November 19, 2014

Nak Bantu Tapi Tak Tercapai

Assalamualaikum

Seperti kebiasaan Kak Yong dan Mr Hubby akan sama sama pergi ambil anak-anak syurga kitorang...Tapi petang semalam Kak Yong tumpang kete kawan sepejabat...Kawan tu hantar terus sampai ke rumah...Jadi Mr Hubby amek ler anak-anak syurga seorang diri...

Sampai jer kat rumah, Mr Hubby terus meluahkan sesuatu...Jangan terkejut okey...Mr Hubby tak luahkan macam dalam citer Mah dan suami curang tu...Hihihihi...Mr Hubby duk cakap...Tengah dia tunggu Nur Qistina Farzana keluar dari sekolah, dia ternampak seorang anak kecil besar kemungkinan berbangsa India membawa satu beg plastik yang dalamnya berisi buku teks...

Mr Hubby perhatikan jer anak kecil tu membimbit beg plastik tu...Dengan kepayahan anak kecil tu, tiba tiba beg plastik tu bocor...Habis berterabur semua buku teks yang ada...Dengan keadaan jalan yang agak lembap, Mr Hubby dapat merasakan ada sebahagian buku teks tu yang terkena air...

Ada sorang kawan anak kecil ni hulurkan beg plastik yang lain...Tapi bila dimasukkan juga buku teks tu, tetap juga bocor...Mungkin kerana beg plastik tidak dapat menampung keberatan buku teks tu...Jadi Mr Hubby pun kuar la dari kereta dan cuba cari woven bag kat dalam bonet...Niat nak bagi pada anak kecil tu...

Selalunya memang ada extra woven bag dalam bonet sebab kitorang standby untuk digunakan bila shopping barang dapur pada hari Sabtu...Tapi puas Mr Hubby cari tak juga jumpa...Mr Hubby dah tergerak hati nak bagi jer beg laptop dia...Tapi bila pergi jer kat seat belakang...Dia tengok anak kecil tu dah tak ada...

Sekejapan dengan penuh kepayahan membawa buku teks tu, tiba tiba anak kecil tu hilang begitu sahaja...Mr Hubby tergamam sangat...Terfikir fikir ke mana hilangnya anak kecil itu dan bagaimana caranya dia membawa buku teks tu...

ALLAH SWT menguji hati kita dengan menunjukkan perkara perkara kecil sebegini...Nak tengok macam mana hati dan minda kita berfungsi...Nak tengok apa reaksi kita...Mr Hubby cakap dia memang ralat juga sebab tak dapat nak membantu anak kecil tu...Dalam fikirannya tak kisah la anak kecil itu berbangsa apa sekali pun tapi disebabkan dia juga seorang manusia, wajarlah kita yang berupaya ni membantu...

Mr Hubby mengajar Kak Yong sesuatu semalam...Memang hati Kak Yong juga tersentuh...Kalau Kak Yong turut berada di sana tentu Kak Yong juga rasa ralat sebab tak dapat nak membantu...Comfirm dah menjejes-jejes air mata Kak Yong...Al maklumlah hati wanita ni kan sensitif...Jadi saranan Kak Yong, walau apa pun bangsa, kulit, anutan agama, sekiranya mereka benar benar memerlukan pertolongan...Kita cuba la bantu seikhlas hati kita...ALLAH SWT tahu apa yang dia rancang...Dan DIA turunkan semua tu untuk menguji kita...


12 comments:

SYANI said...

betul tu lynn, apa saja yg berlaku di sekeliling kita adalah ujian dr Allah.

Lynn Huraiza said...

SYANI : betul kak...kita x kan sangka apa ujian ALLAH SWT nak bagi pada kita...

Kakzakie Purvit said...

Situasi begitu memang menguji minda kita Lynn... kakak semalam di sekolah anak kakak. Ada budak lelaki dalam tahun 2-3 gitulah. Dia cakap pada kawan dia nak rasa aiskrim yg sikawan punya. Kawan dia cakap engkau belilah. Dia kata mak dia tak bagi duit. Bayangkan... sebagai mama kakak dpt rasa lalu kakak bagi duit terus dia beli Lynn... sedih kakak..

OKje said...

Okje pun jenis cembeng jugak tp tengok keadaan kot... Tak rugi buat baik kat orangkan Insyallah akan ada org yg membantu kita juga nanti

OKje said...

Okje pun jenis cembeng jugak tp tengok keadaan kot... Tak rugi buat baik kat orangkan Insyallah akan ada org yg membantu kita juga nanti

Lynn Huraiza said...

Kak Zakie : gitu la kak...saya pun kalau terdengar gitu memang saya akan sedekah...sebab tu bila mr hubby tak dapat nak membantu semalam...memang rasa ralat sangat...

Lynn Huraiza said...

hainom OKje : hihihi...betul tu...tak rugi buat baik pada orang kan...

Falsya said...

alahaiiii sedih lak tetibe bile baca..kalau falsya pun falsya ralat sbb xdpt tlg..

Lynn Huraiza said...

Falsya : itu la falsya...bayangkan la yang alami sendiri...yang nampak sendiri...memang sedih...

Unknown said...

Alahaiii.. dengan saya skali turut sebak baca citer nih.. huhuhu. kesian~
Moga anak tersebut bakal mendapat pembelaan dari mana2 insan yang sudi menolong.

salam kenal dari saya jugak.. :)

Lynn Huraiza said...

Nafira Usof : diharapkan begitu la...semoga ada yang sudi membantu...

NrlAidaHml said...

oh sedihnyaa..kalau aida berada dalam situasi tu, pun memang nak tolong sangat budak tu..kesian sangat..tak sampai hati nak tengok kepayahan dia..huhuhu

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...