June 6, 2013

Happy Birthday Qaleesya

Assalamualaikum dan salam ceria...Hari nie genap 2 tahun Nur Qaleesya Arissa lahir ke dunia...Pagi tadi waktu wish happy birthday kat dia bukan dia faham apa pun...Heheheheh...Kakak Qistina plak yang over tanya kenapa bukan birthday dia hari nie...Anak dara tu kalau boleh every day nak jadi birthday dia...

Anyway jarak birthday Qaleesya dan Qistina tak jauh...Qaleesya pada 6 Jun dan Qistina plak pada 3 Julai...Memang jarak x sampai sebulan pun...Maka celebration untuk puteri-puteri ini akan dibuat pada bulan Julai...Insyaallah...Memang dah ada perancangan untuk celebration birthday Qaleesya dan Qistina...Cuma belum decide nak buat kat Ixora atau nak buat kat rumah...

For my lovely Nur Qaleesya Arissa, mama ucapkan Selamat Hari Ulangtahun Yang Ke2...Mama, papa, kakak dan baby sayangkan Qaleesya sangat-sangat...Jadi anak yang solehah dan berjaya dunia & akhirat...Mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Qaleesya...

Muaaaaahhhhhhhhhsssss...

(P/S : Apa la hadiah nak belikan untuk Qaleesya yer? Bagi idea sket...)

June 5, 2013

Majlis Aqiqah dan Potong Jambul Nur Qhasrina Zahra

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Fine, cerita nie pun dah lama sangat dah...Tapi hari nie baru nak update...Jadi sudi-sudikan lah membaca dan melihat gambar yang ada yer...

Majlis Aqiqah dan Potong Jambul anakanda Nur Qhasrina Zahra berlangsung pada 22 - 23 Mac 2013...Ambooooiii...Sampai 2 hari ekk...Sebenarnya aqiqah tu pada malam 22 Mac 2013...Tapi majlis potong jambul plak waktu pagi 23 Mac 2013...Program nie berlangsung sebab nak disamakan tarikh dengan wedding adik Lynn...Cerita tentang wedding adik akan menyusul di entry lain yer...

Majlis nie tak ler seglamour macam majlis aqiqah dan potong jambul anak-anak kecil yang lain...Memang buat yang simple jer sebab tak nak over dari wedding adik...Kang x pasal2 ada yang merajuk sebab majlis kita lagi glamour dari majlis dia...Huhuhuhuhu...Jadi buat ala kadar jer...Beg goodies pun Lynn just sediakan untuk 40 orang jer...

Aqiqah kitorang laksanakan pada malam 22 Mac 2013 sebab nak jamu saudara mara dan jiran tetangga makan daging kambing tu...Dan kambing aqiqah tu dimasak sendiri oleh papa Qhasrina sambil dibantu oleh Atuk Cik Rahim dari Batu Gajah...Masak asam manis...Memang sedap...

Majlis potong jambul keesokkan harinya dimulakan lebih kurang jam 10.30 pagi dengan bacaan berzanji dan marhaban oleh Kumpulan Berzanji Batu 16, Rawang...Ada la dalam 20 orang ahli kumpulan nie datang...Waktu wedding Lynn dan Mr. Hubby dulu diorang pun ada datang gak...


 Disebabkan x der majlis berendoi...Maka terus jer la dengan Majlis Potong Jambul bila Marhaban dinyanyikan...Dimulakan dengan Ketua Kumpulan Berzanji nie...


 
 Kemudian diteruskan oleh nenek Lynn...Syukur alhamdulillah...Kelahiran Nur Qhasrina Zahra telah menjadikan jumlah cicit nenek Lynn bertambah ke angka 13...

 Qhasrina sungguh behave waktu tu...Tidur jer...Macam tak der apa-apa yang berlaku di sekeliling dia...Hehehehe...

 Yang nie Atuk Long Yem...Nama glamour Atuk Long Janggut...Hehehehehe...Abang kepada nenek Lynn...Terima kasih yer tuk sebab sudi datang ke majlis nie...Dan mendoakan yang baik-baik untuk Qhasrina...

 Pak Lang Samsudin pun turut sama potong jambul...

 Pakcik handle karaoke siap bacakan doa untuk Qhasrina...Terima kasih banyak-banyak...

 Amboooooiiii menguap besar bila Atuk Ayah dia potongkan jambul...Hehehehehe...Atuk Ayah sempat bagi RM50.00 kat Qhasrina waktu nie...Terima kasih atuk...

Yang nie plak Atuk Kana...Atuk Negeri Sembilan...Datang awal juga hari tu sebab nak turut serta dalam Majlis Potong Jambul nie...Atuk Kana pun hulur RM50.00 juga...Bertambah duit tabung Qhasrina...Terima kasih atuk...

