February 12, 2010

GONG XI FA CHAI


Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 Februari 2010 nie Lynn dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua blogger yang berbangsa Cina di Malaysia...Tahun ini, keistimewaan Harimau yang diangkat bagi meraikan simbolik kedatangan tahun baru dalam kalendar Cina adalah simbol haiwan yang memiliki kekuatan, rezeki melimpah ruah dan kesihatan baik sepanjang tahun...Kegembiraan menyambutnya selalunya dikongsikan bersama melalui pemberian ang pau yang membawa pengertian kesejahteraan berpanjangan...

Seperti bangsa-bangsa lain di Malaysia, mereka yang berbangsa Cina sudah pasti tengah rancak membuat persiapan terakhir bagi meraikan perayaan besar bangsa mereka ini...Lynn masih ingat lagi kemeriahan meraikan Gong Xi Fa Chai bersama kawan-kawan yang berbangsa Cina sewaktu Lynn bersekolah di Rawang...Its really fun because Lynn berpeluang untuk merasai kemeriahan yang dirasai oleh kawan-kawan Lynn...Dapat tengok tarian Singa dah membuatkan Lynn sungguh teruja...Paluan gendang yang sungguh kuat dan pembakaran mercun memang betul-betul happening lor...

Namun begitu setelah Lynn mula bekerja di Johor Bahru, Lynn x berpeluang untuk berkunjung ke rumah sahabat yang meraikan perayaan ini...Tapi cuti perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun 2010 nie sangat panjang lor...Lynn juga akan balik ke Rawang pada hari Ahad ini dan i really hope that i can bring my family to visit my Chinese Friends house...Mana tahu ada rezeki boleh juga tengok tarian Singa live seperti dulu...Sure Lovely Qistina juga teruja nanti...Hehehe...Okay la...I need to go back now...Jalan-jalan di sekitar Johor Bahru sudah jammed teruk sekarang nie...Sebelum ia menjadi semakin worst better i blah lor...Bye...

For All My Chinese Friends

GONG XI FA CHAI

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...