July 19, 2010

Robbie Williams kembali sertai TAKE THAT

Wahhhh....Pagi2 berita dari Utusan Malaysia ini dah menggembirakan hati Lynn...Sangat suker dan mood Lynn sangat berbunga-bunga pagi nie bila dapat tahu yang Robbie Williams kembali sertai Take That semula setelah 15 tahun meninggalkan kumpulan itu...Okey, petikan berita adalah seperti di bawah nie yer...

LONDON 18 Julai - Kumpulan pop, Take That mengumumkan semalam, penyanyi Robbie Williams telah menyertai semula kumpulan itu untuk merakamkan album buat kali pertama secara berkumpulan sejak artis itu meninggalkan mereka 15 tahun lalu...Williams kembali bersama empat lagi ahli kumpulan itu iaitu Gary Barlow, Howard Donald, Jason Orange dan Mark Owen di New York September lalu dan album terbaru mereka akan diterbitkan pada November ini...

Sewaktu zaman kegemilangan Take That seawal tahun 1990-an...Lagu diorang yang top meletop yang Lynn ingat sampai sekarang adalah Back For Good & How Deep Is Your Love...

Robbie Williams...Sangat suker bila dia nyanyi lagu Supreme..Dan dia sangat charming yer...Hehehehe...

Jadi Lynn tak sabar2 nak menantikan November ini...Menantikan kehadiran album terbaru daripada mereka berlima yang semestinyer The Original Take That...Muahhhhss....

July 17, 2010

Hahahaha

Malam minggu nie buat kitorang laki bini tergelak...
Hahahahaha...
Memang syok betul la tengok citer TV3 malam nie...
Tajuk citer 'SAHAM NERAKA'...
Hahahahaha...
Rupa2nyer citer tentang skim cepat kaya...
Pelakon2 pun mantap2 belaka...
Dan yang paling syok sekali ada AKIEM...
Hahahahaha...
Suker tengok dia sebab dia handsome...

July 16, 2010

3rd Birthday Party Qistina - At Our Lovely Home

Majlis 3rd birthday Party Qistina telah pun berlangsung di rumah kesayangan kami pada 10 Julai yang lepas...First time buat party di rumah sendiri memberikan Lynn banyak pengalaman yang sungguh berharga...Persiapan untuk majlis tersebut agak kelam kabut disebabkan beberapa hal...Huhuhu...Tapi syukur alhamdulillah kami sekeluarga berjaya mengatasi segala masalah dengan bantuan rakan2 rapat...

Seawal pagi Sabtu tu, Mak Tih dah contact Lynn...Dia minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak tolong masak untuk majlis yang kitorang nak buat nie...Dia tak dapat tolong disebabkan sepupu Pak Tih suami isteri telah kembali ke rahmatullah kerana accident...Lynn punya lah pucat sebab dah tiba hari majlis kan...Jadi Lynn dan Mr. Hubby pun berbincang di antara kami dan kitorang decide nak masak juga apa yang kitorang rancangkan sebelum nie...Menu kitorang untuk majlis nie adalah Meehoon Goreng, Roti Jala, Kari Ayam, Samosa & Nugget...Memang simple jer menu nyer...

Tapi selama nie bila ada majlis memang Lynn akan minta tolong dengan Mak Tih...Jadi bila dah terjadi keadaan macam nie dengan gigihnya Lynn dan Mr. Hubby kena arr masak sendiri...Huhuhuh...Dan kitorang sangat bernasib baik sebab ada kawan2 yang nak membantu...Untuk menu Meehoon Goreng, Roti Jala dan Kari Ayam kitorang masak di rumah Mak Tih kat Taman Universiti...Cuma yang simple macam Samosa & Nugget jer kitorang goreng kat rumah...Tujuan masak kat rumah Mak Tih sebab barang2 semua memang Lynn dah letak kat sana pada hari Jumaat dan Mak Tih mempunyai peralatan memasak yang lengkap...Almaklumlah rumah Lynn yang tinggal cuma 3 org jer...Mana la ada periuk belanga dan peralatan masak yang besar2...