Majlis selesai dalam kul 11.45 pagi...Lynn pun terus la mengedarkan beg goodies pada semua ahli kumpulan tu dan menjemput diorang gie makan...Maka selesai la urusan majlis aqiqah dan potong jambul anakanda Lynn dan Mr. Hubby nie...

May 31, 2013

Celebrating Teachers Day at Tadika Ixora Ria

Assalamualaikum dan salam ceria...Hohohohoh...Dah terlewat nak update entry nie sebenarnya...Tapi tetap gak nak update...

Pada 16 Mei 2013 yang lepas, my darling Qistina ada program kat Ixora...Teachers Day Celebration...Setiap tahun memang Tadika Ixora Ria akan organize program nie...Bagi mengenang jasa teacher-teacher Qistina yang sungguh baik hati...Maka the day before the event date kitorang gie beli hadiah kat Angsana...Beli hadiah tabung cup cake yang sungguh comey...

Disebabkan mama Qistina ni malas nak wrapping hadiah kat rumah...Maka terus jer la suruh adik kedai hadiah tu wrapping hadiah tu time tu jugak...Hehehehe...Dan tak der la amek gambar hadiah pun...

Qistina dah sound kat mama dia nak baju warna merah...Untuk dipakai time event tu...Tapi tak kan ler semata-mata event tu nak gie soping dress untuk dia...Jadi just recycle jer dress raya tahun lepas...Still boleh pakai dan masih cantik lagi...

Rupa-rupanya memang warna tema event tahun nie warna merah...Nasib baik ler corak kat dress tu ada warna merah...Tak ler anak dara tu sentap sangat kan...

Okey la...Meh layan gambar2 yang sempat dirembat dari Facebook Tadika Ixora Ria untuk tatapan korang semua...


 Teachers yang sangat dedikasi...Thank you so much sebab mendidik anak dara kami dengan baik...Jasa kalian akan kami kenang hingga ke akhir hayat...

 Teacher Ain dan Teacher Erin with their lovely students...Tak pasti kelas yang mana nie? Maybe kelas K1...

I am not sure teacher amoi nie nama sebenar dia apa...Tapi dah lama juga dia kat Tadika Ixora Ria nie...Teacher Fatimah plak owner tadika nie...Now dia mengajar di kelas Qistina...Kelas K2 Pluto...My girl yang paki kad number 10 tu...

 The kids singing...Comfirm sangat waktu perhimpunan before event tu start...

 Masa untuk morning break...Makan donut...

Luckily ada juga gambar my lovely princess...Qistina with her best friend Shahirah...

Nowadays selalu sangat cerita tentang Shahirah...

Mama, Ina nak pandai baca...Nanti boleh sama-sama membaca dengan Shahirah...
Mama, Shahirah tak datang school today...Kesian dia mama...Dia, adik dia, umi dan ayah dia semua sekali demam...
Mama, hari nie nak bawa jeans dan tshirt...Nanti nak main sama-sama dengan Shahirah waktu child care...

Memang kerap sangat Qistina bercerita tentang Shahirah...Kira macam BFF dia la nie...Hehehehe...

Okey la...Will update lagi later...Take care semua...And happy weekend yer...


May 28, 2013

Bersawang Dah

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
Hohohohohoh...
Dah bersawang dah blog nie...
Lama giler tak update...
Lately nie busy sungguh arr...

Urusan kerja di pejabat memang x pernah habis...
Setiap hari ada jer kerja...
Tapi dalam kesibukan melanda sempat gak update2 status kat Facebook...
Sempat gak promote produk2 SHAKLEE...
Tapi tak ler aktif sangat pun...
Cuma baru2 nie merasa la juga dapat cek bonus dari SHAKLEE...
Syukur alhamdulillah...
Permulaan yang indah...
Semoga ALLAH SWT berkati usaha saya dalam SHAKLEE nie...

Cuti sekolah kali nie saya dan keluarga hanya sempat balik kampung sahaja...
Mr. Hubby sibuk uruskan Mesyuarat Agung Tahunan yang bakal berlangsung 8 Jun ini...
Jadi saya dan anak-anak tak mahu sesakkan lagi jadual yang padat...
Insyaallah bila dah selesai kerja Mr. Hubby...
Baru leh fikir pasal holiday...

Hari nie juga saya cash out kan NUFFNANG...
Rezeki dari hasil berblogging...
Terima kasih banyak2 pada NUFFNANG kerana sudi tepekkan iklan kat blog saya nie...
Syukur alhamdulillah...

