December 11, 2010

Ke Mana Jer Korang Hari Nie?

Morning semua...
Sihat ker korang sekeluarga hari nie?
Seronok kan hari nie...
Tak payah nak terkejar-kejar ke tempat kerja...
Al maklumlah hari cuti...
Hehehehehehe...
Tapi Lynn pasti ada juga di antara kita yang bekerja...
Di sektor swasta dah tentu kerja half day hari nie...
Betul tak?
Jadi untuk mereka yang bekerja tu...
Rajin-rajin la bekerja yer...
Dan untuk mereka yang bercuti macam Lynn nie...
Ke mana jer korang hari nie?
Apa aktiviti yang korang buat yer?
Masak-masak, makan-makan, jalan-jalan...
Kitorang sekeluarga masih tak decide nak buat apa hari nie...
Ada gak jemputan kawen kat Senai...
Tapi tengok la nanti...
Kalau mood okey pergi la kut...
Huhuhuhuhu...

December 10, 2010

Nak Komen Tapi Tak Boleh

Huhuhuhuhu...
Lynn tak pasti la plak apa masalahnya...
Tapi sejak Lynn guna comment box dari Intense Debate nie...
Ramai yang mengadu tak leh nak komen...
Ada masanya diorang akan tulis kat shoutbox Lynn...
Yang kotak komen tu langsung x appear...
Huhuhuhuhu...
Lynn sendiri tak tahu apesal...
Erm, apa pendapat korang?
Rasa-rasanya perlu tak Lynn buang comment box Intense Debate nie...
Dan gantikan dengan kotak komen yang biasa jer...
Kesian plak tengok kawan-kawan blogger yang nak komen...
Tapi tak dapat-dapat nak komen...
Huhuhuhuhu...

Fully Breastfeed For My Next Baby

Salam pagi Jumaat...Sedar tak sedar hari nie dah pun hari Jumaat...Sekejap jer masa berlalu kan...Dan tinggal beberapa hari jer lagi nak masuk ke tahun baru 2011...Macam tak percaya jer dah pun hujung tahun...

Hari nie Lynn nak share dengan korang azam tahun baru 2011 Lynn...Huhuhuhuhu...Belum pun masuk tahun baru dah pun pasang azam...Apa kes? Sebenarnya azam yang nie dah kena start buat dari sekarang nie...Itupun kalau nak berjaya la...Sebenarnya semuanya tentang tajuk entry Lynn kali nie...Sebelum mengandungkan anak kedua nie Lynn dah pun mengutarakan pada Mr. Hubby kalau ada rezeki untuk preggy Lynn nak fully breastfeed anak sehingga umur 2 tahun...Mr. Hubby dah tentu la suka dan berikan sokongan padu pada wifey dia nie...

Dari pembacaan Lynn di blog AYU, Lynn dapati banyak sangat perkara yang Lynn perlu tahu dengan lebih mendalam lagi tentang breasfeed nie...Tapi hari nie Lynn nak share sket dengan korang panduan untuk para ibu yang nak breastfeed baby nie...

SEMASA MENGANDUNG

1) Berdoa dan sentiasa berniat untuk menyusukan bayi sehinggalah 2 tahun (sambil tu boleh usap2 perut).  Berniat juga dapat menyusukan bayi secepat yang boleh.  Sekurang-kurangnya sejam selepas kelahirannya.  Menyusu terus selepas kelahiran boleh mengurangkan risiko jaundis dan makin cepat stimulation ke atas breast yang dapat dilakukan.

2)Melakukan pemeriksaan payudara semasa mengandung. (Selalunya di Klinik Kesihatan akan melakukan pemeriksaan tersebut).  Ini bagi mengetahui ibu mempunyai puting payudara yang normal atau inverted (tenggelam).  Sekiranya hendak melakukan sendiri, boleh tarik puting dan melihat tenggelam atau tidak.

3)Mencuci dan membersihkan kotoran di puting payu dara.  Dengan menggunakan air biasa atau air suam (Jangan guna sabun)

4) Menghadiri kelas atenatal yang mengandungi Kursus Penyusuan Susu Ibu ataupun lebih baik menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu samada dengan pihak swasta atau kerajaan.  Rasanya di Hospital Rakan Bayi memang ada dijalankan kursus tersebut.