Jadi Lynn, Mr. Hubby dan kawan2 seramai 6 orang bertungkus lumus arr memasak hari tu...Gambar waktu memasak memang x banyak la sebab masing2 sibuk fokus nak siapkan segala masakan sebelum jam 3.30 petang...Jadi memang x der masa la nak posing2...Lynn plak waktu tu memang dah kusut habis sebab dah fikirkan majlis jer...Lynn, Gee dan Kak Lin sibuk masak Kari Ayam dan menjala Roti Jala...Jala punya jala akhirnya yang menjala tinggal Lynn jer...Gee dah sibuk uruskan Mimi dan Amy...Kak Lin plak sibuk kemaskan segala barang2 yang dah digunakan...Naseb baik arr Farah Lisa @ pengantin baru yang dah jadi Mak Yong datang membantu Lynn menjala Roti Jala...Bernafas la sket Lynn...

Tukang masak Meehoon Goreng untuk majlis hari tu...Naseb baik arr Zam nie berpengalaman masak dalam kuantiti yang banyak jadi setakat 1 bag Meehoon yang besar tu kira so simple la bagi dia...Tq so much yer Zam...

Tepat jam 3.30 petang segala urusan masak-memasak pun selesai...Bila dah selesai masak tu baru lah Mak Tih dan Pak Tih balik daripada melawat...Jadi Lynn pun cakaplah dengan Mak Tih 'It's okay mak...Linda faham situasi Mak...Bukan kita nak semua nie terjadi...Tak per...Linda dan kawan2 dah siapkan dah semuanya...Mak & Ayah rest jer kat rumah...Nanti kalau dah lega sket datang la rumah yer'...Mak Tih cuma mengangguk dan tak putus2 minta maaf sebab tak dapat membantu...

Majlis 3rd Birthday Party Qistina berlangsung jam 5.00 petang...Syukur Alhamdulillah ramai juga kawan2 Qistina, kawan2 Lynn & Mr. Hubby, jiran tetangga dan saudara mara yang hadir...Memang tak ada pembaziran yang berlaku pada hari tu...Dan apa yang pasti Lynn rasa happy sangat sebab dapat buat Qistina dan kanak2 lain happy...Jadi korang tengok arr gambar2 yang ada kat sini yer...

Kek Birthday Qis yang ditempah kat IZZA CAKE HOUSE...Lynn dah lama kenal IZZA dan dia memang superb arr dalam buat kek nie...Lynn order juga chessetart sebanyak 100 pieces untuk menu tambahan hari tu...Ramai yang cakap kek nie sedap...Jadi lepas nie leh la Lynn tempah lagi kat dia...

Tetamu yang paling awal sampai...Owh yer...IZZA yang pakai baju pink tu...

Yang duk kat atas kerusi tu jiran2 Lynn...Nak juga diorang yang senior2 nie datang birthday party kat rumah Lynn nie...Hehehehe...

Kanak2 yang duduk kat kerusi tu semuanyer kawan2 Qistina kat Tadika Ixora Ria...Qistina yang tak sabar2 nak potong kek yang ada gambar dia sendiri...Huhuhuh...

Encik Moon (nama manja) kawan Mr. Hubby waktu zaman belajar di Institut Pertanian Ayer Hitam...Akhirnya tinggal satu kawasan perumahan dengan kitorang...

Mr. Hubby bergambar dengan Shahrul Nizam...Dah macam adik beradik pun ada diorang nie...

Sebelum potong kek Mr. Hubby suruh diorang posing dulu...Geram jer Qistina waktu nie...Hehehehe...

Time for me to blow the candles...Suker sungguh Mimi waktu tu...Nanti kita buat birthday party Mimi plak yer...