Okey la...
Saya sempat nak update ni jer dulu...
Insyaallah jika berkesempatan saya akan update lagi...
Doakan saya kembali aktif yer dalam dunia blog...

P/S : Sebenarnya saya rindu nak berblogging...Memang rindu sungguh...

April 26, 2013

Set Penyusuan Mengikut Bajet Anda

Assalamualaikum dan salam ceria...
Sekejap jer masa berlalu...
Dah pun hari Jumaat kan...
Mesti ada di antara korang yang dah tak fikir nak kerja hari nie...
Almaklumlah esok dah cuti...
Hehehehehe...

Pagi nie Lynn nak update tentang Set Penyusuan SHAKLEE...
Set yang ada di SHAKLEE mengikut bajet dan keperluan yang anda inginkan...


Pakej A mengandungi Alfalfa
Berfungsi sebagai Milk Booster


Alfalfa merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu tapi ada juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.

Pakej B mengandungi Alfalfa dan ESP
Berfungsi sebagai Milk Booster dan penambah tenaga


Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Pakej C mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex
Berfungsi sebagai Milk Booster & Supplement Lengkap


Vita Lea dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain Vita Lea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

Vita C sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

B Complex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik) Dengan kurangnya stress dan mood sentiasa happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Pakej D mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap & Kalsium

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia membantu membanyakkan susu secara tidak langsung. Jika anda perasan, ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan. Jika anda mengalami masalah ini pengambilan set ini amat digalakkan.

Pakej E mengandungi ESP, Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix 
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap, Kalsium & Penambah Tenaga
Pakej E merupakan pakej yang merangkumi Pakej A hingga Pakej D.


Tips Tambahan Sekiranya Mengambil Set Penyusuan SHAKLEE 

1.  Kerap kosongkan breast dengan pam paling kurang tiap 2 atau 3jam bila anak tiada di sisi.Direct feeding dengan anak sekerap mungkin.Sebab penyusuan ibu adalah supply versus demand. Makin kerap kita pam susu untuk kosongkan breast, makin banyak susu akan dihasilkan.
2. Rajinkan diri untuk buat power pumping. Selama 1 jam di antara 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

3.  Minum air 3 liter sehari. Pengambilan vitamin akan memekatkan darah kita.  Dengan pengambilan air 3 liter sehari dapat melancarkan peredaran darah.  

4.  Sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar niat untuk menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun dipermudahkan.  Berdoa agar ALLAH SWT memperbanyakkan susu kita.

5.  Elakkan minum minuman yang berkafein dan berais.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan SHAKLEE
Boleh hubungi Lynn di talian 013-7660226
(ID SHAKLEE : 914534)

April 25, 2013

Nur Qhasrina Zahra : 3 Bulan 13 hari

Hai semua...
Korang lunch apa jer tadi?
Syukur alhamdulillah Lynn tadi lunch kat kedai pak cik...
Bukan kedai pak cik Lynn tau...
Tapi kitorang yang selalu lepak situ gelarkan kedai tu kedai pak cik...

Hari nie Qhasrina dah berusia 3 bulan 13 hari...
Dan di kala usia ini Qhasrina dah pandai menyiarap (ke meniarap)...
Yang mana satu ek yang betul?
Confius sekejap...
Huhuhuhu...

So untuk penambah semangat untuk pump di sesi petang...
Lynn nak tepek gambar kesayangan Lynn nie kat sini...
Tambah pula dengan supplement yang mama amek...
Moga susu untuk Qhasrina mencurah-curah yer nak...
Insyaallah...
Semoga ALLAH SWT permudahkan semuanya...



Nak tahu supplement yang Lynn makan?
Nak tambah production susu?
Jangan segan dan malu untuk bertanya yer...
Hubungi Lynn di talian 013-7660226...
(ID SHAKLEE : 914534)


Nak Kurus : Mari Cuba Set Kuruskan Badan SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca...
Hari nie hari promosi produk-produk SHAKLEE...
Meh baca meh baca meh...

 Set Kuruskan Badan SHAKLEE ni mengandungi:

1. Lecithin
2. Omega Guard 
3. Alfalfa 
4. Herb Lax 
5. Cinch/ESP


Kalau konsisten dan disiplin dalam mengamalkan set nie...
Insyaallah badan boleh kurus...
Dan jangan lupa untuk minum 3 liter air setiap hari untuk melancarkan lagi peredaran darah dalam badan kita...

Berminat?
Nak dapatkan produk nie dengan harga special?

 
Korang leh contact Lynn di talian 013-7660226...
(ID SHAKLEE :914534)

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...