February 9, 2010

- We Give Our Full Support To You -

Last Saturday sewaktu KSK LPP Johor menganjurkan Sukan Tahunan, Mr. Hubby telah dipilih untuk menjadi salah seorang player bola sepak untuk team PPD Johor Timur...Walaupun Lynn busy sket sebab terlibat dalam jawatankuasa penganjur untuk program nie tapi Lynn tak lupa untuk memberi sokongan kepada Mr. Hubby dan pasukannya...Dan untuk menambahkan lagi sokongan tu Lynn dan Mr. Hubby bawa la Lovely Qistina memandangkan our princess tu x der apa2 aktiviti pun kat school dia...

Erm, sambil sokong Mr. Hubby & team, Lynn ada amek beberapa gambar Lovely Qistina kat padang...Korang layan la yer gambar nie...

Waktu nie Mr. Hubby baru nak masuk padang...

 
Lovely Qistina menempel jer ngan Papa dia...

  
Lovely Qistina lagi...

  
Erm...

  
Chak...


 Lovely Qistina dah bosan waktu nie...Leh la plak masukkan rumput dalam botol mineral water tu...

  
 With Mama...

Lovely Qistina kepenatan...Sampai tertido-tido...


 Comeynyer dia...

  
Kat tepi Dewan Badminton & Ping Pong...

  
Dengan Papa lagi...

 
 Dengan Mama plak...Hehehe...

Seboleh-boleh nak bergambar atas jambatan kecik nie...

Takut la tu...Huhuhu...

Oh yer, Mr. Hubby & team menjuari pertandingan Bola Sepak pada hari tersebut...Hadiah x la happening sangat...Setakat tuala mandi yang ada logo KSK LPP Johor jer...Tapi yang diorang  nak sangat menang tu sebab tahun nie disediakan Piala Pusingan...Dan Piala Pusingan untuk Bola Sepak telah ditaja oleh Pengarah LPP Johor...Tq so much yer Boss sebab sudi nak menaja...

Untuk makluman korang Lovely Qistina tak meragam sepanjang kami berada di Pusat Pertanian Ayer Hitam...Tak der menangis-nangis or melalak ajak balik...Bila jumpa auntie2 & uncle2 dia akan salam...Cuma dia x berapa berkenan lor dengan kawan Mr. Hubby yang suka mengusik dia...Hehehehe...Lynn & Mr. Hubby happy tengok dia nak involve dengan orang di sekeliling dia...Mungkin ini disebabkan pendedahan dia di Tadika Ixora Ria...Syukur Alhamdulillah...

DSLR CaMeRa - Nikon or Canon?

Erm...

Tengah berfikir-fikir nie...Niat di hati nak membeli DSLR Camera...Tapi Lynn nie tak la mahir dalam hal-hal DSLR Camera nie...Setakat digital camera yang biasa2 tu okey la...Pada pendapat korang which one brand yang elok yer?  Nikon or Canon?  Model apa yang best dan sangat sesuai digunakan untuk beginner macam Lynn nie...

 
 Nikon D90 

  
 Nikon D60


Canon EOS 450D
Nikon D3000
Canon EOS 500D

Ada tak di antara korang yang tahu tentang DSLR Camera nie yer...Please give me some info...Tolong yer...Which one yang best di antara yang 5 jenis DSLR camera nie...

February 8, 2010

Sukan Tahunan KSK LPP Johor - Dah Selesai Pun

Syukur Alhamdulillah...

Program Sukan Tahunan KSK LPP Johor yang berlangsung pada 6 Februari 2010 di Pusat Pertanian Ayer Hitam telah selamat dilaksanakan dengan jayanya...Rasa seronok sangat sebab satu kerja dah pun selesai...Hehehehe...Next program KSK LPP Johor pada bulan 5 nie...XPDC Mendaki Gunung Kinabalu...Yang nie lagi best...Tak sabar nak tunggu bulan 5 nie...