Helping Qistina cut the cake...Kalau bagi dia pisau tu alamatnyer habis dicincang sesuka hati dia...Biasa arr budak2...

Posing dengan kawan2 kat Tadika Ixora Ria...Qistina rapat dengan yang tengah2 sekali tu...Nama dia Ain tapi Qistina call her Kakak Ain...So cute...

Saudara mara yang datang...Pak Su & isteri datang dah nak dekat Maghrib...Mak Tih, Erin, Danish & Farah Lisa serta Udin datang dah nak dekat kul 8.30 malam...Datang juga Mak Tih walaupun masih terkejut dengan berita kematian sepupu Pak Tih...

Qistina tengah sibuk main permainan yang dihadiahkan oleh Kakak Ain...Tak bagi orang lain main sama kecuali Danish...

Apa la yang diorang tengok tu sampai macam tu sekali fokusnyer...Pak Su & isteri pun terjebak sama...Hehehehe...

Jadi itu jer la citer tentang 3rd Birthday Party Qistina...Walaupun preparation majlis kali nie agak kelam kabut tapi Lynn tak rasa serik pun nak buat makan2 lagi lepas nie...Sebaliknya Lynn lebih yakin sebab Lynn dah ada pengalaman sendiri dalam penyediaan makanan yang banyak2 nie...Hehehe...Okey la...Nak solat zuhur...Sampai jumpa lagi yer...

P/S : Pak Lang Lynn cakap kari ayam yang kitorang masak tu cair sangat...Hehehehe...Tak per...Ini percubaan yang pertama...Next time akan buat yang terbaik yer...

Doakan Yang Terbaik Untuk LyAfrina

Salam Jumaat untuk semua kawan2 blogger...Entry Lynn agak ketinggalan sket berbanding dengan kawan2 lain yang mengenali LyAfrina...Huhuhuhu...Ptg semalam Lynn busy sket sebab Mr. Boss brada di pejabat...Jadi x leh la nak update entry sangat...Tapi Lynn akan update juga entry tentang kawan blogger Lynn yang bernama LyAfrina nie...Walaupun kami hanya kenal di alam maya tapi Lynn rasa macam dah kenal lama dengan LyAfrina nie...


Untuk pengetahuan korang semua LyAfrina @ Lya nie berada di ICU Kemaman disebabkan sakit jantung yang beliau alami dan sejak dimasukkan ke ICU Kemaman nie Lya dah beberapa kali diserang sawan...Huhuhu...Sedih Lynn bila tengok keadaan Lya daripada gambar yang ada kat blog Ain...Dan yang paling menyedihkan Lynn apabila mengenangkan anak perempuan Lya yang bernama Asya tu...

Memang pucat lesi muka Lya waktu diorang amek gambar nie...Kalau la Lynn dekat dengan Kemaman tu dah tentu Lynn akan cari juga masa untuk melawat Lya di hospital...

Daripada blog Ain juga, kawan2 rapat Lya di alam maya telah melancarkan Tabung Kami Bersamamu Lya...Tujuan tabung ini dilancarkan adalah untuk mengumpulkan sumbangan untuk disalurkan kepada Lya bagi beliau menjalankan rawatan selanjutnya untuk penyakit yang dialaminya...Mudah-mudahan dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu Lya...


Untuk mereka di luar sana yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan tersebut ke akaun MAYBANK - Alyani binti Amran (155014985526)...Sumbangan ikhlas anda semua adalah sangat dihargai dan semoga ALLAH memberkati segala apa yang anda semua lakukan...Lynn sekeluarga akan setiasa mendoakan agar Lya cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa...Rasa sayu sangat bila tengok keadaan Lya seperti ini...Moga cepat sembuh Lya...

