Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah...Hari ini 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan merupakan birthday princess saya Nur Qistina Farzana...Tahun nie Qistina dah berusia 8 tahun...Rasanya macam baru jer semalam saya lahirkan dia...Masih teringat lagi saya situasi kelam kabut di atas katil di Wad Hospital Sultanah Aminah...Jangkaan tarikh kelahiran pada 11 Ogos 2007 tapi saya dah melahirkan dia pada 3 Julai 2007...
Sebulan awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya...Syukur alhamdulillah, Nur Qistina Farzana membesar dengan sihat...Dan kini makin bertambah semangatnya...Hihihihi...
Ina, kalau Ina baca entry mama nie...Mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke8 untuk Ina...Mama doakan anak mama ni dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan, dikurniakan akal yang cerdik...Mama doakan Ina berjaya dunia dan akhirat...
Mama minta maaf seandainya mama tak dapat menyediakan apa yang Ina nak dengan sempurna...Tapi mama akan cuba sedaya upaya untuk menjadi mama yang terbaik buat Ina...Mama harap Ina tak ambil hati dengan setiap teguran yang mama lontarkan pada Ina...
Mama inginkan yang terbaik buat Ina...Mama yakin Ina faham...Dan mama tahu Ina seorang anak yang baik...Ina juga seorang kakak yang baik untuk adik adik...Mama sayangkan Ina sepenuh hati Mama dunia dan akhirat...
Happy 8th Birthday My Love
Nur Qistina Farzana
No comments:
Post a Comment