Ok la...Sukan Tahunan KSK LPP Johor tahun 2010 nie dimenangi oleh Kontigen PPD Johor Timur...Nampaknya diorang nie masih mengekalkan kejuaraan diorang selama 2 kali berturut-turut...Tahun nie PPD Johor Timur menang 4 sukan dari 6 yang dipertandingkan (Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton & Ping Pong)...Tu yang diorang leh jadi JOHAN lagi tahun nie...Memang happy giler la ahli kontigen diorang...Anyway nak congrats gak kat Mr. Hubby sebab dia pun salah sorang ahli kontigen nie juga...Berbaloi rasanya berpanas di tengah padang kan...

Korang layan la gambar2 sepanjang program berlangsung yer...

 
Team Netball PPD Batu Pahat 

  
Team NetballPPD Johor Timur

PPD Batu Pahat vs PPD Johor Timur

Tengah aim goal...

 
Team Bola Sepak PPD Johor Timur

  
Kapten Bola Sepak PPD Johor Timur tengah brief anak buah...

  
Team Sepak Takraw PPD Muar/Ledang/Segamat...Terror depa nie...

  
Team Sepak Takraw PPD Johor Timur

  
Team Bola Tampar PPD Pontian/Kluang

  
Semangat kesukanan...

  
Sebahagian ahli kontigen PPD Johor Timur bersama Pengarah LPP Johor

  
Kontigen PPD Batu Pahat bersama Pengarah LPP Johor

  
Aweks Netball PPD Johor Timur

  
Ucapan Aluan oleh Pengerusi KSK LPP Johor - Tuan Haji Samsudin bin Selamat

  
Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah LPP Johor - Encik Mohd Naser bin Harun

 
Bendahari KSK LPP Johor - Encik Aziz duk panjat kerusi gantung banner

  
Kak Pah & Kak Siti

  
Acara senamrobik 

 
Senamrobik lagi...

  
 Pengarah baru jer sampai waktu nie...Minum2 dulu...

Apa la yang dibincangkan ek?

 
Team Ping Pong PPD Muar/Ledang/Segamat

  
Pegawai Hal Ehwal Korporat LPP Johor berkaca mata hitam...

  
Kat sini pun korang leh lepak ek...

  
Seronoknya diorang bila diumumkan Johan Kontigen untuk Sukan Tahunan KSK LPP Johor 2010

  
Briefing oleh Pengadil Bola Sepak

  
Mr. Hubby & Mr. Hafiz...Mr. Khairul plak seksi semacam lor...

  
Azhar injured waktu nie...Kecohss sekejap...

  
  Team Badminton PPD Batu Pahat...Maslinda & Syafiqah...

 
Nie jer la sekeping gambar Lynn...Macam mana nak ada gambar Lynn kalau Lynn yang jadi photographer untuk hari tu...Huhuhu...

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak terdaya la nak upload semua kat dalam entry nie...Anyway Lynn nak ucapkan tahniah kepada semua kontigen dan ahli KSK LPP Johor yang berjaya dalam Sukan Tahunan KSK LPP Johor nie...Congratulations...Insyaallah lepas nie akan menyusul pula Pertandingan Bowling Inter PPK & PPD...Tak habis2 program KSK LPP Johor nie...Syok...

February 4, 2010

Perihal Sukan Tahunan KSK LPP Johor...

Rasanya dah lama x update citer pasal KSK LPP Johor kat blog Lynn nie...Last sekali duk berceloteh pasal kelab kesayangan Lynn nie pada bulan Disember lepas...Waktu tu sibuk menguruskan Hari Keluarga yang diadakan di Wet World Batu Pahat...So kali nie Lynn nak update la citer pasal Sukan Tahunan KSK LPP Johor yang akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang. 