July 15, 2010

i lUv TuppErwAre BranD

Salam semua...Okey...Hari nie Lynn nak cuba lagi nasib Lynn dengan menyertai contest yang dianjurkan oleh IBU DINI...Contest nie memang agak menarik sebab hadiah pun sangat menarik yer kawan2...Untuk pengetahuan korang semua IBU DINI nie merupakan pemilik kepada TupperwareBrandIbuDini...Untuk memastikan entry Lynn nie sebagai satu penyertaan Lynn kena lengkapkan perkara-perkara kat bawah nie...


  • Buat satu entry untuk promote tupperware brand ibu dini dan lengkapkan slogan Saya Nak Menang Hadiah Set Ramadhan Kerana ........ (tidak melebihi 20 patah perkataan)...(Slogan ada kat bawah sekali yer)
  • Copy Banner di atas dan letak dalam entry anda...(Dah letak pun)
  • Jadi follower Ibu Dini dan TupperwareBrandIbuDini...(Dah jadi follwer dah)
  • Letak Banner di side bar...(Dah letak pun)
  • Letak link anda di kedua-dua blog...(Pun dah letak)
  • Tarikh tutup 31 Julai 2010...(Masih sempat lagi nak joint sebab hari nie baru jer 15 Julai 2010...Ada 15 hari lagi untuk kawan-kawan lain joint)

Saya nak menang hadiah set ramadhan kerana Tupperware menjanjikan yang terbaik untuk saya sekeluarga dan rekaan set yang cantik serta warna yang menyerlah membuatkan Syawal lebih bermakna...

Maka itu lah slogan yang Lynn cipta khas untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh IBU DINI...Hope sangat ada rezeki Lynn untuk memenangi Set Ramadhan yang dijadikan hadiah untuk contest nie...Untuk kawan-kawan lain meh la kita ramai2 joint contest nie...Syarat2 penyertaan sangat simple dan tak menyusahkan pun...Okey la...Hingga berjumpa lagi...Adios...

July 14, 2010

Kami Bertiga Jer...Jangan Kacau Yer...

Salam...

Untuk perhatian semua entry nie dah agak berlapok yer...Jadi siapa yang nak baca boleh la teruskan membaca...Siapa yang tak nak korang buat la apa yang korang nak buat...Faham-faham sendiri la yer...Hehehehe...

Okey...Okey...Entry kali nie tentang simple celebration yang Lynn & Mr. Hubby buat untuk anak dara kami Qistina pada hari lahirnya 3 Julai yang lepas...Sebenarnya 3 Julai tu memang arr Mr. Hubby sibuk dengan urusan kemas-mengemas di Projek Ternakan Ikan Merin PPK Johor Bahru Selatan yang kat Gelang Patah tu...Jadi seawal pagi Mr. Hubby dah ajak Lynn dan Qistina temankan dia gie ke Gelang Patah...Kitorang berdua pun bersiap ala kadar jer sebab Mr. Hubby kata tak amek masa lama pun kat Gelang Patah tu...

Tapi sampai kul 3.00 petang baru arr kerja-kerja Mr. Hubby selesai...Dah habis setengah hari kat sana jer...Rasa bengang sket arr sepatutnya pada hari tu kitorang spend masa dengan penuh ceria sebab hari tu merupakan hari lahir Qistina yang ke 3...Tapi disebabkan kesibukan terlampau Mr. Hubby yang nak berhadapan dengan Penilaian Anugerah Inovasi LPP untuk Projek Ternak Air Terbaik pada hari Isnin 5 Julai tu maka segala perancangan untuk Qistina punya celebration ditangguhkan buat sementara waktu...

Mr. Hubby pun rasa macam tak berapa nak best sangat bila tengok muka monyok dan penat kami berdua waktu kami on the way balik ke rumah...Jadi awal2 Mr. Hubby dah cakap...'Mama tak payah masak la hari nie...Kita gie makan kat luar jer...Buat simple celebration untuk Qistina'...Berbunga2 hati Lynn nie mengalahkan Qistina yang sambut birthday...Hehehehe...Akhirnya Mr. Hubby offer juga celebrate kecik2 dulu untuk Qistina...Suker2...

