June 20, 2011

Petang Nie Chech Up Kuning Qaleesya

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua kawan-kawan blogger...Hari nie merupakan hari ke15 kelahiran Qaleesya...Sekejap jer masa berlalu...Nanti sedar tak sedar dah pun habis berpantang...Hehehehe...

Petang nie sebenarnya Lynn dan Mr. Hubby akan bawa Qaleesya ke Klinik Kesihatan Taman Sri Orked...Result darah Qaleesya Jumaat lepas 10.8...Tu yang kena return balik ke klinik untuk ujian darah lagi...Mudah-mudahan result hari nie turun bawah 10.0 la yer...Kesian tengok Qaleesya kena amek darah jer...

Syukur alhamdulillah, Lynn dan Qaleesya ditemani mak mertua di JB nie...Mak mertua Lynn datang dari Jumaat lepas...Insyaallah akan stay seminggu dua kat JB nie...Dan syukur alhamdulillah juga Lynn dah rasa badan Lynn kuat sket...Cuma kalau batuk dan bersin tu Lynn akan rasa sakit kat bahagian yang di operate tu...Memang ngilu giler...Huhuhuhu...

Mr. Hubby pun banyak membantu sewaktu Lynn berpantang nie...Hari nie baru la Mr. Hubby mula bekerja setelah bercuti 2 minggu...Sure busy sakan Mr. Hubby hari nie...Hope semua kerja-kerja Mr. Hubby dapat diuruskan dengan sempurna la yer...

Sejak dah ada Qaleesya nie, Qistina dah liat sket nak bangun pagi dan pergi school...Mungkin sebab dia tengok Lynn dan Qaleesya ada kat rumah...Tu yang dia tak nak ke school...Tapi Lynn dan Mr. Hubby pujuk juga dia elok2 suruh gie school...Walaupun baru 4 tahun usianya tapi kitorang tak nak dia ketinggalan...Kalau dia gie school at least dia dapat something new to learn...Betul tak?

Okey la...Nanti ada masa Lynn update lagi...Korang doakan la kuning Qaleesya beransur pulih yer...Semoga dia makin sihat...Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...