Tujuan Sukan Tahunan nie dianjurkan adalah untuk memilih peserta bagi mewakili LPP Negeri Johor untuk ke Perhimpunan Dwitahunan yang akan dianjurkan oleh MKSR LPP...Last sekali Perhimpunan Dwitahunan dilaksanakan di LPP nie pada tahun 2005 di POLISAS, Pahang...Dah 5 tahun berlalu pun...Sekiranya LPP bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan Dwitahunan pada tahun nie besar kemungkinan LPP Johor akan menjadi tuan rumah...Dan pada waktu itu, Lynn nak tido pun dah x lena kut...Comfirm la Lynn dan AJK KSK LPP Johor akan banyak kerja nak buat waktu tu nanti...

Tapi hari nie Lynn x nak share ngan korang semua pasal Perhimpunan Dwitahunan tu...Lynn nak citer sket apa yang terjadi pada Lynn pagi nie...Seawal pukul 8.30 pagi hari nie Lynn dapat satu panggilan daripada salah seorang AJK KSK LPP Johor...Kiranya dia nie macam rakan seperjuangan Lynn la dalam penganjuran program2 KSK LPP Johor...Dia juga merupakan salah seorang GM PPK di PPD Johor Timur...Pagi-pagi Lynn dah merelakan telinga nie menerima rungutan dan luahan rasa hati dia...Huhuhu...Nak kata tension tu x la tp panas juga la telinga nie...

Kalau Lynn berada di tempat dia pun Lynn akan bengang juga...Punca dia marah2 pagi nie sebab dapat report daripada somebody...Ada yang mengadu kat dia, bayaran yang dikenakan sebanyak RM40.00 tu x berpatutan...Bayaran RM40.00 nie dikenakan kepada semua ahli kontigen di bawah PPD Johor Timur  bagi menampung perbelanjaan utk membeli satu suit pakaian sukan ADIDAS & kasut sukan AMBROS...Dia cakap dengan Lynn kos untuk seorang ahli kontigen PPD Johor Timur lebih kurang RM350.00...Jadi diorang dah buat keputusan untuk minta hanya RM40.00 sahaja daripada setiap ahli yang terpilih untuk mewakili kontigen PPD Johor Timur...

Bagi Lynn RM40.00 tu adalah sangat berbaloi untuk memiliki 1 helai t-shirt, 1 helai sweater, i helai seluar & 1 unit kasut...Berbaloi-baloi ibarat kata AMY SEARCH...Tapi entah mulut saper la yang agak-agak celupar kat pejabat Lynn nie kata mahal sangat RM40.00 tu dan kalau brand ADIDAS pun ADIDAS Made In Vietnam...Lynn rasa sure orang tu di kalangan staff LPP Johor yang terpilih la kut...Takkan la orang yang x kena bayar plak leh cakap macam tu kan...Dan kata-kata itu akhirnya sampai ke telinga GM nie...Tu yang pagi2 nie dah meletus larva Gunung Berapi di telinga Lynn nie...Haaaaahhh....

Nampaknya ada la staff LPP Johor yang akan diblacklisted oleh GM nie nanti...Dan kalau boleh Lynn x nak masuk campur dalam hal-hal nie...Takut nanti x pasal2 Lynn plak yang kena...Nasihat Lynn kepada mereka2 yang berkata sedemikian, sebelum cakap apa2 fikir dan kajilah dulu yer...Kena la sedar diri anda dan fikirlah bukan senang nak dapat sponsorship untuk program2 macam nie...Lynn tahu la macam mana susahnya nak dapatkan sponsorship nie...Tapi kita mungkin boleh demand seandainya diri kita nie setanding dengan Dato' Nicol Anne David atau Datuk Lee Chong Wei...Betul x u allsss....

Dan Lynn sangat teruja sekarang nie untuk menyaksikan kehebatan para-para ahli sukan yang akan bertanding untuk Sukan Tahunan KSK LPP Johor tahun nie...Hebat sangat ker....Kwang kwang kwang...Actually, excited sebab nak tengok Mr. Hubby beraksi dalam acara BOLA SEPAK...Lovely Qistina & Lynn nak bagi full support kat dia...Lynn jer yang x dapat beraksi tahun nie sebab dah terlibat dalam jawatankuasa induk...Sedih woooo...Kalau bertanding leh gak bakar lemak2 yang bermaharajalela di dalam badan ku nie...Huhuhuhu...

