October 18, 2010

Peti Ais Baru?

Rentetan ke HOMEFAIR semalam...Lynn dan Mr. Hubby masih belum decide brand Peti Ais apa yang kami akan pilih...Sejak dari awal usia perkahwinan kami menggunakan Peti Ais jenama SHARP...Peti Ais nie hanya satu pintu sahaja yer...Dan tujuan utama nak beli Peti Ais baru nie sebab Lynn rasa Peti Ais sekarang nie dah tak dapat nak menampung segala apa yang ada dalam tu...Rasa macam dah penuh sangat dah barang-barang kat dalam Peti Ais tu...Dan disebabkan Lynn nie suka memasak dan kitorang sekeluarga memang kaki makan maka Peti Ais yang baru memang sangat2 la diperlukan...Kononnya bila dah ada Peti Ais baru boleh la simpan stok makanan banyak2 sket dalam tu nanti...

Kitorang ada gak berkunjung ke kedai elektrik yang berdekatan dengan rumah...Bertanya-tanya kalau trade in Peti Ais lama agak-agak berapa RM dapat...Leh la dapat kurangkan sket RM yang akan dikeluarkan untuk membeli Peti Ais baru nanti...Huhuhuhuhu...Dengan Peti Ais yang satu pintu dan berusia nak dekat 5 tahun harga yang boleh dioffer oleh tuan punya kedai hanya RM200 sahaja...Alahai...Sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan jasa baik Peti Ais tu pada kitorang selama 5 tahun nie...

Mr. Hubby cadangkan tak payah la trade in Peti Ais lama tu...Tak berbaloi sangat...Dan sekarang nie kitorang masih lagi terfikir-fikir nak beli Peti Ais brand apa? Owh yer...Niat untuk membeli Peti Ais baru nie hanya akan terlaksana bila Lynn perolehi duit dividen dari ASB pada awal tahun hadapan yer...Memang dah niat nak beli Peti Ais baru guna duit dividen tu...Sebenarnya nak nampakkan duit dividen tu...Sebab kalau berbelanja yang bukan-bukan memang x nampak la duit dividen tu...

Bagi diri Lynn dan family segala apa yang nak dibuat dan dibeli hendaklah dirancang dengan teliti...Tak sanggup rasanya nak berhutang keliling pinggang semata-mata nak penuhi kehendak yang macam nie...Cukup la dengan hutang kereta, rumah dan bil-bil sahaja...Jadi untuk merealisasikan impian Lynn dan keluarga agar dapat membeli Peti Ais baru, korang tolong la suggest brand apakah yang terbaik untuk Peti Ais kami nanti...Please suggest brand yang ada di dalam Malaysia jer yer...Hehehehehehe...Bukan apa nanti susah plak kitorang nak mencari Peti Ais tu kalau di luar Malaysia...Nak kena naik kapal terbang plak gie beli...

P/S : Salah satu tujuan nak beli Peti Ais baru sebagai persediaan kalau2 Lynn ada rezeki mengandung untuk kali ke2...Memang dah niat dalam diri nak breastfeed anak sendiri nanti...Susu-susu yang diperah dah tentu kena simpan kat dalam ruangan khas dan tak dicampurkan dengan lauk pauk...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...