5) Kalau boleh cari Hospital rakan Bayi untuk melahirkan bayi.  Sekiranya hendak di hospital biasa inform awal semasa check up lagi yang kita hendak fully breastfeed.  Bagitahu juga hendak menyusu sejurus selepas kelahiran atau sekurang-kurangnya sejam selepas kelahiran kerana bagi merangsang susu yang akan dihasilkan

6) Cari pam yang bersesuaian dengan skop kerja kita dan harga yang berpatutan.  Skop kerja adakah kerja kita memerlukan selalu out station atau di ofis sahaja.  Adakah bos jenis memahami?

Kalau boleh cari yang kualiti, senang untuk hantar servis, dan senang untu dapat spare part. Cuma kita galakkan pengunaan double pumping yang membolehkan kedua-dua payudara dipam dengan serentak.Boleh search di www.susuibu.com/ www.momslitteones.com/ http://www.sarakids.com/ untuk mencari pam yang bersesuaian.Jenama2 seperti Avent, Spectra, Medela dan Ameda antara brand pam yang dah establish.

7) Semasa usia kandungan 9 bulan, sudah boleh express susu untuk stimulatekan susu ye
 
 SELEPAS KELAHIRAN

1) Selepas kelahiran hanya bagi susu ibu sahaja.  Di awal-awal kelahiran memang susu sedikit sebab hanya mengandungi kolostrum sahaja.

2)Bila susu dah establish seperti after 2 weeks atau sebulan boleh start mengepam untuk buat stok susu.

SELEPAS BEKERJA 

1) Sentiasa konsisten mengepam susu di pejabat. Sekurang-kurangnya 3 kali sessi untuk 9 jam bekerja. Contohnya jam 10.00 pagi (sessi 1), 1.00 tengahari (sessi 2) dan 4.30 petang (sessi 3). Sebaik-baiknya masa yang pam kena sama .

2) Semasa balik dari rumah, amalkan direct feed kepada baby, yang kita pam susu masa kerja untuk stok keesokan hari. Stok yang dalam pantang pun digunakan juga. Boleh try buat First In dan First Out. Maybe boleh letak 2 botol frozen dan 4 botol fresh.Kita galakkan bagi yang fresh kerana yang frozen ada kekurangan nutrient sikit tapi still berkhasiat daripada Formula Milk.

3) Makan makanan yang berkhasiat di dalam pantang dan jangan stress. Happykan diri dan selawat serta doa banyak2 . Kadang-kadang baby menangis bukan nak tak cukup susu. Cuma dia nak pelukan daripada kita.

Ha...Yang italic tu semuanya Lynn copy dari blog AYU...Memang dah dapat izin pun dari dia...Jadi untuk memastikan Lynn dapat fully breasfeed baby dalam kandungan Lynn nie, Lynn dah mula berdoa dan berniat untuk menyusukan baby sehingga usia baby 2 tahun...Lynn mohon sangat agar doa Lynn nie dimakbulkan ALLAH S.W.T dan segala urusan ketika mengandungkan dan melahirkan anak di dalam kandungan ini dipermudahkan...

December 9, 2010

Teluk Gorek Beach Resort

Next week Lynn ada kursus kat Teluk Gorek Beach Resort nie...
Khamis hingga Jumaat depan...
Check in hari Khamis check out hari Jumaat...
Satu malam jer...
Ada tak di antara korang yang tahu kat mana tempat nie?
Dan ada tak di antara korang yang pernah stay kat sini...
Tempat nie okey tak?

Menurut salah satu blog tempat nie menarik...
Korang cuba klik TELUK GOREK nie...
Korang tengok sendiri...
LPP Johor nie pernah gak buat meeting kat sini...
Tapi Lynn tak attend waktu tu sebab Qistina demam...

Kebetulan pergi kursus kali nie waktu Lynn preggy...
Dah tu Mr. Hubby dan Qistina x ikut plak tu...
Erm, macam mana la keadaanya nanti ek...
Hope sangat semuanya okey la yer...

Auto Blogwalking

Morning semua...Sihat ker korang hari nie? Hari nie Lynn sekeluarga sihat-sihat sokmo...Syukur alhamdulillah...Lynn doakan kawan-kawan blogger dan keluarga pun sihat-sihat juga...Pagi nie Lynn nak share sket pendapat Lynn dengan korang tentang Auto Blogwalking nie...