Maka pilihan kami sekeluarga untuk simple celebration tu adalah di Secret Recipes Tebrau City...SR favorite kitorang kat Danga Bay tapi hujan renyai2 la hari tu jadi macam x best jer nak melepak kat Danga Bay...Jadi kami ke Tebrau City jer...Boleh gak cuci2 mata dan cuci2 wallet...Hehehehe...Disebabkan kitorang memang nak buat simple celebration jadi kitorang sambut birthday Qistina bertiga jer...Tak der orang lain pun yang joint...Hehehehe...

Waktu nie kami baru jer sampai kat Tebrau City...Awal2 Qistina dah meragam...Ntah apa la yang dia tunjuk kat Papa dia tu...

Owhhhh...Rupa-rupanya anak dara kitorang nie berkenan la plak kat benda di belakang tu...Apa yer Lynn nak panggil benda tu? Macam air pancut tapi macam tak logik plak sebab kecik sangat...Apa benda tu kawan-kawan?

Lepas jer bergambar kat situ kitorang pun terus arr naik ke level 2 yakni yang atas sekali dan menuju ker Secret Recipes...Memang tak der menyinggah mana2 dulu sebab dah cakap dengan Qis nak belikan kek untuk dia...Jadi tak nak la dia boring sebab ternanti-nanti...Kesian kat anak dara Lynn tu...Hehehehe...Sampai jer kat Secret Recipes Lynn order kek kesukaan kami anak beranak Choc Indulgence...Disebabkan kitorang bertiga jer jadi just beli one slice jer...Lagipun tak mau arr membazir kan...

Qistina berposing dulu kek dia...Dah ada 3 candles kat atas kek tu...Hehehe...

Tugas mama adalah untuk membakar candles tu supaya Qistina boleh blow dulu...Qistina sebenarnya dah tak sabar nak tiup lilin tapi mama dia leh plak lengah-lengahkan...Hehehehe...

Sebelum dia blow sempat plak lagi nak amek gambar dulu...Waktu nie Qistina dah geram jerk dengan Lynn...Akhirnya lepas jer amek gambar tu Qistina pun blow la candles tu...Hehehehe...

Time for me to cut the cakes...Walaupun satu slices jer tapi dia tetap nak cut guna pisau mama dia...Sabar jer la tengok anak dara nie...

Owh yer...Lynn memang tak der amek gambar makanan yang kitorang order sebab malu arr...Dan satu sebab lagi tak amek kerana kitorang dah lapar...Hehehehe...Jadi itu la citer simple celebration untuk 3rd birthday Qistina...Hadiah untuk Qistina baru nak cari lepas makan kat Secret Recipes tu...Sabar jer la...Tapi yang pasti tetap juga kitorang belikan hadiah untuk dia...Apa hadiahnyer? Just sehelai t-shirt GUESS yang sangat boleh tahan harganyer...Insyaallah kalau ada rezeki lagi kitorang akan tambah lagi hadiah dia...

Okey...Itu sajer update tentang simple celebration untuk 3rd birthday Qistina...Nantikan entry party birthday Qistina plak yer lepas nie...Lynn nak balik nie...Nak masak-masak kat rumah sebab nak berbuka puasa...Chiao dulu yer...Bye...

July 13, 2010

Yeah!! Dapat Award

Salam sayang buat korang semua...Sihat tak hari nie? Hope semua kawan2 blogger dan follwer blog Lynn nie mahupun silent reader sihat2 sokmo hendaknyer...Syukur alhamdulillah Lynn, Mr. Hubby dan Lovely Qistina pun sihat2 juga...Hari nie nak update sket pasal award la...

Tq2 yer RYNA sebab sudi nak bagi award nie pada Lynn...


Bila dah terima award nie kena lengkapkan beberapa perkara...Biasa arr tu...Hehehehe...Okey, lets go one by one yer...

