April 9, 2019

Short Trip to Kuantan - Terowong Sungai Lembing

Assalamualaikum

Dah sampai Sungai Lembing macam tak best plak kalau tak singgah di Lombong Bijih Timah Sungai Lembing...  Jadi kita singgah sekejap dan bagi pendedahan sejarah kepada semua sekali dalam keluarga ni... Hahahahah... Selama ni baca jer buku Sejarah kan... Tapi tak pernah pun tahu kat mana la Lombong Bijih Timah Sungai Lembing... Dah 38 tahun usia baru ni la dapat kenal sejarah... Jom layankan...

Bayaran Masuk Lombong Bijih Timah Sungai Lembing

Dewasa - RM15.00
Kanak Kanak - RM7.50

So total untuk bayaran masuk untuk kami sekeluarga RM45.00... Zahra dan Amani tak kena caj...




Lor... Dah kenapa di usik topi pakcik tu...


Untuk masuk ke dalam Terowong Sungai Lembing kena naik keretapi tau...


Tu ha keretapi... Gedek gedek gedek... Tut... Tut... Hihihi...


With my deary Qaleesya... Badan semangat tapi hati sensitif tau...


With my youngest one Amani... Paling bongsu dan garang 😆


They said the oldest one yg copy paste sungguh muka mama... In fact baju yang dia pakai tu baju mama dia... Hahaha

Perjalanan ke dalam terowong menaiki keretapi tu dalam 100 meter... Then kami akan berjalan 2 laluan terowong... Laluan pertama dalam 500 meter dan laluan kedua 300 meter...



Laluan pertama kami ke kawasan Lubang Sejuta Ringgit... Melalui penerangan yang diberikan, di lubang ini terdapat pelombong melakukan aktiviti melombong secara haram... Jumlah hasil yang dilombong mencecah amaun Sejuta Ringgit... Akhirnya aktiviti haram yang dijalankan ini dapat dikesan oleh syarikat perlombongan bijih timah pada ketika itu...

Laluan kedua pula memaksa kami berjalan lagi lebih kurang 300 meter..  Dan disepanjang laluan kami sempat menjalankan demo memecahkan batu untuk mendapatkan bijih timah... Demo jer... Tak ada pun batunya... Hahaha...


Mr Hubby duk cuba pemberat 20kg... Berjaya okay...


Akak tak mampu nak cuba yang 20 kg... Akak acah acah jer yang ringan sket... Hahahaha... Itupun sakit tangan... Bayangkan la diorang yang memang buat kerja kerja perlombongan ni kan...

Bijih timah pada zaman dahulu digunakan untuk pemprosesan tin dan peluru..  Waktu zaman Perang Dunia permintaan bijih timah adalah sangat tinggi dan Malaysia pernah menjadi antara pembekal bijih timah yang tertinggi di dunia...

Selesai menjelajah di laluan terowong... Kami keluar dan anak anak teruja mencuba Keretapi Manual pakai tangan... Hahaha... Comey jer kan... Tapi inilah di antara cara pengangkutan di zaman dahulu..



Antara barang barang yang dihasilkan...




Last but no least... Kasi chance puan blog bergambar dengan Mr Hubby... Hahahaha...

Ada satu lagi entry untuk cukupkan edisi Short Trip ke Kuantan... Nantikan ehhh.. 

4 comments:

Siti Yang Menaip said...

bagusnya.. boleh kasi exposure kat anak2 macam mana proces melombong.
rasanya yang dewasa pun ramai xtau lagi - termasukla cheq ni ha hehe..

Lynn Huraiza said...

Siti Yang Menaip : Yer... Setuju tu... Saya pun baru ni la tahu pasal Terowong Bijih Timah Sungai Lembing ni...

OKje said...

Boleh tahan jugak ye tempatnya. Kiranya ada jugaklah tempat yg boleh dijadikan kenangan tu.... Seronok tu nampaknya bebudak bergambar.

Lynn Huraiza said...

OKje : Ya... Ada tempat sejarah rupanya kat Sungai Lembing tu...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...