Showing posts with label Report Card. Show all posts
Showing posts with label Report Card. Show all posts

November 8, 2012

Parents Day Tadika Ixora Ria

Salam berbaju batik...Hehehehehe...Comfirm korang yang kerja gomen pakai baju batik hari nie kan...Betul tak?  Mak Yong Lynn jer yang tak pakai baju batik...Baju batik yang ada tu hanya boleh dipakai bila dah naik cuti bersalin nanti la kut...Hohohoho...

Okey la...Hari nie nak update citer amek report card Qistina waktu Parents Day Tadika Ixora Ria last Friday...Sepatutnya dah update citer nie last week tapi disebabkan kesibukan menguruskan tournament bowling KSK LPP Johor maka hasrat untuk update tu tertangguh seketika...

Straight to the point, last Friday pagi2 lagi Lynn dah minta pelepasan daripada Big Boss kat office untuk datang lewat...Hanya kerana nak gie amek report card Qistina...Pertengahan tahun hari tu Tadika Ixora Ria buat waktu hari Sabtu...Tapi untuk hujung tahun buat pada hari bekerja...Tak kisah la kan...Yang penting dapat hadir ke Tadika Ixora Ria...Disebabkan Tadika Ixora Ria nie dekat sangat dengan rumah kitorang makan seawal jam 8 pagi kitorang dah terpacak kat Tadika Ixora Ria tu...


Teacher yang incharge untuk kelas Qistina tahun nie adalah Teacher Nisah...Qistina pun okey kat dalam kelas dia...Awal-awal lagi Teacher Nisah dah inform pada Lynn dan Mr. Hubby yang Qistina dapat semua A dalam exam dia...Boleh dikatakan setiap petang Lynn akan berkomunikasi dengan Teacher Nisah tentang setiap aktiviti yang Qistina lakukan kat Tadika Ixora Ria tu...

Jadi pada Parents Day tempoh hari, kitorang just attend untuk amek report card dan gambar Qistina jer...Plus borak-borak dengan teacher2 yang ada & principal Tadika Ixora Ria...Syukur alhamdulillah feedback daripada Teacher Nisah & Principal, Qistina lakukan yang terbaik untuk exam tempoh hari...Dapat semua A dan yang paling utama subjek MATEMATIK dia dapat full mark 100%...Selain paper Matematik, Qistina dapat A untuk paper Bahasa Melayu, English, Sains, Pendidikan Islam, Arab dan Art...

Walaupun Qistina excellent dalam exam paper but she need to improve a lot on her reading skill...Dari perhatian Lynn dan Teacher Nisah, Qistina boleh membaca tapi dengan kaedah mengeja...Dia payah betul nak mengecam suku kata melainkan dia dah baca berulang kali...So our target dalam cuti sekolah nanti Teacher Nisah akan fokus pada Qistina untuk reading in English dan Bahasa Melayu...

Lynn dan Mr. Hubby pun kena sama-sama usaha juga untuk buat latihan membaca bersama Qistina bila di rumah...Mudah-mudahan usaha kami sekeluarga dipermudahkan dan Qistina dapat membaca dengan lancar menjelang usia 6 tahun...Insyaallah...


Maka Mr. Hubby kena la tunaikan apa yang dia janjikan dengan Qistina sebab Qistina dah berjaya dapat A dalam semua exam paper dia...Hehehehehe...Mr. Hubby janji nak bawa Qistina ke LEGOLAND kalau dapat semua A...


Tapi baru-baru nie Qistina ada mention yang dia nak pergi Waterpark...Jadi cadangan Lynn dan Mr. Hubby nak bawa Qistina dan Qaleesya ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY jer cuti sekolah nanti...Boleh ker macam tu?  Insyaallah lepas bersalin dan dah ada baby nanti baru kitorang akan amek Annual Pass ke LEGOLAND tu...Baru le berbaloi sket kan...Hehehehe...


Okey la...Any blogger yang ada info tentang BUKIT GAMBANG RESORT CITY boleh ler share dengan Lynn yer...Almaklumlah kitorang sekeluarga tak pernah pergi lagi BUKIT GAMBANG RESORT CITY nie...Dengar citer jer jadi this time nak bawa anak-anak berjalan ke sana...Insyaallah...

August 3, 2010

Report Card

Morning semua...Sihat tak hari nie? Okey...Semalam mood nak update blog memang x berapa bagus tapi hari nie mood berblogging sudah kembali...Hehehehe...Love it so much...

Lynn dah janji dengan korang semua nak update tentang citer report card Qistina kan...Jadi hari nie Lynn nak tunaikan janji Lynn yer...Sebenarnya Teacher Fatimah owner Tadika Ixora Ria tu dah arrangekan Saturday 31 July 2010 sebagai Open Day untuk parents amek report card anak masing-masing...Tapi disebabkan kitorang ada hal hari Sabtu tu jadi kitorang decide nak amek report card Qistina pada Friday lepas...Awal-awal lagi Lynn dah contact Teacher Fatimah untuk arrangekan appointment petang Jumaat tu...

