January 11, 2012

Tentang Kami Sekeluarga

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie Lynn nak update sket tentang family Lynn...Dah lama kan x update tentang Mr. Hubby dan my double Q kat blog nie...Semua nie angkara kesibukan yang melampau la...Huhuhuhu...Tapi lepas nie Lynn akan cuba untuk fokus semula kat blog kesayangan Lynn nie...

Jumaat lepas Lynn dan Mr. Hubby dikehendaki untuk menyertai kursus Biro Tatanegara dan Sukan Tahunan KSK LPP Johor di Saujana Asahan, Melaka...Jadi sebelum kami berdua ke Saujana Asahan kami balik dulu ke Negeri Sembilan pada hari Khamis...Nak hantar double Q kami ke rumah wan dan atuk mereka...Nasib baik arr mak n ayah mertua Lynn sudi untuk menjaga double Q...Kalau tak memang salah seorang daripada kami yang kena mengalah dan tak attend program nie...

Selepas subuh pada Jumaat tu kami berdua bertolak ke Saujana Asahan...Syukur alhamdulillah kami berdua selamat tiba jam 8.30 pagi dan kursus bermula jam 9.00 pagi...Mr. Hubby yang tak joint kursus dah gie melepak dengan kawan-kawan lain...Kursus tu bukan lama mana pun...Start jam 11.30 pagi bermula la Kejohanan Sukan Tahunan KSK LPP Johor....

Dan sepanjang kejohanan ini Lynn mengambil masa untuk uruskan kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan...Ada juga kerja-kerja yang tak der dalam senarai Lynn laksanakan...Kerja-kerja adhoc yang kadang kala menyakitkan hati...Makin lama Lynn berada didalam jawatankuasa ini Lynn dapati makin mengarut dan macam-macam hal yang terjadi...Ikutkan hati dan hasil perbincangan dengan Mr. Hubby, nak buat dah notis perletakan jawatan dalam jawatankuasa KSK LPP Johor nie...

Tapi setiap kali maklumkan kepada Jawatankuasa Induk, ramai yang membantah...Tak diizinkan Lynn nie meletakkan jawatan...Jadi sehingga kini Lynn sentiasa mendidik hati ini supaya bersabar dan buat jer semua kerja-kerja tu...Nasib baik Mr. Hubby banyak membantu...Sentiasa memberi sokongan dan khidmat nasihat di saat Lynn memerlukan...

Hari pertama double Q berada di Negeri Sembilan keadaan agak terkawal...Kata mak mertua Lynn, Qistina memang 100% okey...Qaleesya plak semakin petang semakin merengek...Mungkin sebab dia dapat rasakan yang malam tu dia akan tidur bersama dengan Wan dia dan bukannya dengan Mama dan Papa seperti kebiasaan...Memang benar kata orang, anak yang masih menyusu susu ibu memang akan meragam bila tidur malam...

Qaleesya menangis pada malam tu dan nasib baik setelah diberikan EBM dia berhenti menangis dan tidur di dalam buaian...Kata mak mertua lagi, sepanjang malam Qaleesya berada di dalam buaian tu...Tak per la...Asalkan dia x melalak dah la...Dan pada keesokkan harinya mood Qaleesya bertambah okey...Agaknya anak kecil nie dah faham...Nasib baik juga adik-adik ipar Lynn berada di Negeri Sembilan...Dapat la mereka membantu mak mertua Lynn menghandle double Q...Syukur...

Kejohanan Sukan Tahunan KSK LPP Johor tahun nie dimenangi oleh kontigen PPD Johor Timur...Mr. Hubby juga memenangi tempat ketiga dalam acara Sepak Takraw...Dan program Kejohanan ini juga berjalan lancar walaupun di mata Jawatankuasa Induk masih ada cacat celanya...Tapi malas la nak ulas lebih-lebih kat sini...Nanti makin panjang plak jadinya...Lynn dan Mr. Hubby sampai di Negeri Sembilan jam 6.45 petang pada hari Sabtu tu...

Ingatnya nak ke pasar malam Simpang Durian malam tu...Tapi mak mertua kesayangan telah memasak Kijang Masak Lemak Cili Api yang sangat terbaaaaaaaeeeeeeeeekkkkk...Jadi hasrat nak makan Char Kuew Tiaw Special yang selalu beli kat Pasar Malam tu dilupakan la...Hehehehehehe...Esoknya kami sekeluarga ke suatu tempat yang menarik...Nak tahu kami ke mana...Nantikan next entry yer...

Okeylah...Nak buat kerja-kerja yang dah menanti nie...Take care semua...Nanti Lynn update lagi yer...

January 3, 2012

Happy New Year

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua kawan-kawan blogger dan pembaca setia blog Lynn nie...Syukur alhamdulillah kita semua masih berpeluang untuk menarik nafas di tahun baru 2012 ini...Dah masuk 3 hari pun tahun baru nie bermula...Tapi hari nie la Lynn baru berpeluang untuk wish Happy New Year untuk korang semua...

Sebenarnya bukan x nak wish awal-awal...Tapi episod busy masih lagi tak habis-habis...Bermula dengan Hari Keluarga KSK LPP Johor di Melaka Wonderland pada 24 Disember bersambung pula dengan Majlis Makan Malam Pertukaran Pengarah pada 30 Disember 2011...Dan pada hari Jumaat nie ada satu lagi program besar yang perlu diambil berat...Program Sukan Tahunan yang mengambil masa 2 hari di Saujana Asahan, Melaka...

