February 4, 2010

Perihal Sukan Tahunan KSK LPP Johor...

Rasanya dah lama x update citer pasal KSK LPP Johor kat blog Lynn nie...Last sekali duk berceloteh pasal kelab kesayangan Lynn nie pada bulan Disember lepas...Waktu tu sibuk menguruskan Hari Keluarga yang diadakan di Wet World Batu Pahat...So kali nie Lynn nak update la citer pasal Sukan Tahunan KSK LPP Johor yang akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang. 

Tujuan Sukan Tahunan nie dianjurkan adalah untuk memilih peserta bagi mewakili LPP Negeri Johor untuk ke Perhimpunan Dwitahunan yang akan dianjurkan oleh MKSR LPP...Last sekali Perhimpunan Dwitahunan dilaksanakan di LPP nie pada tahun 2005 di POLISAS, Pahang...Dah 5 tahun berlalu pun...Sekiranya LPP bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan Dwitahunan pada tahun nie besar kemungkinan LPP Johor akan menjadi tuan rumah...Dan pada waktu itu, Lynn nak tido pun dah x lena kut...Comfirm la Lynn dan AJK KSK LPP Johor akan banyak kerja nak buat waktu tu nanti...

Tapi hari nie Lynn x nak share ngan korang semua pasal Perhimpunan Dwitahunan tu...Lynn nak citer sket apa yang terjadi pada Lynn pagi nie...Seawal pukul 8.30 pagi hari nie Lynn dapat satu panggilan daripada salah seorang AJK KSK LPP Johor...Kiranya dia nie macam rakan seperjuangan Lynn la dalam penganjuran program2 KSK LPP Johor...Dia juga merupakan salah seorang GM PPK di PPD Johor Timur...Pagi-pagi Lynn dah merelakan telinga nie menerima rungutan dan luahan rasa hati dia...Huhuhu...Nak kata tension tu x la tp panas juga la telinga nie...

Kalau Lynn berada di tempat dia pun Lynn akan bengang juga...Punca dia marah2 pagi nie sebab dapat report daripada somebody...Ada yang mengadu kat dia, bayaran yang dikenakan sebanyak RM40.00 tu x berpatutan...Bayaran RM40.00 nie dikenakan kepada semua ahli kontigen di bawah PPD Johor Timur  bagi menampung perbelanjaan utk membeli satu suit pakaian sukan ADIDAS & kasut sukan AMBROS...Dia cakap dengan Lynn kos untuk seorang ahli kontigen PPD Johor Timur lebih kurang RM350.00...Jadi diorang dah buat keputusan untuk minta hanya RM40.00 sahaja daripada setiap ahli yang terpilih untuk mewakili kontigen PPD Johor Timur...

Bagi Lynn RM40.00 tu adalah sangat berbaloi untuk memiliki 1 helai t-shirt, 1 helai sweater, i helai seluar & 1 unit kasut...Berbaloi-baloi ibarat kata AMY SEARCH...Tapi entah mulut saper la yang agak-agak celupar kat pejabat Lynn nie kata mahal sangat RM40.00 tu dan kalau brand ADIDAS pun ADIDAS Made In Vietnam...Lynn rasa sure orang tu di kalangan staff LPP Johor yang terpilih la kut...Takkan la orang yang x kena bayar plak leh cakap macam tu kan...Dan kata-kata itu akhirnya sampai ke telinga GM nie...Tu yang pagi2 nie dah meletus larva Gunung Berapi di telinga Lynn nie...Haaaaahhh....

Nampaknya ada la staff LPP Johor yang akan diblacklisted oleh GM nie nanti...Dan kalau boleh Lynn x nak masuk campur dalam hal-hal nie...Takut nanti x pasal2 Lynn plak yang kena...Nasihat Lynn kepada mereka2 yang berkata sedemikian, sebelum cakap apa2 fikir dan kajilah dulu yer...Kena la sedar diri anda dan fikirlah bukan senang nak dapat sponsorship untuk program2 macam nie...Lynn tahu la macam mana susahnya nak dapatkan sponsorship nie...Tapi kita mungkin boleh demand seandainya diri kita nie setanding dengan Dato' Nicol Anne David atau Datuk Lee Chong Wei...Betul x u allsss....

Dan Lynn sangat teruja sekarang nie untuk menyaksikan kehebatan para-para ahli sukan yang akan bertanding untuk Sukan Tahunan KSK LPP Johor tahun nie...Hebat sangat ker....Kwang kwang kwang...Actually, excited sebab nak tengok Mr. Hubby beraksi dalam acara BOLA SEPAK...Lovely Qistina & Lynn nak bagi full support kat dia...Lynn jer yang x dapat beraksi tahun nie sebab dah terlibat dalam jawatankuasa induk...Sedih woooo...Kalau bertanding leh gak bakar lemak2 yang bermaharajalela di dalam badan ku nie...Huhuhuhu...

3 comments:

Anonymous said...

Hmm lyn,, aku rasa orang yang macam tu masuk sukan untuk glamour jer... kalau dulu kita kena bayar harga utk 1 set. Sekarang bayar RM40 pun banyak cakap. Cakap ngan yang bercakap tu.. kalau tak berminat bayar RM40 tu ramai lagi orang lain yang nak main sukan.

LyNn HaMzAh said...

yup...itu pasal la GM tu marah sakan pg tadi...bukan byk mana pun RM40 tu kalau nak dibandingkan dengan apa yg diorang akan dapat...

anita said...

ko layan ler bebudak yang kedekut tang bersukan ni. Cakap ngan diorang duit yuran pun tak lepas nak beli baju tu. Banyak songeh le.. Bersukan Untuk LPP. HE...he... walaupun aku bukan ahli KSK tapi meluat tul aku ngan bebudak yang kedekut gila ni.

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...