February 23, 2011

Yang Mana Baik?

Assalamualaikum semua...Hari nie Lynn nak minta pendapat korang semua tentang breastpump...Seperti yang korang semua maklum sejak preggy anak kedua nie Lynn memang dah tekadkan dalam hati Lynn untuk fully breastfeed...Jadi untuk merealisasikan impian Lynn tu, Lynn perlukan khidmat sokongan dan nasihat berkenaan dengan beberapa perkara daripada korang-korang di luar sana yang pakar...

Lynn sekarang nie tengah confius dalam membuat pemilihan untuk membeli breastpump...Baru-baru nie Lynn ada pergi satu kedai barangan baby dan preggy mommy di Taman Universiti...Lynn cuba untuk bertanyakan tentang breastpump jenama Spectra 3...Mana la tahu kalau-kalau tauke tu ada jual...Leh gak tengok breastpump tu dan dapatkan sedikit info tentang cara penggunaan breastpump tu...

Huhuhuhuh...Nak tahu apa yang tauke kedai tu cakap?  Dia tanya Lynn kenapa u nak beli Spectra 3?...Dia maklumkan pada Lynn yang ramai customer i beli Medela sebab Spectra 3 tak bagus...Customer dia cakap bila guna Spectra 3 nie breast akan rasa sakit...Waktu tu Lynn terus jadi blank...Sebab Lynn tak pernah plak dengar hal macam nie sebelum nie...Di pejabat Lynn nie ada 2 kawan Lynn yang gunakan Spectra 3 tapi tak pernah plak mengadu ada masalah sakit atau susah nak handle...

So apa pendapat korang plak...Adakah itu hanya propaganda tauke kedai tu sahaja atau Medela memang terbukti lebih bagus daripada Sepctra 3...Boleh bagi khidmat nasihat sket tak untuk korang yang dah semestinya pakar dalam hal-hal breastfeed nie...

 Yang nie Medela Mini Electric Plus Breast Pump..


 Yang nie plak Medela Swing Electric Breast Pump...


Yang nie adalah Spectra 3 Breast Pump...

Insyaallah bila dah dapat pendapat dan nasihat daripada korang boleh la Lynn beli breastpump yang sesuai untuk kegunaan Lynn nanti...Tolong yer kawan-kawan...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...