October 21, 2010

Exam Akhir Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan-kawan blogger semua...Apa khabar hari nie? Semoga semuanya sihat2 belaka la yer...Syukur alhamdulillah Lynn dan Mr. Hubby sihat...Tapi Lovely Qistina masih lagi batuk-batuk...Lynn dan Mr. Hubby risau tengok keadaan Lovely Qistina...Lynn campurkan ubat batuk dengan susu waktu dia nak menyusu 3 pagi tadi...Lepas tu ada kurang sket batuk dia...Hope sangat batuk dia akan berkurangan la yer...Risau sebab di Johor sekarang nie keadaan berjerebu la...Yang paling terjejasnya kat Muar...Tapi kat JB pun cuaca dah tak berapa elok sangat...

Hari nie hari Khamis bersamaan dengan 21 Oktober 2010...Dan mulai hari nie Qistina menghadapi Exam Akhir Tahun di Tadika Ixora Ria...Jadi dari malam tadi Lynn dan Mr. Hubby dah slow talk ngan Qistina...Kitorang suruh dia jawab exam elok-elok dan kalau boleh kitorang nak ada improvement dalam result exam akhir tahun nie...Kalau dulu ada juga B yang dia dapat tapi untuk exam akhir tahun nie Lynn dan Mr. Hubby hope sangat dia boleh dapat semua A...Bila kitorang tanya pada Qistina dia pun nak semua A...Dia tak nak ada B kat dalam report card dia nanti...Syukur sangat-sangat...Dia dah boleh membezakan result A & B macam mana...

Exam akhir tahun nie akan berlangsung selama 5 hari...Means hari Rabu next week hari terakhir exam untuk Qistina dan kids lain di Tadika Ixora Ria...Kalau tak silap Lynn, sekolah-sekolah pun sibuk juga laksanakan exam akhir tahun kan...Lynn doakan semua anak-anak yang menghadapi peperiksaan akhir tahun nie dapat menjawab kesemua soalan peperiksaan dengan sempurna...Kita sebagai parents pun kena la bagi semangat dan dorongan pada anak-anak supaya anak-anak kita nie ada semangat untuk menghadiri peperiksaan...

Pembelajaran di Tadika Ixora Ria nie bukanlah macam pembelajaran untuk anak-anak nak menghadapi exam besar seperti UPSR, PMR dan SPM...Pembelajaran di sini lebih kepada Learning With Fun Concept...Exam yang diberikan juga mengikut kesesuaian umur anak-anak ini...Jadi anak-anak yang bersekolah di Tadika Ixora Ria nie tidak tertekan sangat...Waktu Lynn dan Mr. Hubby tengok kertas exam Qistina untuk peperiksaan pertengahan tahun dahulu, tergelak juga kitorang laki bini...Sebab macam kacang putih jer untuk kita2 yang dewasa nie...Tapi untuk anak-anak seusia Qistina, apa yang diuji mencabar minda mereka untuk berfikir, mengenal huruf dan berimiginasi...

Insyaallah majlis graduasi Tadika Ixora Ria akan berlangsung pada 13 November 2010 di Tadika Ixora Ria...Teacher Fatimah dah pun menjemput kami secara tak rasminya...Dan untuk majlis graduasi yang bakal berlangsung nanti Qistina akan membuat persembahan tarian Cha Cha bersama kawan-kawan yang lebih senior daripadanya...Korang boleh tengok Qistina training tarian tu kat entry MARI MENARI...

P/S : Untuk anak kesayangan Lynn dan Mr. Hubby, sekali lagi Mama dan Papa ucapkan Good Luck kepada Qistina dalam menempuh Exam Akhir Tahun nie...Mama dan Papa doakan Qistina dapat menjawab kesemua soalan peperiksaan dengan sempurna dan dapat result yang cemerlang...We love u so much...Dan sebagai pendorong semangat kalau Qistina dapat result yang cemerlang, next year Mama dan Papa bawa Qistina jalan-jalan naik kapal terbang Air Asia lagi yer...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...