Namun begitu walau sesibuk mana pun urusan Lynn di pejabat, hal keluarga tetap diutamakan...Anak-anak kesayangan Lynn dan Mr. Hubby sihat walafiat dan kami sekeluarga sangat happy sekarang nie...Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke akhirnya...Dan nak dijadikan cerita disebabkan kesibukan yang melanda, pagi nie Lynn dah siapkan Qistina macam hari nie hari pertama persekolahan...Huhuhuhuhu...Tak pasal-pasal Qistina sorang jer yang pakai uniform gie Tadika Ixora Ria...

Nasib baik arr Qistina sporting habis...Tak menangis pun bila tengok kawan-kawan lain pakai baju biasa tapi dia dah excited pakai uniform...Dan disebabkan nak memberi tumpuan kepada persekolahan Qistina, maka hari esok Lynn akan bercuti...Nak hantar dia ke Tadika Ixora Ria seperti parents lain dan lepas tu nak gie bank lor...Nak gie tengok dividen ASB Lynn...Hehehehe...Rezeki masyuuuukkk lagi...Syukur alhamdulilah...

Owh yer...Pengarah baru dah mula lapor diri hari nie...Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar...Rasa excited nak bekerja di bawah kepimpinan beliau...Semoga semuanya okey la yer...Okeylah...Ada masa Lynn akan update lagi...Take care semua...

December 19, 2011

Iklan Baru Lagi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua...
Actually hari nie Lynn masih lagi dalam episod busy sokmo...
Memang tak sempat nak amek masa lama mengupdate blog...
Tapi nak juga bagi tahu kat korang...
Yang Lynn dapat lagi BE baru...
Tq so much Nuffnang...

Dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia...
Iklan nie berkaitan dengan Semakan Daftar Pemilih...
Jadi untuk korang semua rakyat Malaysia di luar sana...
Yang mana nak buat semakan daftar pemilih...
Boleh la klik kat iklan yang tertepek kat atas blog Lynn nie...
Nanti ada la cara-cara untuk buat semakan tu...

Okeylah...
Kena fokus buat kerja yang ada nie...
Owhhhh yer...
Nak inform gak kat korang...
Januari 2012 nie Lynn dapat boss baru...
New year, new boss dan yang pastinya new style of work...
Hehehehehehe...
Tak sabar nak jumpa boss baru...
Boleh gitew...
Take care semua...

December 14, 2011

[MTV] Hafiz & Adira - Ombak Rindu (OST Ombak Rindu)

Salam ceria untuk semua...
Hari nie tak tahu nak update apa...
Cuma nak korang tahu yang Lynn tengah feeling habis dengan lagu nie...
Suka sangat...
Sebab apa suka?
Padahal tak tengok pun filem nie lagi...
Huhuhuhuhu...
Suka sebab ada Aaron Aziz dalam filem nie...
Lagu nie pun best bangat...
Jom layan lagu nie jom...

December 9, 2011

Blog Chocolate Pun Dah New Look Juga

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua pembaga blog Lynn nie...Syukur alhamdulillah hari nie masih berkesempatan untuk menarik nafas di muka bumi ALLAH S.W.T nie...Blog nie dah pun berubah muka...Maka Lynn pun sepakat nak bagi new look dekat blog homemade chocolate Lynn...

Dalam sibuk-sibuk sekarang nie Lynn masih lagi mengambil tempahan chocolate...Syukur sangat-sangat sebab tempahan chocolate sentiasa ada...Jadi untuk kawan-kawan blogger yang berminat nak tempah chocolate boleh la kunjungi blog Homemade Chocolate saya nie...Dan boleh hubungi Lynn melalui talian 013-7660226 untuk tempahan...


 Okey la yer...Lynn kena pergi ke Tongkang Pechah, BatuPahat untuk menghadiri satu mesyuarat...Dan selepas mesyuarat tu kami keluarga nak balik ke Negeri Sembilan...Insyaallah nanti update lagi yer...Take care semua...

December 8, 2011

New Look...Hehehehe...

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...Hari nie masuk jer office Lynn terus godek-godek blog Lynn nie...Hahahahahaha...Maka ini lah hasilnya...Tak ler secantik mana pun...Tapi berubah la sket dari yang dulu...Hope korang suka la...

Tapi sekarang nie Lynn tak berkenan plak dengan setting gambar kat atas sekali nie...Ada sesiapa yang boleh bantu Lynn...Tak kisah la kena caj...Asalkan dapat hasilkan header yang cantik dan cute untuk blog Lynn nie...Please contact Lynn yer kalau ada sesiapa yang berminat nak buat header baru untuk Lynn...Kena caj pun tak per...

Okey la...Nak sambung buat kerja nie...Take care semua...Adios...

December 1, 2011

Dah Masuk Bulan Disember

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk menarik nafas di bumi bertuah nie...Hari nie dah pun 1 Disember...Sekejap betul masa berlalu...Pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun...Tinggal beberapa hari jer muncul tahun 2012...Masih banyak urusan kerja yang perlu diuruskan begitu juga dengan urusan seharian di rumah sebagai isteri dan mama kepada anak-anak...

Bulan Disember nie dah pasti bulan yang sibuk untuk kami sekeluarga...Sibuk menghadiri kenduri dan program-program yang telah dirancang...2 minggu berturut-turut kami akan balik kampung...Minggu nie balik ke Rawang dan minggu hadapan balik ke Negeri Sembilan...Memang syok sebab dah lama juga tak balik ke kampung...Last sekali waktu Hari Raya Aidiladha tempoh hari...

Jadi bila dapat balik nie memang akan menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya bersama keluarga tersayang...Dan yang paling penting dapat makan masakan ibu dan mak mertua...Hehehehehe...Anak-anak pun happy sebab dapat jumpa atuk-atuk dan wan mereka...

Okeylah...Tak boleh lama-lama...Kena fokus buat kerja nie...Banyak kerja yang menanti...Insyaallah ada masa Lynn akan update lagi...Take care semua...

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...