January 6, 2014

New Year! New Resolution! New Target!

Asalamualaikum...

Maaf sebab terlewat nak wish Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua...Hihihihihi...Awal tahun 2014 nie saya dan Mr. Hubby sibuk uruskan anak...Nur Qistina Farzana dah masuk Darjah 1 pada 1 Januari 2014 yang lepas...Jadi hari nie baru saya masuk kerja...Jadi tatap la entry pertama saya untuk tahun 2014 nie yer...

 Tahun 2013 sangat manis untuk saya kenang...Mendapat 3 ahli keluarga baru...Kelahiran Nur Qhasrina Zahra pada 12 Januari 2013 disyukuri dengan penuh rahmat...Tak sangka boleh dapat anak ketiga secepat ini almaklumlah Nur Qaleesya Arissa belum pun 2 tahun lagi waktu tu...Hihihihihihi...

Bulan Mac 2013 saya menerima adik ipar...Dan terima sorang lagi adik ipar pada November 2013...Bertambah besar keluarga kami...Yeaaaahhhh...Dan sepanjang tahun 2013 banyak juga ler RM yang habis...Hihihihihi...Takkan adik-adik kawen tak menyumbang apa-apa...Betul tak?  Tak per...Itu rezeki adik-adik...Insyaallah berkat dari memberi, ALLAH SWT balas yang lebih pada tahun 2014 nie...

Tahun 2014 nie sejujurnya saya mempunyai target yang tinggi dalam hidup saya...Target untuk berjaya dalam karier di Lembaga Pertubuhan Peladang, SHAKLEE dan Triple Q Chocolate Fountain...Saya sayangkan ketiga-tiga punca rezeki saya nie...Saya juga berhasrat setiap hasil rezeki dari ketiga-tiga sumber rezeki saya nie saya nak zakat dan sedekahkan kepada yang memerlukan...

Saya enjoy dalam semua kerja yang saya laksanakan...Rasa gembira sebab saya dikelilingi insan-insan yang hebat di LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG JOHOR, Group JUTAWAN dan Group EMPIRE JUTAWAN...Banyak yang saya pelajari sepanjang tahun 2013 ni...Tak ternilai harganya...

Semoga tahun 2014 ini saya lebih terus success supaya saya dapat membantu insan-insan yang saya sayang dan memerlukan di luar sana...Saya cabar diri sendiri untuk keluar dari zon selesa...Semoga ALLAH SWT permudahkan segala langkah dan tindakan yang saya ambil...Insyaallah...

December 31, 2013

Orientasi Sekolah Agama

Assalamualaikum dan salam ceria...

Hari nie saya nak update tentang Orientasi Sekolah Agama anak sulung saya Nur Qistina Farzana...Jumaat lepas saya dan Mr Hubby amek cuti sebab nak hadir majlis orientasi Sekolah Agama Kangkar Pulai untuk anak yang Darjah 1...First experience untuk saya dan Mr. Hubby...Memang sangat berdebar dan pada masa yang sama excited sebab anak kami dah masuk Darjah 1...

Syukur alhamdulillah pagi tu Qistina memang senang nak bangun tidur...Tak yah dikejutkan...Dia bangun sendiri dan mandi pun tak yah nak paksa2...Semuanya berjalan lancar la pagi tu...Cuma saya ralat sedikit sebab tak dapat nak sediakan sarapan...Dapat belikan karipap sardin jer untuk Qistina...Saya dan Mr. Hubby memang berharap sangat agar orientasi tu tak lama sangat...Kesian nanti kat anak kelaparan...

Majlis bermula jam 9.00 pagi...Dan kami antara yang terawal sampai...Tak mau berebut parking jadi datang la awal sket...Sampai jer kat sekolah, Qistina dah diarahkan untuk masuk ke kelas yang disediakan...Saya dan Mr. Hubby tak jenguk langsung dia kat kelas tu...Tujuannya nak dia berdikari dan explore sendiri apa yang ada di sekolah tu...Kami memang tak tahu apa la yang Qistina buat dalam kelas tu...

