January 3, 2012

Happy New Year

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog Lynn nie...Syukur alhamdulillah kita semua masih berpeluang untuk menarik nafas di tahun baru 2012 ini...Dah masuk 3 hari pun tahun baru nie bermula...Tapi hari nie la Lynn baru berpeluang untuk wish Happy New Year untuk korang semua...

Sebenarnya bukan x nak wish awal-awal...Tapi episod busy masih lagi tak habis-habis...Bermula dengan Hari Keluarga KSK LPP Johor di Melaka Wonderland pada 24 Disember bersambung pula dengan Majlis Makan Malam Pertukaran Pengarah pada 30 Disember 2011...Dan pada hari Jumaat nie ada satu lagi program besar yang perlu diambil berat...Program Sukan Tahunan yang mengambil masa 2 hari di Saujana Asahan, Melaka...

Namun begitu walau sesibuk mana pun urusan Lynn di pejabat, hal keluarga tetap diutamakan...Anak-anak kesayangan Lynn dan Mr. Hubby sihat walafiat dan kami sekeluarga sangat happy sekarang nie...Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke akhirnya...Dan nak dijadikan cerita disebabkan kesibukan yang melanda, pagi nie Lynn dah siapkan Qistina macam hari nie hari pertama persekolahan...Huhuhuhuhu...Tak pasal-pasal Qistina sorang jer yang pakai uniform gie Tadika Ixora Ria...

Nasib baik arr Qistina sporting habis...Tak menangis pun bila tengok kawan-kawan lain pakai baju biasa tapi dia dah excited pakai uniform...Dan disebabkan nak memberi tumpuan kepada persekolahan Qistina, maka hari esok Lynn akan bercuti...Nak hantar dia ke Tadika Ixora Ria seperti parents lain dan lepas tu nak gie bank lor...Nak gie tengok dividen ASB Lynn...Hehehehe...Rezeki masyuuuukkk lagi...Syukur alhamdulilah...

Owh yer...Pengarah baru dah mula lapor diri hari nie...Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar...Rasa excited nak bekerja di bawah kepimpinan beliau...Semoga semuanya okey la yer...Okeylah...Ada masa Lynn akan update lagi...Take care semua...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...