Bagi award nie kat 5 orang yang korang rasa ada nilai2 persahabatan yang baik dalam dunia blogging nie...Maka Lynn dengan rasa hormatnyer menyerahkan award nie kepada mereka ber5 nie yer...Jadi kena la korang terima award nie dengan rela hati tau...Hehehehe...
  1. Lieya Latif 
  2. Mama Lieyna 
  3. Kella
  4. LyAfrina 
  5. Zana @ Mama Batrice
Apa nilai persahabatan yang ada pada setiap 5 orang tu? Erm, Lynn nak ubah arr...Nak tukar kepada apa yang menarik dengan 5 orang nie...Boleh tak? Hahahaha...
  1. Lieya Latif - Erm, dia nie memang Lynn kenal sejak zaman belajar di UiTM Shah Alam dulu...Kitorang satu fakulti...Memang arr baik hati dia nie...Dia selalu bagi komen2 yang memberangsangkan dalam setiap entry2 Lynn...Banyak share tentang anak2...Boleh dikatakan dia rajin bagi comment tau...Dia suka melaram dengan anak2 dia dan Lynn suka tengok dia satu family...
  2. Mama Lieyna - Kenal dia di dalam dunia blog jer...Tak pernah pun jumpa kat luar atau kat mana2 sajer...Suker sangat baca citer dia tentang anak kesayangan dia Arif...Hope ada la peluang nak jumpa dia dan family satu hari nanti...
  3. Kella - Selalu jalan2 kat blog Lynn dan Lynn pun suka tengok gambar2 yang ada kat entry dia...Kella nie pandai amek gambar rasanyer sebab gambar2 yang ada memang arr canteks...
  4. LyAfrina - Seorang wanita yang sangat tabah...Lynn kadang kala tersentuh hati apabila membaca entry dia tentang apa yang dia alami sewaktu mengandungkan anak perempuan kesayangannyer Asya...Dia sangat kuat untuk menghadapi segala cabaran yang datang...Baru jer singgah ke blog dia...Tapi dari shoutbox dia, kawan2 cakap dia tengah sakit...Hope sangat Lya akan cepat sembuh...Ya ALLAH...Hasil dari usaha mengodek kat blog kawan2 Lya, Lynn dapat tahu yang dia skrg berada di ICU Kemaman...Dia mengalami masalah jantung...Hope sangat la Lya sembuh cepat...
  5. Zana @ Mama Batrice - Seorang mama kepada anak perempuan yang sangat comey...Memang hot mama la dia nie...Anak dia baru jer kuar Hospital Kluang disebabkan asthma dan jangkitan kuman kat paru2...Oh yer, Lynn pun kenal dia dah lama dah...Sejak di UiTM Shah Alam sebab kitorang satu fakulti...Heheheh...Kes sama dengan Lieya juga...
Bagi tahu apa perkara paling hebat yang korang buat sebagai sahabat...
  1. Its quit personal la...Rasanyer sebagai sahabat2 Lynn lebih tahu tentang yang ini...Lynn tak dapat nak terangkan secara detail...Jadi x der jawapan yang specific utk perkara yang ini...Jangan marah yer RYNA...
Itulah jawapan2 terhadap beberapa perkara yang perlu Lynn siapkan sebab nak terima award nie...Hope sangat RYNA berpuas hati dan Lynn juga nak serahkan award nie pada RYNA...Kenapa? Sebab Lynn nak bagi la...Hope RYNA terima dengan hati yang ikhlas yer...Okey la nanti Lynn update lagi entry2 baru untuk tatapan korang...

Note : Untuk kawan yang baik dan tabah, LyAfrina...Lynn doakan Lya sihat cepat dan kuat menghadapi dugaan ini...Lynn jauh di JB nie dan tak berpeluang nak menjenguk Lya di hospital tapi Lynn akan sentiasa berdoa agar Lya cepat sembuh...Kuatkan semangat yer Lya, sebab Asya masih memerlukan Lya dalam hidupnyer...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...