February 3, 2010

- LaZZZer atau CaKaP LepAs -

Semalam ada satu conversation di antara aku dengan seorang classmate waktu di UiTM Shah Alam...Through FB jer...Erm...Macam-macam yang kami bualkan...Bila dah lama x berbual aku rasa janggal sangat nak share masalah @ citer dengan minah nie...Bukannya apa...Kadang-kadang apa yang keluar dari mulut dia nie macam nak menghentam aku jer...Ala-ala lazzzer @ cakap lepas...The way she express her words to me macam dia ajer yang bagus...Dia ajer yang betul...

Aku cuba untuk abaikan jer apa yang dia cakapkan tapi tak boleh la...Masih teringat-ingat lagi aku apa yang dia mention kat aku...Sejak dia aktif kat FB nie rasanya dah 2 kali dia hentam aku macam-macam...Its really hurts me...Huhuhuhu...Mengadu juga aku dengan Mr. Hubby...Nak tahu apa Mr. Hubby cakap?  Teori ngan praktikal nie tak sama...Kalau dia bagus sangat dalam parenting skills nie kita tengok la nanti bila dia ada anak...Tengok nanti bila anak dia demam atau sakit...Nak gak tahu apa yang dia baca tu leh ker dipraktikkan semuanya untuk handle anak dia nanti...

Mr. Hubby suruh aku jangan fikir sangat kata-kata yang kuar dari mulut minah nie...Sebab dia tahu aku nie seorang yang kuat memikir benda-benda yang remeh...Huhuhu...Memang pun...Sampai skrg nie aku tak leh lupa la...Dan makin melarat-larat plak...Aku dah mula memikirkan apa yang dia buat waktu kami di UiTM dulu...Dia x rasa terhutang budi ker kat aku & kawan2 yang rapat dengan dia...Dia x terfikir ker macam mana aku leh cover dia waktu projek Entrepreneurship sedangkan waktu tu dia sendiri ada family problem dan masalah kesihatan...

Sebagai sahabat aku rasa dia x patut untuk menghentam aku macam tu...Sepatutnya bila aku hadapi masalah dia seharusnya bagi sokongan dan dorongan bukannya menghentam aku seolah-olah dia jer yang bagus dalam semua hal...Dan sekarang nie mood aku nak berhubung lagi dengan dia macam dah nak terpadam la...Rasa kecik hati tu masih berbisa lagi...Its really hurts me...

February 2, 2010

FriEndShiP CoNTesT

Hi...

Ada satu contest yang membuatkan jiwa & hati Lynn meronta-ronta untuk joint...Jadi pagi2 nie dah sibuk mencari gambar yang sesuai untuk dimasukkan dalam contest nie...


Contest yang Lynn nak joint hari nie adalah Friendship Contest yang dianjurkan oleh Cik Mar...Contest nie memang best arrr...Lynn suka sangat...Jadi untuk info yang lebih lanjut tentang contest nie leh la klik yer...

Gambar friendship yang dipertaruhkan adalah gambar ini....
 
 Waktu nie kami semua buat persembahan mewakili LPP Negeri Johor untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Zon Selatan yang diadakan di Tiara Beach Resort...Its really fun ...Dah macam artis tau waktu event nie...Sebab hanya kami sahaja yang buat persembahan malam tu...Ramai plak pegawai-pegawai atasan yang bergambar dengan kami termasuklah Ketua Pengarah LPP...

So Lynn harap Cik Mar like this picture & ada rezeki leh la menang contest nie...Hehehe...
Kawan-kawan lain leh la joint contest nie yer...Tak susah mana pun syarat-syarat penyertaan contest nie...

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Februari 2010...Marilah beramai-ramai joint contest nie yer...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...