Kami berada di dewan sekolah untuk dengar taklimat tentang Minggu Ukhuwah Sekolah...Start 1 Januari hingga 5 Januari memang tak belajar...Untuk darjah 1 ada program Minggu Ukhuwah Sekolah...Jadi tak perlu nak bawa beg sekolah waktu tu...

 Mr. Hubby tekun dengar ucapan Guru Besar...

Guru Besar plak cakap perlahan sangat...Aduhai...Memang kena fokus betul-betul supaya jelas dan faham...Hihihihi...

Lepas ucapan dan taklimat, ibu bapa dikehendaki berdiri untuk membaca LAFAZ PENYERAHAN ANAK KEPADA SEKOLAH...



 Lafaz tu diketuai oleh seorang wakil ibu bapa...

Then lepas jer pembacaan lafaz dari ibu bapa...Pihak ustazah dan uztaz juga diketuai oleh Penolong Kanan 1 membaca LAFAZ PENERIMAAN MURID DARIPADA GURU...



 Then bila dah selesai baru la sesi pendaftaran untuk Darjah 1 bermula...Maka berpusu-pusu la semua ibu bapa nie ke Garaj Kereta Sekolah Agama nie untuk pendaftaran...Pada waktu yang sama juga anak-anak yang tadi duk kat dalam kelas dibenarkan keluar jumpa ibu bapa...

Jadi Mr. Hubby duk beratur untuk pendaftaran...Saya gie standby kat kelas amek Qistina...Risau plak kalau-kalau dia mencari kami nanti...


 Parents yang beratur...Qistina masuk kelas Cemerlang...Nama Ustazah Siti Rozila binti Hussien...

Hihihihi...Mama candid gambar ustazah...Siap amek no phone lagi...Senang nanti kalau nak bertanyakan soalan...

 Nur Qistina Farzana bila turun jer dari kelas, saya tengok muka cool jer...Tak der riak takut pun...Fuhhhh...Lega mama...


 Rupa-rupanya kat dalam kelas dia dah jumpa kawan-kawan dia Kat Tadika Ixora Ria...Patut arr tak cuak...

 Yang nie Sarah...

Haaaaa....Look her BFF pun ada...Syahirah...Jadi nak risau apa?  Insyaallah semuanya berjalan lancar...Doakan yang terbaik untuk anak-anakku...

Next entry Orientasi Sekolah Kebangsaan plak yer...

December 30, 2013

Jom Pasang Niat

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...

Dah lama betul tuan rumah tak bersiaran...Sibuk sket nie...Jumaat lepas duk bercuti uruskan Nur Qistina Farzana..Dah darjah 1 dah anakanda tersayang...Nantikan entry khas tentang orientasi sekolah di next entry yer...

Hari nie nak share something kat sini...Pengganti motivasi Jumaat yang tak sempat saya buat minggu lepas...Nie saya ambil dari status seorang rakan Facebook saya...Yang dipetik dari kata-kata Pakar Motivasi Dato' Fadzillah Kamsah...

Allah berikan ganjaran kepada setiap amalan kita berdasarkan kepada niat kita. Menurut guru saya, org yg tak pasang niat bila pergi kerja, akhir bulan akan dpt gaji & akhir thn mungkin dpt bonus. Tapi mrk tak dpt pahala! Justeru, pastikan kita pasang niat2 yg murni bila nak pergi kerja. Sbg perkongsian, antara niat saya bila nak pergi kerja setiap hari:

1. Nak cari rezki yg halal,
2. Nak cari ilmu yg berguna utk di fahami, di hayati, di amalkan, di sampaikan & mendoakan guru2 kita,
3. Nak kongsi ilmu dgn semua yg mahukan ilmu,
4. Nak senyum kpd semua org yg di temui,
5. Nak beri salam kpd semua org yg di temui,
6. Nak buang dosa dgn kerja kuat. Bila penat waktu ptg, maka kepenatan kita akan hapuskan semua dosa kecil (maksud Hadis),
7. Nak Allah sembuhkan penyakit-- bila dosa terampun, maka Allah akan sembuhkan penyakit!
8. Nak cari kawan baru,
9. Nak jumpa kawan lama,
10. Nak rangsang orang lain berubah,
11. Nak jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
 
Bila kita pasang berberapa niat yg murni, Allah akan berikan pahala atas setiap niat, berikan ilham utk jayakan niat & beri kekuatan & semangat. Moga kita sentiasa pasang niat murni setiap kali nak pergi kerja & Allah rahmati kita semua.

