October 20, 2010

20.10.2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana Lynn dan family masih lagi berpeluang untuk menyedut udara di bumi ALLAH ini...Lynn doakan agar semua yang membaca blog ini juga memperoleh kesihatan yang memuaskan dan sentiasa ceria selalu...

Hari ini merupakan hari yang istimewa buat diri Lynn dan blog ini...Setelah menyepikan diri selama 41 jam dalam sejarah dari dunia blogging akhirnya Lynn selaku tuan punya blog membuat keputusan untuk kembali setelah puas menyepikan diri...Lynn kembali dengan penuh semangat waja agar Lynn dapat bersama-sama kawan-kawan blogger semua semula...

Selama 41 jam nie Lynn puas berbincang dengan Mr. Hubby antara pro dan kontra tentang blog kesayangan Lynn nie...Syukur kerana Mr. Hubby merupakan seorang suami yang sungguh memahami minat Lynn dalam penulisan blog nie...Dan Mr. Hubby memberi kata-kata semangat supaya Lynn tidak berhenti berblogging...Dan akhirnya Lynn memilih tarikh 20.10.2010 yang istimewa ini untuk memulakan semula penulisan Lynn di blog ini...

Bagi diri Lynn dengan menulis semula di blog ini Lynn dapat menjadikan setiap entry2 di blog ini sebagai satu kenangan yang terindah buat diri Lynn dan family tersayang...Di sini lah Lynn berkongsi suka, duka, pendapat dan tunjuk ajar bersama-sama dengan kawan-kawan blogger...Dan di sini juga Lynn dapat mengenali ramai kawan-kawan blogger di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, dan juga yang berada di luar negara...

Buat kawan-kawan blogger yang banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat supaya Lynn tidak berhenti menulis Lynn ucapkan ribuan terima kasih...Lynn benar-benar menghargai segala kata-kata semangat yang diberikan...Terima kasih banyak-banyak...

P/S : Banyak yang Lynn nak share dengan kawan-kawan blogger semua...Nantikan kemunculan entry-entry Lynn selepas ini...Mood untuk berblogging semakin meluap-luap nie...Moga ada la BE baru yang akan muncul kat blog Lynn nie...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...