March 10, 2010

Blogging : Baiknya Untuk Lynn

Lynn sebenarnya dah lama tertarik untuk buat entry nie...Tapi masa yang membataskan dan idea2 yang kurang bernas membuatkan Lynn peram jer segalanya dalam peti otak Lynn nie...Hari nie Lynn nak share dengan korang semua tentang baiknya blogging nie dari kaca mata dan fikiran seorang insan yang bergelar Lynn Hamzah...Chewah...Terlebih sudah...Hahahaha...

Okey...Straight to the point ya...Lynn mula mengenali alam blogging nie pada 17 October 2008...Dan first entry Lynn di blog nie adalah berkaitan dengan Lovely Qistina...Itu la first time Lynn share something dengan dunia luar tentang life dan family Lynn...Selama nie Lynn tak pernah pun terfikir nak buat blog nie sebab Lynn tak pernah didedahkan tentang semua nie waktu zaman2 belajar dulu...Tapi keadaan dah berubah sekarang nie...Sebab Lynn lihat dah ramai betul blogger di kalangan student IPTA, Pensyarah2 dan Cikgu Cikgu...Semuanya dah advance kan...

Bagi diri Lynn dengan mengaktifkan diri dalam dunia BLOG nie Lynn dapat menambahkan bilangan sahabat2 yang sudi nak berkawan dengan Lynn...Lynn dapat kenal kawan2 di serata pelusuk negeri di Malaysia dan yang paling best sekali mereka nie tak lokek dalam memberi pendapat dan info sekiranya Lynn memerlukannya...Selain itu, Lynn juga dapat merasakan segala pujian dan pendapat yang mereka berikan lahir daripada hati yang ikhlas dan suci...Walaupun tak pernah mengenali mereka dengan lebih mendalam tapi diorang semua baek2 belaka...Tak rugi Lynn berkawan dengan mereka...Lynn sangat sayang sahabat2 Lynn di blog ini...

Menulis di dalam blog memberi Lynn kepuasan yang Lynn rasa sungguh tidak ternilai...Lynn bebas untuk menyuarakan segala apa yang terbuku di dalam hati Lynn nie...Lynn meluahkan segala apa yang terpendam dengan hanya membiarkan jari jemari Lynn mengetuk papan kekunci dan membiarkan otak Lynn memberi idea di atas segala apa yang Lynn rasa nak taipkan di setiap entry yang ada...Lynn kongsikan sebahagian saat-saat bahagia Lynn bersama insan yang Lynn sayang di blog ini...Dan Lynn rasa sangat happy setiap kali entry Lynn siap...Seperti student dapat menyiapkan assignment la kiranya...

Lynn juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan berblogging...Semuanya dengan jasa baek Nuffnang sebab sudi nak pamerkan iklan2 di blog Lynn nie...Dan dengan iklan Nuffnang yang ada nie dapatlah Lynn dan blogger lain menjana pendapatan tambahan walaupun tak seberapa...Tapi untuk mereka2 yang super duper terror dalam dunia blog seperti Hanis Zalikha dah tentu la pendapatan yang dijana melalui Nuffnang nie sangat lumayan kan...Owwwhhh...Sangat jealous okey melihat iklan Nuffnang sentiasa menari2 di monitor blog gadis cantik ini...Lynn sangat berusaha agar Lynn juga dapat melihat iklan Nuffnang sentiasa menari2 di blog Lynn yang x seberapa nie...

Tapi ada yang berpendapat blogging boleh membuatkan orang2 disekeliling kita nie rasa meluat, menyampah dan menyimpan perasan hasad dengki terhadap diri kita...Lynn hanya menggunakan blog yang ada nie untuk share apa yang Lynn rasa, buat dan lalui bersama insan2 kesayangan Lynn...Lynn tak der niat pun nak menunjuk2 yer...Kalau ada yang rasa kecik hati, terluka atau ingat Lynn nie nak menunjuk2 atau apa jer, Lynn mohon seribu kemaafan dari hati yang tulus ikhlas...

Erm...Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang leh kita dapat dengan berblogging nie tapi  Lynn rasa itu jer yang Lynn nak share dengan korang semua kat entry nie...Lynn harap  yang Lynn kongsikan bersama korang semua hari nie dapat memberikan input yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca blog Lynn nie...Lynn juga berharap agar Lynn diberi peluang dan masa untuk menerjah blog sahabat2 Lynn yang lain...Okey la...Lynn nak blogwalking ker blog kawan2 Lynn...Adios...

7 comments:

wanita mutalib said...

te pun guna blog untuk bercerita kisah2 te ajer hee...

LyNn HaMzAh said...

yup...betul la tu te...just share tntg apa yg kita lalui dan tambah kawan2...

Liessa said...

dlm bloging biasa la kan...kadang2 kita becerita, tapi ada org salah tafsir...maksud kita lain tapi disalah ertikan...terpulang la pd individu yg membace untuk menilai..yg penting kita happy bebloging...hehe...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

betul tu kak lynn
bukan takat nak kumpul kawan...tp tempat nak dapatkan info, kongsi ilmu, tempat curahkan perasaan and share apa yang kita rasa....

cha said...

salam kenal.seronok dpt kenal ramai kwn kat blog ni :)

LyNn HaMzAh said...

Liessa : betul tu...niat just nak share apa yg kita rasa tapi kadang2 disalah erti...
zanna : blog zanna antara sumber reference utk kak lynn berblogging...u look very happy with your family...
sarah : salam kenal juga...lets keep contact each other ok...

SJB aka SUELYN J-B. said...

Agree 100% :D.

Kisah Camping Ezalynn - 1st

 Assalamualaikum First time rasanya nak update pasal cerita camping kat blog ni kan... Hihihihi... Kitorang sebenarnya dah mula aktif campin...