Showing posts with label Penyakit Kuning. Show all posts
Showing posts with label Penyakit Kuning. Show all posts

June 20, 2011

...Syukur...

Quick update dari Lynn petang nie...Tadi Mr. Hubby amek Lynn dan Qaleesya kat rumah...Kitorang ke klinik untuk check up kuning Qaleesya...Syukur alhamdulillah result kuning Qaleesya hari nie dah jatuh 8.3...Lepas nie dah tak payah nak gie klinik dan check darah lagi dah...Mudah-mudahan Qaleesya makin sihat la yer...

Okey la...Tak leh lama-lama nie...Nanti update lagi yer...Take care semua...

Petang Nie Chech Up Kuning Qaleesya

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger...Hari nie merupakan hari ke15 kelahiran Qaleesya...Sekejap jer masa berlalu...Nanti sedar tak sedar dah pun habis berpantang...Hehehehe...

Petang nie sebenarnya Lynn dan Mr. Hubby akan bawa Qaleesya ke Klinik Kesihatan Taman Sri Orked...Result darah Qaleesya Jumaat lepas 10.8...Tu yang kena return balik ke klinik untuk ujian darah lagi...Mudah-mudahan result hari nie turun bawah 10.0 la yer...Kesian tengok Qaleesya kena amek darah jer...

Syukur alhamdulillah, Lynn dan Qaleesya ditemani mak mertua di JB nie...Mak mertua Lynn datang dari Jumaat lepas...Insyaallah akan stay seminggu dua kat JB nie...Dan syukur alhamdulillah juga Lynn dah rasa badan Lynn kuat sket...Cuma kalau batuk dan bersin tu Lynn akan rasa sakit kat bahagian yang di operate tu...Memang ngilu giler...Huhuhuhu...

Mr. Hubby pun banyak membantu sewaktu Lynn berpantang nie...Hari nie baru la Mr. Hubby mula bekerja setelah bercuti 2 minggu...Sure busy sakan Mr. Hubby hari nie...Hope semua kerja-kerja Mr. Hubby dapat diuruskan dengan sempurna la yer...

Sejak dah ada Qaleesya nie, Qistina dah liat sket nak bangun pagi dan pergi school...Mungkin sebab dia tengok Lynn dan Qaleesya ada kat rumah...Tu yang dia tak nak ke school...Tapi Lynn dan Mr. Hubby pujuk juga dia elok2 suruh gie school...Walaupun baru 4 tahun usianya tapi kitorang tak nak dia ketinggalan...Kalau dia gie school at least dia dapat something new to learn...Betul tak?

Okey la...Nanti ada masa Lynn update lagi...Korang doakan la kuning Qaleesya beransur pulih yer...Semoga dia makin sihat...Insyaallah...

June 18, 2011

Presenting Nur Qaleesya Arissa

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie dah pun masuk hari ke13 kelahiran puteri kedua Lynn dan Mr. Hubby, Nur Qaleesya Arissa...Dan baru la hari nie Lynn berkesempatan nak upload kan gambar puteri kami kat blog nie...Sorry la banyak-banyak kat kawan-kawan blogger yang menunggu nak tgk gambar baby Qaleesya nie...

Okey la...Korang tengok jer la gambar-gambar yang ada nie yer...





 Dilahirkan pada 6 Jun 2011 jam 12.44 tengahari...Secara operation dan awal 24 hari dari tarikh due 30 Jun 2011...Syukur Alhamdulillah segalanya okey dan citer lanjut pasal melahirkan baby Qaleesya akan Lynn updatekan kemudian yer...


Last but not least...Gambar mama Lynn yang tgh berpantang dengan Nur Qistina Farzana, yang sungguh-sungguh manja sebab nak perhatian penuh dari Mama dan Papa dia...Kes jealous dengan baby Qaleesya la nie...Heheheheh...

Okeylah...Lynn nak susukan Qaleesya nie...Kena kejutkan dia every hour supaya dia banyak menyusu dan pee pee...Mudah-mudahan kuning dia akan beransur hilang la yer...Insyaallah...

June 17, 2011

Result Kuning Hari Nie

Assalamualaikum semua...Pagi tadi Lynn dan Mr. Hubby bawa Qaleesya ke klinik lagi...Hari nie merupakan hari ke 9 Qaleesya kena kuning...Dan result kuning Qaleesya hari nie turun 10.8 jer...Sket jer penurunan berbanding semalam...Walaupun sedikit Lynn dan Mr. Hubby tetap bersyukur kepada Allah S.W.T...Dan harapan Lynn dan Mr. Hubby agar keputusan kuning Qaleesya akan turun bawah 10.0 waktu check up Isnin nie...

