October 20, 2014

Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum

Entry hari nie Kak Yong buat khas untuk ibu mengandung macam Kak Yong nie dan juga yang bakal mengandung...Jadi teruskan membaca entry nie dan jangan skip satu apa pun perkataan hokay...

Amalan Suami dan Isteri ketika Isteri Mengandung
  1. Sentiasa bertaubat dan beristigfar kepada ALLAH SWT
  2. Banyak berdoa kepada ALLAH SWT 
  3. Rajin puasa sunat (Suami digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat 
  5. Banyakkan berzikir 
  6. Banyakkan membaca Al Quran 
  7. Banyakkan baca buku ilmiah seperti Kisah Nabi, Kisah Para Sahabat 
  8. Berbual-bual dengan anak di dalam kandungan 
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman supaya dipermudahkan proses kelahiran 
  10. Tidak terlalu tertekan atau stress
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri 
  12. Makan makanan yang baik...Pastikan makanan dan bahan bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal 
  13. Jauhi dari sifat dendam dan dengki 
  14. Rajin mengukirkan senyuman 
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu 
 Perkara Yang Perlu Dielakkan oleh Suami dan Isteri Ketika Mengandung
  1. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik 
  2. Elakkan makan dan minum makanan yang haram dan daripada sumber yang haram 
  3. Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain lain 
  4. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsiingkan isteri
  5. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami 
  6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap ALLAH SWT 
  7. Jauhi pertuturan yang negatif 
  8. Jauhi membuka aurat 
  9. Jauhi amalan khurafat 
 Amalan Bacaan Surah Semasa Ibu Mengandung 
  1. Surah Al Fatihah (untuk terang hati dan kuat ingatan)
  2. Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak sabar dan taat)
  3. Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  4. Surah Yusuf (untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  5. Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat hati hati)
  6. Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  7. Surah At-Taubah (untuk membersihkan jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
  8. Surah Al-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisiplin)
Jom sama-sama amalkan...Moga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dan pelihara anak di dalam kandungan...Insyaallah...

Kredit : Mr Google

1 comment:

Anonymous said...

hrmmm rasanya mulut pun jangan longkang sangat dan jangan aibkan orang dihadapan orang ramai dan rezeki yer mak yong. Sila baiki diri sebelum tazkirah orang lain.

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...