May 8, 2011

Happy Mothers Day

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie sempena Mothers Day, kitorang nak wish Happy Mothers Day untuk ibu yang berada di Rawang, Selangor dan mak yang berada di Jelebu, Negeri Sembilan...Mothers Day kali nie kitorang sekeluarga tak dapat nak balik ke kampung sebab keadaan diri yang tidak mengizinkan...Lagipun Lynn dah sarat sungguh dah nie...Dah nak masuk 33 minggu usia kandungan Lynn...

Sempena mothers day yang kali nie jatuh pada 8 Mei 2011, kitorang sekeluarga nak wish Happy Mothers Day for both Ibu dan Mak yang sangat-sangat kitorang sayangi...Jasa dan pengorbanan Ibu dan Mak sangat-sangat kitorang hargai sehingga ke akhir hayat nie...Tiada nilai dan harga yang dapat dibandingkan dengan kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua-dua insan yang sungguh istimewa nie...

Terima kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan kami dan membesarkan kami dengan sempurna...Semoga ALLAH S.W.T memanjangkan usia Ibu dan Mak dan sentiasa memberi rahmat kepada kamu berdua...Kami sekeluarga sayangkan Ibu dan Mak sepenuh jiwa dan raga kami...Semoga Ibu dan Mak sentiasa bahagia dan happy selamanya...

 Bergambar kenangan raya tahun lepas...Bersama Mak dan Ayah...

Bergambar kenangan juga pada raya tahun lepas...Bersama Ibu dan adik-adik...

Untuk kawan-kawan blogger yang bergelar ibu, Lynn pun nak amek kesempatan untuk wish Happy Mother Day untuk korang semua...Semoga kita semua dapat menjadi ibu dan sahabat yang terbaik untuk anak-anak kita yer...

- HAPPY MOTHERS DAY -

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...