Showing posts with label Set Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Set Penyusuan. Show all posts

June 19, 2013

Alfalfa Memang Terbaik

Assalamualaikum...

Dah lama betul tak update pasal SHAKLEE kat blog nie kan...Hari nie saya nak share kat sini tentang produk ALFALFA...Untuk mereka yang dah kenal dan cinta dengan SHAKLEE & ALFALFA comfirm dah tahu sangat fungsi dan kebaikan yang kita perolehi bila mengambil ALFALFA nie...

Tapi hari nie saya nak share sendiri pengalaman diri sendiri dengan pengambilan ALFALFA nie...Saya mula mengambil ALFALFA nie since bersalinkan Qaleesya...Pengambilan waktu tu memang focus sebagai milk booster...Memang berharap sangat dapat menyusukan Qaleesya sehingga dia berusia 2 tahun...Susu memang sangat meriah bila makan ALFALFA nie...

Stok susu sentiasa ada dan syukur alhamdulillah saya berjaya menyusukan Qaleesya sehingga usia 1 tahun...Kenapa tak sampai 2 tahun?  Hehehehehe...Focus memang nak sampai 2 tahun tapi saya diberi rezeki dari ALLAH SWT untuk mengandung kali ketiga...Maka saya berhenti susukan Qaleesya dan pada masa yang sama saya juga berhenti memakan ALFALFA...

Tapi bila dah dapat Qhasrina saya continue semula mengambil ALFALFA...Maka kemeriahan memperolehi susu saya mula rasai sekali lagi...Syukur alhamdulillah...Susu untuk Qhasrina memang mencukupi sehingga kini...Dan focus pertama saya untuk 6 bulan ni dah hampir berjaya kerana sehingga ke hari ini (di usia Qhasrina 5 bulan lebih) Qhasrina hanya meminum susu ibu sahaja...Doakan saya berjaya hingga ke usianya 2 tahun yer...Insyaallah...

Selain berfungsi sebagai milk booster, ALFALFA membantu saya untuk pooo pooo setiap hari...Hahahahahaha...Macam baby ler plak guna istilah 'pooo pooo'...Memang every day saya akan membuang dengan pengambilan ALFALFA nie...Tak payah nak bersusah payah nak meneran sebab memang senang jer nak membuang bila makan ALFALFA nie...

Selain daripada tu masalah keputihan pun berkurangan...Dulu kalau tak pakai pantyliner mesti rasa semacam jer kan...Tapi sekarang nie tak pakai pun x per sebab masalah keputihan dah tiada...Memang sangat-sangat berkesan...

Untuk ibu-ibu yang menyusu disarankan untuk makan 2 biji selepas setiap kali pam...Pengambilan ALFALFA akan merangsang penghasilan susu dan paling maksimum yang boleh diambil adalah sebanyak 10 biji sehari...Korang yang nak makan ALFALFA nie kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari...Jangan kurang minum air tau...Air nie elok untuk kesihatan...Hehehehe...


 Yang kat atas tu penerangan dari website SHAKLEE...Banyak info tentang produk-produk SHAKLEE kat dalam website tu...Korang click jer dah leh tahu tentang SHAKLEE dan produk-produk yang ada...

ALFALFA nie pun kalau korang nak tahu x ler mahal sangat pun...Memang berbaloi sangat beli untuk kegunaan sendiri...Bukan untuk ibu menyusu jer...Tapi untuk wanita yang tak menyusukan anak pun boleh...Yang botol kecil mengandungi 330 biji pil...Dan botol besar plak mengandungi 700 biji pil...

Untuk keterangan lanjut dan yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya di talian 013-7660226...Segala pertanyaan akan dijawab dengan segera dan saya akan pastikan anda di luar sana mendapat harga yang istimewa daripada saya...

Shaklee ID : 914534

April 26, 2013

Set Penyusuan Mengikut Bajet Anda

Assalamualaikum dan salam ceria...
Sekejap jer masa berlalu...
Dah pun hari Jumaat kan...
Mesti ada di antara korang yang dah tak fikir nak kerja hari nie...
Almaklumlah esok dah cuti...
Hehehehehe...

Pagi nie Lynn nak update tentang Set Penyusuan SHAKLEE...
Set yang ada di SHAKLEE mengikut bajet dan keperluan yang anda inginkan...


Pakej A mengandungi Alfalfa
Berfungsi sebagai Milk Booster


Alfalfa merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu tapi ada juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.

Pakej B mengandungi Alfalfa dan ESP
Berfungsi sebagai Milk Booster dan penambah tenaga


Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Pakej C mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex
Berfungsi sebagai Milk Booster & Supplement Lengkap


Vita Lea dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain Vita Lea telah dilengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

Vita C sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

B Complex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik) Dengan kurangnya stress dan mood sentiasa happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Pakej D mengandungi Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap & Kalsium

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia membantu membanyakkan susu secara tidak langsung. Jika anda perasan, ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan. Jika anda mengalami masalah ini pengambilan set ini amat digalakkan.

Pakej E mengandungi ESP, Alfalfa, Vita Lea, Vita C, B Complex & OsteMatrix 
Berfungsi sebagai Milk Booster, Supplement Lengkap, Kalsium & Penambah Tenaga
Pakej E merupakan pakej yang merangkumi Pakej A hingga Pakej D.


Tips Tambahan Sekiranya Mengambil Set Penyusuan SHAKLEE 

1.  Kerap kosongkan breast dengan pam paling kurang tiap 2 atau 3jam bila anak tiada di sisi.Direct feeding dengan anak sekerap mungkin.Sebab penyusuan ibu adalah supply versus demand. Makin kerap kita pam susu untuk kosongkan breast, makin banyak susu akan dihasilkan.
2. Rajinkan diri untuk buat power pumping. Selama 1 jam di antara 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

3.  Minum air 3 liter sehari. Pengambilan vitamin akan memekatkan darah kita.  Dengan pengambilan air 3 liter sehari dapat melancarkan peredaran darah.  

4.  Sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar niat untuk menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun dipermudahkan.  Berdoa agar ALLAH SWT memperbanyakkan susu kita.

5.  Elakkan minum minuman yang berkafein dan berais.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan SHAKLEE
Boleh hubungi Lynn di talian 013-7660226
(ID SHAKLEE : 914534)

Love Your Self

Assalamualaikum Hi korang... Pagi semua✌ Hari ni Lynn ternampak satu post di Facebook... Ada lagi ke yang melayan Facebook sekarang ni? Lynn...