Jom kita pasang niat...

December 24, 2013

Ke Mana Cuti Nie?

Assalamualaikum semua...

Ke mana korang hari nie? Kebetulan cuti krismas kan...Mesti ada di antara korang yang gie bersuka ria holiday dengan keluarga kan...Ada juga yang tak ke mana-mana...Just stay kat rumah jer...

Kami sekeluarga ke Bayou Lagoon Melaka...Semalam ada insan yang baik hati offer kami lepak kat Bayou Lagoon Melaka...Jadi malam tadi gerak la kami anak beranak ke Melaka...First time datang Bayou Lagoon Melaka nie...

Apa aktiviti menarik yang boleh dibuat kat sini yer? Nantikan laporan lengkap dari saya bila dah blk JB nanti...Hahaha...Dah macam wartawan pencen lak...

Okey lah...Enjoy your holiday...Take care.  ..

December 23, 2013

Graduation Day Tadika Ixora Ria 2013

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Apa khabar semua? Semoga korang semua sihat-sihat dan ceria selalu yer...Pagi tadi saya agak busy sedikit...Uruskan surat-surat sebab Boss masuk office last saturday...Banyak la kerja yang Boss dah pass kat saya jadi kena kasi settle semua kerja dulu...

Hari nie nak update pasal Graduation Day Tadika Ixora Ria tahun 2013 nie...Untuk pengetahuan korang semua...My lovely Nur Qistina Farzana merupakan salah seorang student yang paling lama di Ixora...Masuk since 2010 until 2013...4 year dia kat Ixora...Untuk transit 2014 nie pun still proceed kat Ixora juga...I trust Ixora so much...

Okey...Biar gambar berbicara yer...Gambar-gambar yang ada nie semua amek dari FB Tadika Ixora Ria...Credit to them...

My darling Nur Qistina Farzana...Naseb baik ada Photog yang Tadika Ixora Ria hire utk majlis nie...Dapat la gambar anak dara nie yang comey sket...Harapkan saya dan Mr. Hubby yang amek gambar memang ke lauttt la...Hihihihi...

Ni waktu nyanyian Lagu Kebangsaan...





Yang kat atas tu semua gambar Nur Qistina Farzana tengok bersiap...Suka tengok dia pakai baju kurung nie...Nampak ayu gitew...Heheheheh...First performance menari Tari Tualang Tiga...Combine with student K2 Tadika Ixora Ria Mutiara Rini dan Tadika Ixora Ria Bandar Baru Kangkar Pulai...

Second preformance menari Bollywood...Hihihihihi...Baju tu kena bayar tau...Jadikan kenangan bila dia dah besar nanti...

 With her BFF...Syahirah...

With Abil...


 Peace Yoooo...

Pandai gak posing Abil ni...Hehehehe...

This year Graduation Day buat kat Dewan Kolej Tun Fatimah, UTM...Memang selesa dewan nie...Luas dan sejuk...Ditambah lagi dengan hujan pada petang tu...Maka bertambah la dinginnya bila program malam tu...

Kalau boleh nak tepek video kat sini...Tapi video tu dalam Tab...Hohohoho...Tab plak kat rumah...Jadi nanti-nanti la share dengan korang yer...

December 22, 2013

New New New

Belum lagi new year 2014...
Dah upgrade new hp...
Hihihihi...
Reward diri sendiri...
Guna bonus SHAKLEE...
Dan separuh Mr. Hubby belanja..
Happy...
Happy..

December 19, 2013

Al Fatihah

Saya masih lagi terkejut...
Sangat-sangat tak sangka...
Sahabat saya Zuhezlin Maridon baru sahaja kehilangan suami tercinta...
Beliau juga merupakan senior saya sewaktu di Sek Men Keb Seri Garing, Rawang...
Allahyarham Nizar Rani baru sahaja meninggal dunia jam 2 petang tadi...
Meninggal dunia setelah setahun menghidap Kanser Usus...


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang di sana...

Al Fatihah 

 

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...