Showing posts with label Meal Shake SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label Meal Shake SHAKLEE. Show all posts

April 12, 2015

Cheesekut Oreo Mealshake

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah...Akhirnya terlaksana juga rancangan nak buat Cheesekut Oreo Mealshake untuk Mr Hubby dan anak-anak syurgaku...Hari Jumaat baru nie memang hari memasak untuk saya...Dari celik mata sampai la ke petang...Asyik memasak jer la kerja saya...Hihihihih...

Meh kita up sket gambar Cheesekut Oreo Mealshake saya...First time buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa...Sebelum nie buat berdua dengan adik saya...Tapi kali ni buat sendiri jer...Leh buat selalu sebab Mr Hubby dan anak anak syurga suka makan...


Ni la rupa Cheesekut Oreo Mealshake saya...Memang buat dalam bekas kecik...Tapi tak ler kecik sangat pun...Tujuan buat gitu sebab nak bagi office mate rasa...Mana la tahu dapat order lepas nie...Kalau ikutkan Mr Hubby memang boleh untuk dijual...Tapi ada ke yang nak order?  Hehehehehe...

Meh kita share resepi Cheesekut Oreo Mealshake kat sini yer...

Bahan-Bahan

500gram Cream Cheese Tatura
3 sudu besar Mealshake Shaklee
1/2 tin susu F&N
3 sudu besar susu Chocolate Dairy Milk
Biskut Hup Seng 
Biskut Oreo

Sorry tak der gambar bahan-bahan nak tepek kat dalam nie...Semua bahan bahan ni simple jer..Korang leh dapat kat kedai runcit...Cuma yang Mealshake tu jer korang kena beli dengan saya atau pengedar Shaklee berdekatan anda...Hihihihi...

Kenapa saya guna Mealshake? Nanti saya bagi tahu kenapa saya guna Mealshake yer...Teruskan membaca...

Cara Membuat Adunan

1.  Putar Cream Cheese Tatura dengan kelajuan sederhana
2. Campurkan 3 sudu besar Mealshake Shaklee, sambung putar
3. Masukkan 1/2 tin susu F&N
4.  Masukkan 3 sudu besar susu Chocolate Dairy Milk
5.  Putar sehingga sebati

Cara Melayer Cheesekut Oreo Mealshake

1.  Patah-patahkan Biskut Oreo menjadi kepingan yang kecil...(Cream putih kat tengah tu jangan korang campurkan sekali...Kita just nak guna biskut tu jer...)
2.  Sediakan bekas untuk Susu Chocolate Dairy Milk...
3.  Celup Biskut Hup Seng ke dalam bekas susu...Celup sekejap jer yer...Dan kemudian susun kat dalam bekas jernih yang macam bekas tau fu fa tu...
5. Layerkan dengan bahan adunan...
6. Tabur kepingan Biskut Oreo di atas bahan adunan...
7. Layerkan dengan bahan adunan...
8. Celup Biskut Hup Seng dan susun di atas bahan adunan...

Ulang sehingga bekas tu dah nak penuh...

Bila dah siap korang taburkan kepingan Biskut Oreo kat atas sekali...Tak pun korang boleh juga taburkan chocolate rice atau chocolate chip...Tengok ler apa yang korang berkenan...

Dah siap deco korang tutup bekas tu dan masukkan ke dalam peti ais...Kat bahagian bawah jer tau...Jangan masuk kat tempat sejuk beku plak...Sejukkan selama 5 jam sekurang-kurangnya...Dan bila dah lepas 5 jam tu, korang boleh ler amek sudu dan makan Cheesekut Oreo Mealshake tu...Hihihihi...

Kenapa guna Mealshake Shaklee?

Resepi asal sebenarnya menggunakan 3/4 tin susu F&N...Tapi saya memang tak mau manis manis sangat dalam dessert saya nie...Jadi saya tukarkan menjadi 1/2 tin susu F&N dan add on 3 sudu besar Mealshake Shaklee ke dalam adunan...Mealshake Shaklee ni berbau vanilla dan sangat harum sekali...Menaikkan selera untuk makan Cheesekut Oreo Mealshake nie...



Khasiat dalam Mealshake nie memang banyak...Jadi bila campurkan dalam resepi Cheesekut Oreo Mealshake memang lagi meletop arr...No wonder anak-anak syurgaku suka makan...

