January 26, 2012

Qaleesya & Qistina

Untuk pengetahuan korang semua 6 Febuari nie genap usia Qaleesya 8 bulan...Sekejap jer masa berlalu kan...Rasanya macam baru jer melalui rasa sakit lepas kena operation hari tu...Pejam celik pejam celik usia Qaleesya dah nak masuk setahun dah Jun nie...

Lynn dan Mr. Hubby perhatikan Qaleesya memang arr aktif sket berbanding Qistina...Berkat susu mama agaknya...Dulu Qistina hanya sempat minum susu mama selama 2 bulan jer...Lepas bagi susu formula terus dia x mau susu mama...Dan mungkin juga disebabkan dah mind set nak bagi susu formula...Tu yang anak pun tak nak minum susu mama...Tapi untuk Qaleesya pula, memang fully BF sehingga usia 6 bulan...Dan kini dah mula campur dengan susu formula...

Sehari Lynn cuma dapat produce susu lebih kurang 10 - 12 oz jer...Hanya sempat pam 2 kali jer sehari di office...Kat rumah memang x sempat nak pam langsung...Dan stok susu amat lah x banyak...Tak macam kawan-kawan di KIM...Seronok tengok diorang tayang gamabar susu 1 deep freezer kat KIM...Jealous pun ada sebab stok susu untuk Qaleesya tak banyak macam diorang...Huhuhuhu...

Walau sedikit macam mana pun susu yang Lynn dapat, Lynn tetap bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menyusukan Qaleesya sehingga kini...Bila di rumah memang Lynn akan sentiasa susukan Qaleesya mengikut permintaannya...Sehingga dia puas dan rasa seronok sangat bila dia dapat menyusu dengan Lynn...Mr. Hubby pun senang juga sebab dah tak payah nak bangun tengah malam buatkan susu anak...Hehehehe...

Qaleesya & Qistina pun agak rapat...Qistina akan sentiasa buat sesuatu yang menarik minat dan perhatian adiknya...Lebih-lebih lagi bila kami baru amek Qistina kat school...Qistina akan pastikan adik dia tergelak bila mereka bersama...Dan keletah anak-anak cukup menyenangkan Lynn & Mr. Hubby...Rasa penat yang ada hilang begitu sahaja...

Tahun nie juga merupakan tahun ketiga Qistina di Tadika Ixora Ria...Awal tahun nie dah nampak peningkatan Qistina dalam mengeja, membaca dan mengingat...Syukur alhamdulillah Qistina dah boleh mengeja beberapa suku kata dan perkataan yang simple seperti MAMA, PAPA, SUSU, BUKU dan beberapa perkataan lagi...Sebolehnya Lynn dan Mr. Hubby harapkan Qistina boleh membaca sebelum dia masuk Sekolah Rendah...Bukannya nak bagi tekanan kepada Qistina tapi kami tak nak dia ketinggalan...

Zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu...Masuk darjah 1 baru nak kenal huruf, nombor dan membaca...Semuanya nak kena advance...Sebagai parents kalau kami tak prepare semua nie dah tentu Qistina akan ketinggalan...Kesian nanti bila tengok anak-anak kita tak dapat mengikuti apa yang cikgu ajar di sekolah...Harapan Lynn mudah-mudahan segala yang kami berdua rancangkan untuk anak-anak akan dipermudahkan ALLAH S.W.T...

Meh layan gambar Qistina & Qaleesya...




Nie waktu di rumah MIL di Negeri 9...Qaleesya duk kacau Qistina tidur...Sudahnya Qistina bangun juga sebab dah boring kena kacau dengan Qaleesya...Hehehehe...Untuk pengetahuan korang semua, walaupun hari cuti Qistina & Qaleesya tetap akan bangun awal walaupun tidur lambat...Jangan harap la Mama & Papa nak bersenang lenang bangun lambat...


P/S : Apa cerita SBPA ek? On ke tidak? Baru berangan nak sambar something kalau dapat gaji baru SBPA nie...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...