May 24, 2011

Air Selusuh

Assalamualaikum untuk korang semua...Entry hari nie Lynn nak citer sket pasal Air Selusuh...Untuk preggy mommy macam Lynn nie dah tentu la salah satu persediaan yang perlu ada untuk bersalin nanti adalah Air Selusuh...Dulu waktu Qistina, Lynn memang ada minta Air Selusuh nie...Tapi bukan la Mr. Hubby yang buat...Ada sorang Mak Cik Lynn di Batu Pahat yang tolong buatkan...Dan Lynn dapat Air Selusuh tu sewal usia kandungan 34 minggu kut...

Waktu tu just nak standby jer dulu tapi entah macam mana Lynn boleh bersalin awal plak...Tak sempat nak minum Air Selusuh tu tau...Jadi this time Lynn ingat kalau nak amek dan minum Air Selusuh tu biarlah usia kandungan Lynn dah masuk 36 minggu...

Bila Lynn google pasal Air Selusuh nie baru la Lynn tahu sebenarnya Air Selusuh nie boleh disediakan oleh suami kita sendiri...Jadi Lynn cari la info tentang cara nak buat Air Selusuh...Meh kita share sama-sama yer...

1.  Surah Al-Fatihah


2.  Surah Al-Hasyr Ayat 21 - 24 


21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


 23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.


24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 3.  Selawat Syifa' 




4.  Doa Selusuh 


" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.

5.  Doa Pemudah 

" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".

Jadi kalau boleh kali nie Lynn nak Mr. Hubby yang buatkan Air Selusuh untuk Lynn...Mudah-mudahan dengan berkat ALLAH S.W.T, urusan bersalinkan anak kedua nanti dipermudahkan...Insyaallah...

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...