Setakat nie Lynn memang berusaha bagi susu sama ada direct feeding atau pun menggunakan botol susu setiap jam kepada Qaleesya...Selain tu Mr. Hubby perah anggur hijau dan airnya kami suapkan ke mulut Qaleesya...Memang kitorang berdua berusaha untuk turunkan tahap kuning di badan Qaleesya...


Ramai juga kawan-kawan blogger yang bagi cadangan untuk reducekan kuning Qaleesya...Antaranya bagi minum susu kambing, sengkuang cina dan mandikan dengan ubat sen sei...Thanks a lot la kat korang semua sebab banyak bagi sokongan pada Lynn...Mudah-mudahan dengan usaha dan berkat doa daripada semua anak kesayangan Lynn, Nur Qaleesya Arissa akan sihat dan bebas dari Kuning...Insyaallah...

June 16, 2011

Penyakit Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...Apa khabar semuanya?  Hari nie baru la Lynn berkesempatan nak update sket citer tentang kami sekeluarga...Sebabnya baru jer pagi tadi Mr. Hubby register P1 broadband untuk kegunaan Lynn...Mr. Hubby tahu yang Lynn nie tak boleh kalau tak surf internet lama-lama...Itu yang dia gie dapatkan P1 broadband untuk Lynn...Tq so much yer Mr. Hubby...

Lynn sebenarnya nak maklumkan pada korang semua yang anak kedua Lynn, Nur Qaleesya Arissa sekarang tengah mengalami Penyakit Kuning @ Jaundice...Hari nie dah masuk hari ke 7 Qaleesya mengalami penyakit nie...Bermula pada hari keempat kelahirannya Lynn dan Mr. Hubby dah berulang ke klinik untuk pemeriksaan darah...Update darah Qaleesya dari hari ke empat hingga ke hari nie seperti kat bawah nie...

9 April (Hari ke4) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 13.2 
10 April (Hari ke5) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 13.0 
11 April (Hari ke6) Klinik Kesihatan Johor Bahru  - 13.2
12 April (Hari ke7) Wad A3 Hospital Sultanah Aminah - 16.49 
13 April (Hari ke8) Wad A2 Hospital Sultanah Aminah - 13.6
14 April (Hari ke9) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 10.9
15 April (Hari ke10) - Tiada pemeriksaan darah
16 April (Hari ke11) Klinik Kesihatan Taman Sri Orked - 11.1

Macam tu la keputusan darah Qaleesya sejak hari ke4 kelahirannya...Dan daripada perhatian Lynn dan Mr. Hubby dah tak nampak sangat kuning kat kulit dan mata Qaleesya...Tapi pemeriksaan pagi tadi boleh naik plak daripada pemeriksaan hari Selasa lepas...Huhuhuhuhu...Risaunya Lynn...Dah la pada hari je 7 dan ke 8 hari tu Qaleesya dah kena tahan kat wad...Satu malam dekat wad A2 Hospital Sultanah Aminah membuatkan Lynn nie tak senang duduk...Mendodoi-dodoi Lynn menangis bila dapat tahu Qaleesya kena tahan wad...Sedih sangat...Nasib baik la cuma satu malam jer...

Esok pagi ada check up lagi...Harap-harap la keputusan darah Qaleesya akan turun bawah 10.0...Tadi pagi nurse dah suruh bagi susu formula jer kat Qaleesya supaya kuning tu cepat kuar dari badan dia...Tergamam Lynn dan Mr. Hubby dengar sebab Lynn memang fully breastfeed Qaleesya sejak dia lahir...Waktu kena tahan kat wad tempoh hari pun kitorang hantar EBM kat wad untuk Qaleesya minum...Sekarang nie senang2 jer nurse nak suruh bagi susu formula...Huhuhuhu...

Lynn memang tak makan jamu sejak melahirkan Qaleesya...Pati Ikan Haruan dan Gamat Healin pun Lynn tak makan dulu tapi kuning dia tetap juga tak habis...Ada sorang nurse tu cakap selagi tak cukup 14 hari baby memang ada potensi untuk alami penyakit nie...Lebih2 lagi bila jenis darah Lynn O+...Memang arr payah sket nak hilang panyakit nie...Selain dari tu Lynn dah usaha juga mandikan Qaleesya dengan daun belimbing buluh dan ubat dari kedai ubat sen sei...Tapi kuningnya tetap ada...Huhuhuh...

Nak buat macam mana lagi yer...Risau betul Lynn dan Mr. Hubby mengenangkan hal nie...Kitorang memang benar-benar mengharap agar penyakit kuning yang dialami Qaleesya nie beransur pulih...Mudah-mudahan keputusan darah Qalessya esok pagi 10.0 ke bawah la yer...Kesian tengok Qaleesya kena amek darah every day...Dah la kaki dia comey jer...Huhuhuhuh...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...