Sejak akhir-akhir nie Lynn perhatikan ada beberapa blogger yang berkunjung ke blog Lynn nie menggunakan kaedah auto blogwalking...Kenapa Lynn yakin sangat diorang nie menggunakan kaedah tu? Sebab setiap hari pagi dan petang sure ada jer nama diorang tertera kat shoutbox Lynn tu...Lynn tak pasti la diorang gunakan software apa untuk melakukan aktiviti auto blogwalking nie...Bagi Lynn mungkin ini adalah cara yang senang dan mudah untuk diorang tingkat traffic kat blog diorang...

Tapi untuk blogger yang macam Lynn nie yang suka sangat berkunjung ke blog kawan-kawan dan follower dah tentu la rasa macam unfair jer...Diorang tu mungkin x baca apa pun entry kat blog kita nie...Entah-entah tak kenal pun saper tuan punya blog dan isi cerita dalam blog tu...Huhuhuhuhu...Sedih betul kan...Diorang just datang tinggalkan komen kat shout box jer...

Lynn lebih prefer untuk melakukan blogwalking secara manual...Pergi ke dashboard dan baca setiap entry di blog yang Lynn follow dan komen...Dan Lynn juga suka sangat kalau kawan-kawan blogger datang berkunjung ke blog nie baca entry Lynn dan tinggalkan komen...Lynn kalau boleh nak kita sesama blogger jadi lebih mesra dan mengenali di antara satu sama lain...

Jadi apa pula pendapat korang tentang kaedah auto blogwalking nie?  Jom kita share sket kat sini...Owh yer...Pagi nie ada mesyuarat kesatuan KETADBIR...Jadi Lynn nak kena gie attend meeting nie...Take care yer semua...

December 8, 2010

Model Kecil Nak Beraksi

Hehehehehe...Boleh tak tajuk entry macam tu...Ikut suka tuan punya blog la kan...Petang nie Lynn nak share dengan korang beberapa pics yang Lynn tak tepek hari Isnin lepas...Semuanya diambil waktu majlis kenduri di kampung Ahad lepas...Gambar-gambar nie adalah gambar insan-insan kecik yang bertakhta (betul ker ejaan tu) dalam diri Lynn sejak mereka lahir hingga la kini...Yang banyak dah tentu la gambar si comey Danial Mikail...Hehehehe...

 Inilah dia Danial Mikail...Comey tak? Mikail nie anak kepada sepupu Lynn, Abang Long Faizal...Anak kedua dia yang baru jer lahir 30 Jun 2010 yang lepas...Birthday dia sama dengan due date baby Lynn yang bakal lahir next year...

 Why are you staring at me ha? Hehehehehehe...Fokus jer dia bila Lynn amek gambar dia...

Mikail duk perhatikan Qistina yang tengah syok makan gula-gula...Mr. Hubby memang suka tengok Mikail nie...Pegang dia macam pegang baby berusia nak dekat setahun...Mantap betul la badan Mikail nie...

 My name is Kasih Qaisara...Anak sulung kepada Abang Long Faizal...Rambut dia kerinting semula jadi dan sama gak perangai dengan Qistina tak nak ikat rambut...Alahai...

 Qaisara with Qistina...Double Q beraksi...

 Qistina, Adibah, Qaisara & Raziq...Raziq dan Adibah nie pangkat uncle dan auntie kepada Qistina dan Qaisara...Waktu nie Danish tak sampai lagi jadi Raziq berkawan dengan diorang jer...Hehehehe...

 Qaisara with baju red riding hood dia...Baju tu Mak Lang Lynn baru jer belikan untuk dia...So cute bila tengok dia pakai baju tu...

Danish berposing mesra dengan Qistina...Diorang berdua memang rapat sejak lahir lagi...Membesar sama-sama...Sejak Qistina dah school nie Lynn dan Mr. Hubby akan bawa Qistina ke rumah Mak Tih every week untuk berjumpa dengan Danish...

 Tersesat plak model besar kat dalam gambar nie...Hehehehehe...Diorang nie memang pantang tengok orang nak bergambar...Asyik nak menyelit jer...

