulkan Allah s.w.t..doa yang baik-baik jer tau..:)...(Ucapan untuk Sya dan Hubby akan Lynn buat untuk satu perenggan khas di bawah nanti) 
  • Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link yer..senang sya nak jejak..comment di shoutbox tidak diambil kira yer...(Comment dah pun ditinggalkan bersama link sekali kat comment box Puan Sya) 
  • Tarikh mula penyertaan dari 6 Julai 2010 sehingga 31 Julai 2010...(Hari nie baru 12 Julai 2010...Jadi masih ada beberapa hari lagi untuk kawan2 yang lain untuk sertai Giveaway nie)
  • Penyertaan GA ini hanya untuk blogger di Malaysia sahaja...(Lynn dah tentu la blogger di Malaysia dan untuk lebih comfirm lagi di Johor Bahru...Hehehehe...)
  • Peserta yang bertuah akan dipilih secara rawak oleh my beloved hubby...dan peserta bertuah hanya seorang sahaja...(Syarat yang ini memang dah tetap yer...Dah tak leh ubah2 sebab keputusan juri adalah muktamad)
Jadi Lynn dah pun lengkap semua syarat2 yang Sya tetapkan...Sampailah ke satu syarat jer lagi yang Lynn nak lengkapkan...Ucapan untuk Anniversary Sya dan suami adalah seperti berikut:

Kehidupan yang bahagia dalam rumah tangga adalah satu keindahan dan anugerah yang tidak terhingga daripada ALLAH S.W.T maka kita sebagai umatNya hendaklah sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dianugerahkan dan sentiasa memupuk rasa kasih sayang itu agar ia semakin mekar hingga ke akhir hayat...Semoga ikatan suci yang terbina di antara kalian kekal hingga ke akhir hayat dan Lynn juga mendoakan agar kalian berdua beroleh kesihatan dan kesejahteraan hidup untuk meneruskan hari-hari yang mendatang...Lynn juga doakan agar kalian berdua dikurniakan anak-anak yang sihat dan bijak serta menjadi ibu bapa yang terbaik dan disayangi oleh anak-anak...Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke2...

Note : Lynn mengambil masa setengah hari untuk siapkan ucapan untuk Sya & suami...Dan ucapan ini lahir dari hati Lynn yang ikhlas nie...Semoga ALLAH S.W.T. memakbulkan segala apa yang saya ucapkan ini...Amin...


Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...