Jom rajinkan diri buat Cheesekut Oreo Mealshake untuk keluarga korang...Tak susah pun nak buat...Sesenang ABC...Jadi jangan malas mencuba yer...Take care semua...

Untuk tempahan Supplement Shaklee
Hubungi Lynn Huraiza
0137660226

 

May 29, 2014

Fokus! Fokus! Fokus!

Adoooiii la
Hari nie nak balik Rawang
Tak dak mood nak buat kerja la nie
Hihihihi
Asal nak balik rumah parents jer mesti jadi macam gini kan
Tapi kerja berlambak plak nie
Camno?

Fokus Lynn
Fokus pada kerja-kerja yang ada
Sebelum balik kul 3.30 petang nie mesti dah siapkan semua kerja
Tak boleh tidak sebab Sabtu dan Ahad nie kursus kat Bangi
Isnin baru naik kerja
Dah tu Selasa dah gerak balik ke KL
Sebab Rabu ada exam kat Universiti Malaya
 


 Haaaa
Tepek sket untuk pengetahuan korang semua
Meal Shake bukan untuk kanak-kanak jer tau
Meal Shake untuk semua peringkat umur

Harga pasaran RM113.75
Harga ahli RM91.00

Nak dapat harga ahli jom register jadi member
RM75.00 jer seumur hidup
Berbaloi sangat

May 4, 2014

Nak Tambah Selera Makan

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, Powerpuff Girls saya memang berselera bila bab makan nie...Hihihihi...Agaknya sebab saya dan Mr. Hubby sama-sama pemakan...Pemakan yer...Bukan Pemangsa...Kuikuikui...Dan untuk pengetahuan semua, time pregnant memang saya tak akan control makan saya...Sebab kata orang lama-lama kalau ibu time pregnant pemakan, insyaallah nanti bila anak lahir dan besar pun pemakan juga...Tak memilih...Hihihihi

Powerpuff Girls memang excited bila saya masak yang sup-sup...Sup Ayam...Sup Telur...Sup Kentang...Dan baru baru nie diorang selalu jer request makan Meehoon Sup...Jadi sebagai seorang SUPERMAMA...Walau penat macam mana sekalipun...Saya akan penuhi juga permintaan Powerpuff Girls saya nie...Mr. Hubby nak tak nak kena la menurut juga permintaan anak-anak...

Stok Fish Cake, Fish Ball, Sayur Sawi, Telur dan Meehoon memang sentiasa ada kat rumah...Sebab permintaan Powerpuff Girls nie memang tak leh dijangka...Dan saya sendiri pun rasa senang bila masak Meehon Sup nie...Tak sampai 45 minit dah siap...Tapi itu dengan bantuan Mr Hubby la juga...Sebab saya hanya boleh memasak dengan cepat bila Mr Hubby duk layankan anak-anak terutamanya Nur Qhasrina Zahra...



Haaaa...Ini lah rupanya Meehoon Sup saya yang so simple...Powerpuff Girls memang berselera jer bila makan Meehoon Sup nie...Biarpun simple tapi bila masak dengan hati yang ikhlas dan air tangan sendiri memang terpancar rasa kepuasan di hati saya...Syukur Alhamdulillah...ALLAH SWT bagi peluang untuk saya memasak untuk suami dan anak-anak...

Selain daripada memasak sendiri...Saya juga akan pastikan anak-anak kesayangan saya nie amek MEAL SHAKE SHAKLEE setiap hari...Tak kisah la pagi atau petang...

MEAL SHAKE SHAKLEE berfungsi untuk menambah selera anak-anak kecil...Selain tu MEAL SHAKE SHAKLEE juga membantu meredakan masalah ASTHMA, SELSEMA...


Untuk pengetahuan semua, MEAL SHAKE SHAKLEE bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja...Yang mengandung, yang nak naikkan berat badan, yang nak sihat pun boleh amek juga...



Ingin mencari supplement yang sesuai untuk diri anda? 
Ingin menjana pendapatan 4, 5 , 6 angka setiap bulan hanya duduk di rumah?
 
 
Hubungi saya untuk khidmat nasihat konsultansi percuma

Puan Lynn Huraiza 
Shaklee Independent Distributor : 914534 
lynnhamzah81@gmail.com
013-7660226
Anda mungkin juga meminati:

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...