Then Teacher Fatimah give me a message yang dia available jam 3.30 petang...Jadi lepas jer solat Jumaat, Mr. Hubby dah datang ke pejabat Lynn dan kitorang pun terus la pergi ke school Qistina...Tapi sebelum tu kitorang gie makan dulu kat Taman Universiti...Kitorang sampai di Tadika Ixora Ria jam 4.00 petang...Terlewat 30 minit dari masa yang Teacher Fatimah bagi...Naseb baik arr Teacher Fatimah tu sporting...Jadi tak ler segan sangat Lynn & Mr. Hubby...

Teacher Fatimah pun terangkan la segala pencapaian yang telah dicapai oleh Qistina sepanjang half year di Tadika Ixora Ria nie...Dia tunjukkan kat kitorang satu persatu exam yang telah Qistina buat dan resultnyer sekali...Teacher Fatimah duk bagi tahu kitorang beberapa perkara tentang Qistina...A few things yang Teacher Fatimah said...
  1. Qistina nie seorang kids yang manja...Jadi kalau dia berkenan dengan seseorang teacher dia nak berkepit jer dengan teacher tu...(Yup...Yang itu memang la Lynn akui sebab dia tak ada adik lagi...Jadi sepenuh kasih sayang Lynn dan Mr. Hubby memang untuk dia sorang jer...Qistina jenis cepat cair dengan orang yang akan treat baik dengan dia...Jadi bila dia rapat dengan teacher tertentu jer dah pasti la sebab teacher tu layan dia baik giler kan...So penyelesaiannya, kitorang sepakat minta Teacher Fatimah tukar2 teacher yang akan handle Qistina...Kitorang pun tak nak la dia baik dengan sorang teacher jer...Kalau boleh biarlah dia rapat dengan semua teacher kat Tadika Ixora Ria tu...)
  2. Qistina tak suka menyanyi...Bila ada activity menyanyi kat school Qistina hanya akan perhatikan jer kawan-kawan dia menyanyi...(Hehehehe...Lynn dan Mr. Hubby memang dah puas ajar dia menyanyi kat rumah tapi dia memang tak amek pot pun...Nak nyanyi lagu buai laju-laju pun payah...Korang rasa masalah besar ke kalau Qistina tak suka menyanyi di usia 3 tahun nie?)
  3. Qistina suka bercakap...Pok pek jer kerja dia...Sometimes Teacher Fatimah dan teacher-teacher lain tak sangka dia akan bercerita dan bertanya itu ini...Kebiasaannya Qistina suka bercerita pada hari Isnin...Sebab weekend kitorang akan bawa Qistina keluar jalan-jalan atau balik kampung...(Dia tak pandai menyanyi tapi pandai bercakap...Ok what...Agak-agak korang Qistina boleh jadi lawyer tak? Hahahahaha...Lynn & Mr. Hubby memang rajin berkomunikasi dengan Qistina setiap hari kat rumah...Bila dia balik jer rumah, kitorang akan tanya dia macam-macam tentang apa yang dia lalui kat school sepanjang hari tu...Mungkin dari situ Qistina pun jadi becok bila sampai kat school dia...Tapi Qistina tak akan bercakap dengan orang yang dia baru kenal...Dia agak pemalu bila berjumpa dengan orang yang dia jarang jumpa...)
Secara keseluruhannya Qistina menunjukkan prestasi yang excellent kat school dia sepanjang half year lepas...Result exam dia seperti gambar-gambar di bawah nie...Korang tengok sendiri la yer...Soalan-soalan exam adalah mengikut age dan apa yang Qistina belajar kat Tadika Ixora Ria...Korang jangan la anggap yang Qistina nie macam nak set exam UPSR plak yer...Hehehehe...Dia baru 3 tahun tau this year...

First page Report Card Qistina...

Tak berapa clear sangat...Majoriti A...

Result exam...Ada 4 paper bertulis...

Result Bahasa Melayu...She got 100% for this exam...

English results...97% but still A...

Result Maths...100%...Another A for her...

Lastly Jawi...Dia cuma dapat 88%...Kena focus lebih sket kat sini...

Yang pasti Lynn & Mr. Hubby dok tersengih jer sampai ke rumah lepas amek report card Qistina tu...Hehehehe...Not bad juga keputusan dia...We hope untuk exam hujung tahun nie ada peningkatan lagi la yer...Dan yang pasti sekarang nie kitorang kena cari hadiah untuk menaikkan semangat dia untuk rajin belajar lagi...Apa suggestion korang?

Salam 14 Ramadan

 Assalamualaikum  Sekejap betul masa berlalu... Sedar sedar hari ni dah pun 14 Ramadan... Time bulan puasa ni lemau betul nak update blog da...