Rutin harian sekarang nie dah jadi carca merba. Bercampur aduk dengan bermacam-macam rempah dan aduan. Naik pening kepala nie dibuatnya. Niat untuk update blog sudah lama ada tapi terpendam disebabkan kesibukan yang terlampau. Sabar jer la.
Rutin harian sekarang aku sekarang dipenuhi dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut :
- Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor yang berlangsung dari 21 - 25 November 2009 di Pusat Pertanian Moden Kluang, Johor - Selagi program nie tak habis selagi tu la aku ada jer kerja ad-hoc yang pasti akan memeningkan kepala. Aku ni paling tak suka buat kerja-kerja last minute nie. Kalau boleh biar la semua kerja tu dirancang dari awal supaya tak mendatangkan kelam kabut di hari majlis. Naik tension aku dibuatnya apabila berurusan dengan orang yang tak pandai nak membezakan mana satu penting dan mana satu yang kurang penting. Dan aku juga pening kepala bila berurusan dengan orang yang fikir diri dia tu boleh buat semua perkara. Ala-ala nak conquer semua la. Dia aja yang betul.
- Hari Keluarga & Mesyuarat Agung Tahunan KSK LPP Johor Tahun 2009 - Program nie akan berlangsung pada 12 Disember 2009. Tak sampai sebulan jer lagi. Kerja-kerja aku boleh dikatakan 50% dah selesai. Aku just nak siapkan buku Laporan Tahunan sahaja. Most probably AJK akan bermesyuarat sekali lagi pada awal Disember 2009 untuk persiapan terakhir program nie. Kat sini pun aku ada masalah juga. Aku dikelilingi AJK yang tak perform sebagai AJK dalam KSK nie. Boleh dikatakan hanya 1/4 sahaja yang perform sebagai AJK di dalam KSK nie. Waktu sebelum pemilihan AJK semuanya excited nak jadi AJK tapi bila dah dilantik satu kerja pun diorang tak nak buat. Aku rasa macam nak quit jer jadi AJK KSK nie. Dah 3 tahun bergelumang dengan semua nie. Naik menyampah dah.
I think i need to take rest. Pergi holiday kat mana-mana ker. Rindu nak spend masa dengan Mr Hubby & Lovely Qistina. Huhuhuhu. Selagi tak selesai program nie selagi tu la aku tak dapat holiday. Penat la macam nie.
No comments:
Post a Comment