February 18, 2011

Mr. Hubby Berkawal + Qistina Jatuh Katil

Hari nie Lynn lambat sket update dan blogwalking ke blog korang semua...Sebabnya pagi tadi ada bacaan Yassin untuk disedekahkan kepada Arwah Tuan Haji Tumaran yang meninggal dunia pada bulan Oktober tahun lepas...Family dia ada sedekahkan sket duit untuk kelab kopi pejabat nie...Jadi kitorang decide untuk baca surah Yassin pada hari nie menggantikan program mengaji yang selalu kitorang buat pada hari Jumaat...

Hari nie Lynn nak story mory sket dengan korang semua...Malam tadi Mr. Hubby ditugaskan untuk berkawal di area perumahan kitorang...Shift malam tadi ada 5 orang...Just untuk kawal 2 lorong jer...Jadi agak ramai la juga dan boleh la bergilir-gilir buat rondaan kan...Maka dalam pukul 12.30 malam tu Mr. Hubby pun pergi la ke pos pengawal kat depan Tadika Ixora Ria...Mr. Hubby berkawal sehingga jam 4.30 pagi...4 jam la juga...

Dan seriously setiap kali turn Mr. Hubby gie berkawal mesti Lynn tak berapa lena sangat tidur...Huhuhuhu...Dan entah macam mana malam tadi dalam pada Lynn tak lena tidur tu...Qistina plak boleh jatuh katil dalam pukul 3.00 pagi tu...Ini merupakan insiden kali ke3 kut dalam hidup Qistina...Huhuhuhu...Selalunya Qistina akan tidur tengah2 di antara Lynn dan Mr. Hubby...Tapi malam tadi disebabkan Mr. Hubby duk sibuk berkawal keselamatan kami dan jiran tetangga maka kitorang berdua jer tidur kat atas katil tu...

Lynn pula lupa nak letak bantal kat sebelah Qistina...Waktu Lynn terjaga-jaga sebab tak lena tidur tu Lynn tengok posisi dia okey jer...Tak ler tepi katil sangat...Tapi entah macam mana leh juga dia terjatuh katil...Meraung la Qistina jam 3 pagi tadi...Tak pasal2 jer...Dah tu terus tanyakan mana papa dia...Nak tak nak Lynn sms la juga Mr. Hubby dan tanya dia kat mana...Kalau ikutkan jadual waktu berkawal dari jam 12.30 tengah malam hingga 3.00 pagi jer...Suppose masa tu dia dah balik...

Then tak lama lepas tu Mr. Hubby jawab sms Lynn...Dia cakap tak dapat nak balik sebab ramai sangat jiran tetangga yang duk berkawal dan berkumpul kat pos malam tadi...Segan plak dia nak balik dulu...Mujur la Qistina menangis tak lama dan tidur semula...Sudahnya pagi tadi Lynn dan Mr. Hubby terlewat sket bangun...Qistina jangan cakap la...Selagi tak dikejutkan selagi tu tak bangun...Time cuti pandai plak dia bangun seawal Subuh...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...