December 10, 2009

BIG DAY KSK LPP JOHOR

Excited sih...

Hehehehe...Lagi 2 hari akan berlangsung Big Day KSK LPP Johor...Acara yang julung2 kali ni sepatutnya diadakan 2 tahun sekali...Tp entah mcm mana dah 2 tahun berturut2 KSK LPP Johor menganjurkan Hari Keluarga untuk para ahli yang banyak memberi sokongan kepada KSK LPP Johor...Tahun nie Hari Keluarga KSK LPP Johor akan diadakan di Wet World Batu Pahat...Tempat yang aku rasa memang sangat best untuk kanak2 dan remaja...Jadi mak bapak yang attend just tumpang happy jer la yer...Hehehehe...





Sebagai salah seorang AJK KSK LPP Johor, penglibatan aku dalam acara sebegini memang la memerlukan banyak pengorbanan...Korban masa, korban tenaga & adakalanya korban wang...Huhuhu...Aku memang minat terlibat secara langsung dalam menganjurkan program2 macam nie...

Sebelum program nie berlangsung pada hari Sabtu nie, aku nak luahkan sket apa yang aku rasa sewaktu aku bertungkus lumus menganjurkan program nie...Huhuhu...Walaupun aku excited tapi ada gak part yang aku rasa sedih dan frust sangat...Nampak gayanya tahun nie hanya orang tertentu sahaja yang buat kerja...Seperti tahun2 yang lepas, itu la muka2 yang bertungkus lumus memastikan program nie berjalan dengan lancar...

Muka2 nie juga la yang memastikan kewangan kelab kukuh untuk melaksanakan aktiviti2 seumpama ini...Dan apa yang aku perhatikan ahli2 kelab memang tak pernah puas dengan apa yang kelab berikan...Setiap kali penganjuran sure ada cacat celanya di mata ahli-ahli kelab...Ada jer yang x kena...

Sebagai salah seorang AJK kelab, aku dah x kuasa nak bertekak dengan ahli setiap kali kelab menganjurkan program2 macam nie...Bagi aku ahli sepatutnya bersyukur dengan apa yang kelab berikan kepada ahli...Tapi biasalah ahli sure tak kan puas punya...Bagi mereka contribution sebanyak RM5 , RM 7 & RM 10 sebulan tu amount yang sangat besar sehinggakan kalau boleh mereka nie nak dilayan macam seorang superstar ataupun VIP...Manusia oh manusia...

Anyway aku pun dah malas nak luahkan perasaan aku panjang berjela kat sini...Kang habis spoil mood nak uruskan Hari Keluarga KSK LPP Johor nie...Huhuhu...Aturcara program pada Hari Keluarga kali ini adalah seperti di bawah nie...

Tarikh : 12 Disember 2009
Pendaftaran : 9.00 - 9.30 pagi
Acara Sukaneka : 10.00 - 12.00 tengahari
Majlis Perasmian : 2.30 petang
Mesyuarat Agung : 3.30 - 5.00 petang


Tahun nie tiada pemilihan jawatankuasa dilaksanakan...Jadi masa mesyuarat agung dah tentu la singkat sket...Ada la peluang aku dan keluarga untuk menyambung percutian di Melaka...Sajer jer nak habiskan weekend bersama Mr. Hubby & Lovely Qistina...

Erm...Aku harap sangat program yang dirancang selama 2 bulan ini berjalan dengan lancar...Hope tak der la manusia2 yang tidak puas hati yer...Dan aku harap sangat tak ada la acara kutuk mengutuk...Tapi kalau ada rasa nak kutuk tu terpulangla pada individu tu sendiri...ALLAH S.W.T tu MAHA MENGETAHUI...Oklah...Dah panjang sangat entry kali nie...Hehehe...



Ohhh yer...Ini map untuk ke Wet World Batu Pahat...Untuk sesiapa yang tak tahu jalan ke Wet World Batu Pahat boleh la berpandukan kepada map nie...Jangan lewat yer...Pendaftaran bermula jam 9.00 pagi...Tapi aku dan AJK yang bertanggungjawab dah tentu akan berada di Wet World Batu Pahat tu sebelum 8.30 pagi...Insyaallah...

Adios...Muahhhhhssss...

No comments:

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...