  Me again...Hehehehehe...Auntie n unlce yang lain jangan la boring yer tengok gambar Mikail...Mama Lynn nie suka betul la amek gambar Mikail...Mikail pun redha jer la...

 Huhuhuhuhu...Muka tension jer Mikail...Sabar jer la yer Mikail...Lepas nie dah tak potong jambul lagi dah...

Okey...Itu la dia insan-insan kecil yang Lynn sayang...Doa Lynn agar mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat kepada ALLAH S.W.T, kedua ibu bapa dan keluarga...Kalau boleh Lynn nak Qistina sentiasa close dengan diorang semua seperti mana Lynn close dan rapat dengan semua sepupu-sepupu Lynn...Insyaallah...

Tentang Kehamilan

Salam pagi Rabu untuk semua yang membaca blog nie...Sepanjang minggu nie sehingga Isnin depan Lynn kurang sket kerja disebabkan Mr. Boss bercuti dan saat ini sedang bergembira sakan di Bali, Indonesia...Jadi adalah masa untuk Lynn berjalan-jalan ke blog kawan-kawan semua...Memang syok habis la...Hehehehehehehe...

Entry kali nie Lynn nak share sket dengan korang apa yang Lynn rasa sepanjang kehamilan Lynn sehingga kini...Untuk pengetahuan korang esok usia kandungan Lynn dah masuk 11 minggu...Kalau nak dikirakan tinggal seminggu jer lagi nak masuk ke trimester ke2...Ada diantara mereka yang preggy dah selesai pun morning sickness bila masuk timester ke2 nie...Tapi untuk diri Lynn tak pasti la pula bila morning sickness nie akan berakhir...Huhuhuhuh...Lynn memang arr selalu berdoa agar morning sickness nie berkurangan...Tak sanggup rasanya asyik termuntah-muntah jer...

Lynn teringin sangat nak menikmati juadah dan makanan dengan lebih berselera...Sebab sejak dapat tahu preggy hingga kini apa sahaja yang Lynn makan pasti akan terkeluar semula...Huhuhuhuhu...Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak makan apa atau takut nak makan tau...Tapi Mr. Hubby suruh juga Lynn makan sebab tak nak tengok Lynn melepek jer nanti...Jadi nak tak nak kena la kuatkan semangat dan makan jer...

Kalau korang nak tahu Lynn sejak mengandung nie teringin sangat bila balik jer kerja dah ada orang siapkan makanan untuk dimakan...Maksudnya ada orang masakkan untuk Lynn dan keluarga...Huhuhuhuhu...Sabar jer la...Rasa malas dan letih sangat nak memasak tau bila balik kerja...Kadang-kadang tu Mr. Hubby tapau jer kat luar...Tapi tak kan la setiap hari nak makan makanan luar jer...

Mr. Hubby agaknya dah banyak bersabar tengok karenah Lynn mengandung kali nie...Dulu waktu mengandungkan Qistina tak plak muntah-muntah macam nie dan berselera jer makan...Sampaikan kg naik melampau-lampau tau...Tak payah fikir nak makan apa? Pergi jer mana-mana sure nafsu untuk makan tu sentiasa ada...Baik di awal kehamilan atau dah nak bersalin tu...Memang sentiasa berselera...

Tapi kali nie semua tu x ada...Memang lain betul la...Ada yang cakap maybe Lynn mengandungkan anak lelaki...Ibu Lynn pun cakap macam tu juga...Tapi Lynn dan Mr. Hubby tak kisah la dapat anak lelaki atau perempuan...Yang penting biarlah anak yang bakal lahir nanti sihat sempurna dari segi fizikal dan mentalnya...Tapi kalau dapat anak lelaki pun syok juga sebab dah sepasang...Hehehehehe...

Erm, okey la...Lynn nak kena sarapan nie...Pesan meehoon soto jer tadi ngan kawan sepejabat...Hope sangat meehon soto nie boleh mebuka selera makan Lynn la yer...Insyaallah Lynn akan berkunjung ke blog kawan-kawan semua yer...Dan tinggalkan komen untuk entry-entry kamu semua...Nantikan kehadiran Lynn yer...Hehehehehe...Take care semua...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...