February 11, 2026

1st Pacak 2026

 Assalamualaikum

Hi korang... Selamat petang... Hari ni berkesempatan nak update blog...

Setelah berbulan bulan tak pacak, syukur alhamdulillah Allah swt izinkan kami sekeluarga untuk spend 3 hari 2 malam menikmati keindahan alam semulajadi di Sekawan 4 Campsite, Gunung Pulai, Johor baru baru ni...


Setiap kali pergi camping mesti penuh kete... Macam nak pindah rumah... Habis semua yang ada kat rumah nak dibawa... Hahahaha... 

Perjalanan ke tapak campsite tak amek masa yang lama pun... Dalam 1 jam perjalanan dari rumah kitorang... 

Sampai di tapak campsite, terus fokus pasang khemah... Dah lama tak pergi camping, memang rasa teruja sangat sangat... Nak pasang khemah puas la bergaduh juga... Hahahaha... Ezal nak macam ni, yang Lynn nak macam ni... 


Ni bila dah siap set up meja makan... Tema kami memang selamanya Hitam dan Merah... Tapi kan, khemah kitorang ni coating dia macam dah tak ok la... 


Ha... Korang tengok la... Ada petanda nak kena beli khemah baru ke? 

Ni set up untuk meja masak pula... Camping kali ni kami bawa 2 dapur... Satu lagi dapur letak kat meja makan... 


Dah masak siap siap dari rumah sebab tak nak kelam kabut masa nak pasang khemah tu... Jadi settle jer pasang khemah dan flysheet, kitorang dah leh makan makan dengan tenang...


Diorang sampai sampai jer dah mandi sungai... Tu masing masing dah kelaparan... 


Ni menu untuk makan malam hari pertama... Masak Gulai Lemak Ayam jer malam tu... 


Rasa seronok sangat sebab dapat juga camping awal tahun 2026... In Sha Allah next camping lepas raya la ya... 


Tenang jer malam malam


Seawal pagi kedua dia dah masuk dalam sungai ya... Anak yang ni memang kegemaran dia pergi camping... Dari umur 1 tahun dah dedahkan dia dengan aktiviti camping ni... 


Menu lunch kami untuk hari kedua... Nasi impit dah rebus siap siap kat rumah... Tinggal nak buat Kuah Soto Ayam jer masa camping tu...


Kami pi mandi air terjun... Kena jalan kaki dalam 500 meter dari tapak campsite ke air terjun ni...

Ramai juga yang mandi kat air terjun hari tu


Ni menu dinner untuk malam kedua... Awal masak sebab malam nak bakar bakar pula...

Tak yah susah susah nak bakar atas arang... Kita bakar atas pan jer... Guna dapur gas... Hahahaha


Bulan terang 2 malam kami kat campsite... Dapat la tengok bintang

Next nak pacak kat mana? Ada ke geng blogger yang suka camping juga macam kami? 

14 comments:

Roziah @ Cie said...

Bestnya. Teringin nak camping. Macam seronok tengok orang pacak khemah sana sini.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kita salute betul la dengan geng pacak ni. Nak memacak khemah tu satu hal, dia siap masak² pulakkkk. Nak tanya, masa tinggalkan khemah dalam 500 meter tu, ok ke? Kot monyet pulak kang menumpang kat khemah tuannya sibuk mandi, hihi.

Warisan Petani said...

takde pengalaman lagi berkhemah ni

mama tisya said...

sronok tgk org share pi camping..tkpernh lg rasa...camping zaman sekolah pernah la

Puan Hazel said...

PH takat tumpang seronok tengok org memacak je .. keinginan ada, kesungguhan belum tiba ahak 😆

Suria Amanda said...

teringin nak camping tapi blom pernah cuba..nak berjinak- jinak tapi kena pujuk suami slow2 sebab dia jenis x suka aktiviti renyah2 ni..SA dan Dania suka...

Nieda Ramly said...

Seronoknya bercamping sekluarga sambil menikmati indahnya alam.

Lynn Huraiza said...

best tau... nanti cuba la ya

Lynn Huraiza said...

alhamdulillah tak ada monyet kat campsite... semua nya tenang tenang jer...

Lynn Huraiza said...

nanti boleh cuba ...

Lynn Huraiza said...

sama jer macam camping waktu sekolah... cuma sekarang ni lagi serobok sebab camping dengan family

Lynn Huraiza said...

cuba la dulu... mesti seronok...

Lynn Huraiza said...

nanti cuba ya

Lynn Huraiza said...

ya memang seronok...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...